Thursday, December 29, 2011

Banana Double Chocolate Muffin


Assalamualaikum..

Ada yang tanya entry semalam tu "renjis2 dipilis", mcm kembar adikbradik pengantin tu. Sebenarnya diorg tak kembar. Maybe beza 4 tahun kot. Dan diorg bukan anak sedara adikbradik saya tapi anak sedara sepupu. Tapi memang kami ni rapat, mcm adikbradik je rasanya. 

Berbalik entry muffin ni, bila ternampak gambar kat resepi asal nya tu, memang sangat tertarik melihatnya. Kebetulan semua bahan pun ada. Boleh la dibuat minum petang. Simple je nak membuatnya dan hasilnya tak mengecewakan. Makan panas2 sedap. Terima kasih Charishma Ramchandani from food.com.




BANANA DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

Menghasilkan 8-11 biji muffin

Bahan:
1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula * izah kurangkan setengah
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 sk baking powder

1 1/3 cwn pisang lecek
1/3 cwn minyak sayur
1 biji telur
1 cwn coklat chips

Caranya:
Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama. Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi. Sebatikan tapi jangan overmix. Masukkan coklat chip. Gaul rata. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit. Sedia untuk di hidang.



16 comments:

Zaliedana said...[Reply to comment]

Wow mapin sentuhan pakar,mmg cun abis,nek membumbun..msti rasanya sedap kan,gabungan pisang n ceklat..

izahdaut said...[Reply to comment]

ct.. mana ada pakar nya.. pakar makan je adanya.. hehehe.. alhamdulillah boleh la diterima.. kalau ikut tekak akak, akak tak brapa suke pisang campur coklat. suke rasa pisang aje. budak2 tu suke la. ada rasa coklat kan.

Liza said...[Reply to comment]

alaa izah, betul kata ct tu mmg pakar mapin pun, jgn la malu2 meow pulak....ekekeekeke
mmg best bila nmpk mapin yg menggunung cmni....terliur sudah....hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

haha.. kak liza.. tetap nak malu2 meow gak.. mana ada pakar. kalau pakar kena ada sijil yg diiktiraf lak kan. hehe.. muffin ni mmg jenis cantik menggunung ni kak. tgok gambar kat resepi asal tu pun cantik je

cik cek said...[Reply to comment]

mapin2 dah mucul lagi...haaaa...gebu2 lagi uuuu...tak leh ke nak anto2 ke somban...hu hu hu...sodeh heh....tak pe lah...nanti akak buat sendirilah...merajuk dah ni..he he...:)

Sugar 'n' Spice said...[Reply to comment]

fuyyooo.... toke mapin...santekk nampak mapin tu membuak2....
alamak pisang da abehh....bestnyer ado choc hips...

mala said...[Reply to comment]

Banana dgn choc mmg perfect combi!

rahel said...[Reply to comment]

Selamat tengah hari Kak Izah..
seperti biasa..gue suka banget sama muffin..jadi tolong antar separuh ke dapur Rahel..nak minum teh panas ni sambil mkn muffin..

Kak Sam said...[Reply to comment]

Asyik lupa je nak beli pisang. Ada banyak resepi yang nak dibuat menggunakan pisang. Nanti le.

HaSue said...[Reply to comment]

Aku baru perabis pisang aku jah..ada tu pisang setandan..lum masak lg..tp x sesuai wat kuih la pisang jenis tu bg aku..sesuai wat pisang goreng atau kukus jek..eh kuih gak laa tu kan..muekeke..

mmg kelas mapin ko..rasa nak capai je sejibik. anak aku suke lak pisang+ceklat..lenkali leh laa try nih..

tun_telani said...[Reply to comment]

wahh!! pisang, choc ngna choc chip! mmg kombinasi mantap ni kak izah..

Yatie said...[Reply to comment]

eehhhhh ingatkan dah komen tadi...ghupernya lum lagi eeehhhh..owww kat FB lah ghupernya..akak ada pisang setandan tu mak bagi..dah masak separuh..arini nak wat gak mappin mcm Izah ni..tapi akak tak pandai sangatlah wat mappin ni..nak cantek mcm mappin Izah mcmana eekk..tunggu taw mappin akak..

Nur-nba said...[Reply to comment]

Alamak.. Kak Izah dah tayang muffin.. Sedapnyaa... :)

Syiera Rashid said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Kama Kimin said...[Reply to comment]

Izaaahhhhh...
sedapnya muffin ni...xboleh jadi, sok pagi2 nak mengadap senduk. Asyik telan air liur tengok muffin Izah. Saya pun nak merasa gak

azyatun said...[Reply to comment]

assalam kak

hari ni saya buat lagi muffin ni..kali pertama buat ramai yg ckp sedap..sy buat lgi hari ni..masih panas dari oven..yg musykilnya awat muffin sy x moist mcm muffin akak? ke sebab time of baking? huu..mula2 bake 25 min, test lidi masih lekat so +10min lg huu..