CSS

Thursday, January 9, 2014

Kek Coklat Mayonis....dap eghh


Assalamualaikum

Risau tak? Risaukan apa?
Risaukan dunia sekarang. Bukan aje dunia bahkan kat Malaysia pun. Macam2 kan.
Ya.. skrang tahap dunia ko pemikirannya. Masalah dunia pun nak kena pikir. Haha
Tu.. yang mak tiri cili padi tu. Tak sanggup nak citer apatah lagi nak tiru modus operandinya.
Kenapa sampai mcm tu ye. Kembali kepada asas..patutlah Rasulullah suruh pilih isteri lihat pada agamanya.
Ya.. betul tu. Ada kata tak leh lompat kepada kesimpulan dan menghakiminya tanpa tahu cerita sebenar.
Waimma cerita apa pun kalau wanita itu beragama mesti lah kewarasannya mengikut agamakan.
Ok sampai situ je dulu. Kang kene buat rancangan tanya Ustajah lak kang. Jauh ngat tuh.. haha


Oh dah terliur ropenya.
Ye kome.. siyes sedap. Ntah napa kek ni sedap woo.
Saya saja tak taruk neskafe* feberet aroma dlm kek coklat* tapi  sedap jugak!!
Moistnya jgn citer.. sangatlah.
Rasanya tu hmmmpp hmmm sedap tau.
Maybe butteroil blend dengan koko n mayo tu menaikkan rasa coklat tu sedap je.
Serbuk koko tu brand biasa2 je.. mayonis pun brand biasa2 je. tapi telah menghasilkan kek yg sedap luor biasa gak la pada saya. *pada tekak saya okeh*

Terima kasih kak Ummiiiii.. kak ummii kak ummii.. saja* :)
Opss terima kasih jugak pada Rahel the kek cantik2 dan tuan asal resepi Zaliana.





KEK COKLAT MAYONIS
Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
Diuji rasa : Ummi @ Home Sweet Home



  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan mayonis
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 biji telor gred B (*ni akak tambah)
  • 1 cawan air panas
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu teh butter oil
  • 1/2 cawan kepingan badam hiris


Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
  3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit)



(topping izah tak buat yo)

Untuk Topping: (gandakan) - tapi akak x buat resepi ni...guna resepi Noreen ni yea..)
  • 130g coklat masakan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan campuran susu cair dan air
  • 2 sudu besar mentega
  • beberapa biji badam yg telah dibakar sebagai hiasan
Cara:
  1. Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air. Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuang ke atas kek.











10 comments:

sYaFiNaS said...[Reply to comment]

alahai...dapnya akak...ntar cikit cini...heheheee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

mengancam wehh... lama tak buat kek coklat... takut.. takut mkn byk.. hehe...

Gee® said...[Reply to comment]

Dah lama tak membaking.... telio la pulak...

Nana said...[Reply to comment]

mesti sedap ni...
nak cuba jugak la...

tq share yer..

Fazleyatul Aini said...[Reply to comment]

lama dah saya tak menggodek kek
kene masuk markas balik ni hihi

zila norazila said...[Reply to comment]

Kek coklat x pernh jmu mkn..x cukup spotong

Rohah said...[Reply to comment]

Jatuh hati rrrr...moist ye..sbb ada mayonis gak ye kan...tak thn ujian bila tgk kek..huhu

zana fahmi said...[Reply to comment]

Salam Izah, nmpk tajuk bawah tu karipap Sabah? belum baca lg. Jd ostazah apa salahnya, merangkumi pandai masak, pandai jaga anak...kan wanita solehah tu?

Kek lagi? oh tidak..gue diet..hehe..dari tahun lepas diet tak sampai ketahap yg diingini.

S.T. Lee said...[Reply to comment]

Boleh tanya kalao sukatan 1 cawan berapa gram ? TQ

izahdaut said...[Reply to comment]

st lee..
susah nak explain bab berat ikut sukatan cawan sebab setiap bahan tu lain beratnya. cuma kalau dapat cari bekas yang bersukat ml.. 250ml= 1 cawan. terima kasih