CSS

Friday, January 10, 2014

Donut Gebu Ringan dan Sedap


Assalamualaikum

Tajuk tu saya ikut tajuk Mas.
Dan memang betul la tajuk dengan gambaran donut ni.
Mula2 tengok resepi donut ni teringat donut Rima resepi dari ibu Fatmah.
Lebih kurang tapi tak sama. Sebab tu teruja nak buat.
Kami makan skali hadap je habis. Soooo lembut.



Kali ni buat donut main nak cepat je.
So saya terap donut ni. Gitu la rupanya.
Senang pulak guna acuan. Cepat n mudah kerja.
Jom sapa suke donut boleh terai resepi guna minyak ni. Mmg the bomm
Mekasih Mas dan Isma Maisara.

Nota: Izah tak letak waterroux. Still sangaatt lembut.




Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb
Sumber: Mas

Bahan : 
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50 gm gula
2 sudu besar water roux
50 - 60 ml air dari peti sejuk
50 ml minyak masak
Sedikit garam


Caranya :
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.







15 comments:

Mas said...[Reply to comment]

jah...
cantikk gebu donut ko tu..
meh 10 ketoiiii...

Fazleyatul Aini said...[Reply to comment]

ok nak cuba ! hehehe

Fiza Nordin said...[Reply to comment]

tgh mengumpul kekuatan dan kerajinan nak buat donut nieh... dr pg tadi dah salin resipi ni kat fb tp belum berganjak dr ngadap lappy. anjak p amik anak2 skul ja tadi. pahtu balik duduk ngadap lappy. roti semalam dah sapan masuk perut anak2. seronok tgk depa makan bselera :)

Nora said...[Reply to comment]

salam izah! kita ni silent reader tapi hari ni nak comment hahaha sedapnya nampak donut tu!!! iza tau tak, kita kan dah cuba semua donut yang iza buat memang fabulous gitu.. sampai seme donut kita namakan donut iza hahahaha yang ni nampak sangat senang buatnya.. bole cuba.. cuma nak tanya berapa biji dapat donutnya ni?

izahdaut said...[Reply to comment]

Nora..
Mekasih sudi try donut2 kat iml ni n tq jadi silnt reader. Tak perasan plak brapa biji ek.sbb cutter donut sya size sedang. Dlm 20 ke 25 biji kot.yg lebih tu sya buat donut ball. Tapi size kecik sedang.biasa kalau bentuk guna tangan besar skit.maybe dpt dlm 18 ke 20 kot.

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak fiza..
Tula.sronok tgok anak2 makan.balik skolah lapar gaya tahap kebulur memasing.gahaaha..nak buat jugak roti.tapi yg tu pulak saya liat nak buat.akk tak yah guna wr pun lembut.siyess..

izahdaut said...[Reply to comment]

Fazliyatul..
Cuba jgn tak cuba.terbaikkk

izahdaut said...[Reply to comment]

Mas..
Tq mas. Best donut ni ek.anak aku request lagi.baru nak terai menu lain.sabo jela

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...[Reply to comment]

Memang nampak gebu dan sedap akak tengok tu Izah... bila lah nak buat sendiri ni :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...[Reply to comment]

Memang nampak gebu dan sedap akak tengok tu Izah... bila lah nak buat sendiri ni :)

CT Delima said...[Reply to comment]

Asalam Izah

aduhai..lama betul kak ct tak mendonat, mood malas jer sejak akhir2 ni hahaha
eh..nampak cam senang nak cubalah mana tau boleh buat sarap sok pagi kan.

Cendana Kasih said...[Reply to comment]

salam.. Jah, bak mai kat akak 5 ketui.. tingin la plak nk makan donut petang2 gini

CA said...[Reply to comment]

Izahh..

Ahhkakk pun bab donut ni sokmo kaloh wehhhh...konon diet...nasi tak sentuhh ketnya nampok donut...ammpunzzz diet ntoh mane.ce lempo ke koi seketoi dua...leleh wehh nengok donut aok te..

MUMMY SGTv said...[Reply to comment]

dah buat ptg tadi..amat lembut

Elvy Nellysha said...[Reply to comment]

wah ..terliur !! hehehe


singgah sini .. meh folo kita if blm .. i will follow back !! salam ukhwah ! . :)