CSS

Sunday, January 5, 2014

Buttermilk Coklat Cake


Assalamualaikum

Resepi sama dah post. Nakkk jugak post skali lagi. 
Entah la napa..
Kikiki..
Ni kek tempahan. Bila kastemer suke n repeat order kira apa salahnya share skali lagi resepi dia kan.





BEST MOIST CHOCOLATE CAKE 
by: anymz


Bahan-bahan : 


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2sk nescafe



  • Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan..
     2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

     3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.

     4. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.

     5. Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)

     6. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. 

     7. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

      8. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.


 



RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILKRUJUKAN :
Bahan-bahan : 

  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
 
Cara Penyediaan : 

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.

Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan. 

Biarkan larutan berehat selama 5 minit.

 Boleh digunakan.








4 comments:

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

alahai meleleh air liur tengok kek ni yang atas tu aduiii, kalau akak buat malas nak berkrim segala cukup lah dpt sepotong yg atas tu bahgio den ni..

Bbwana adienia said...[Reply to comment]

salam..

em, nampak sedap kek tu..deko pun cantik!

rahel said...[Reply to comment]

Guna bittermilk...confirm moist n enak banget...dapat sepotong pun jadi la...

desperate mama said...[Reply to comment]

izah.... sedapnyeeeee.......