CSS

Wednesday, January 15, 2014

RENDANG AYAM


Assalamualaikum

Makan rendang la pulok.
Tapi rendang versi ayamnya hancor2 skit. Ngeee
Sebenarnya ikut kita la kan nak cemana pengakhiran rendang ni. Nk berkuah skit ke.. kering sikit ke.. Tapi saya ni sebenarnya terrr sedikit kering.Ada je kuah2 bawah tu. Tapi hancur tu mmg purposely bagi hancur skit daging tu. Jom saya share di sini resepi dari kak Liza yg saya amik dari dapur kak Ummi Z.
Mekasih kakak kakak gojes.



RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.









5 comments:

Fazleyatul Aini said...[Reply to comment]

saya suka jugak hancur gini. makan dengan nasi impit. macam serunding la kan hehehe

adda syuhada said...[Reply to comment]

sedapnya...

Umie Jazz said...[Reply to comment]

sedapnya izah...dpt pulak digandingkan dgn nasik pns...maunya berpeluh2...

mykitchen said...[Reply to comment]

ct suka mkn dgn pulut kuning kak izah

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

tak dpt di sangkal peasti sngt sedap ni..