CSS

Friday, January 24, 2014

Jelly Kelapa


Assalamualaikum


Hari ni cuaca sejukkk... Walau mentari bersinar tapi anginnya sejuk. Anak2 saya semuanya tak berapa sihat. Agak2nya Malaysia nak turun salji kot? Ni soalan Bais hari semalam. 

Dah la sejuk bertambah suram rasanya. Hingga ke hari ni pikiran saya ...malah pikiran satu rakyat Malaysia pastinya teringat2 kes adik Syafiqah yang comel tu. Syurga baginya. Tidak boleh meneruskan bicara tentang anak itu..terasa air hangat mula bertakung ditepi mata. Semalam berwatsap dengan kakak, dia juga begitu. Selepas solat menangisi kekejaman dan penderitaan si anak itu. :(


Seminggu sudah berlalu tatkala kami sekeluarga menikmati jelly kelapa ni. Biasanya saya buat jelly kelapa ikut sukatan sendiri je. Kali ni ikut resepi kak Nor. Nak menjelly air kelapa pun gaduh ngan Muaz. Sebiji air kelapa dia habiskan sampai membuncit perut. So kena ejas2 sukatan dan dapatlah setengah adunan dari resepi. Terima kasih kak Nor utk resepinya. 




Jelly Kelapa

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.









4 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

Nyamannya tekak dapat makan jeli kelapa ni... nyum2x!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

pagi2 memang sejuk sekarang ni.. tp bila dah tghari tu oklah sikit.. bolehlah sudu2 jeli kelapa ni kan izah? sedapnyerrr... adik akak selalu buat jeli ni... dia pun buat main agak2 je... akak tak pernah lagi buat lagi ni.. en. abg kena pantang lagi minum air kelapa lagi 2 tahun setengah.. org tua2 kata org patah kena pantang air kelapa 3 tahun.. ish ish ishhh...

Anonymous said...[Reply to comment]

izah sedap jer klau dapat masuk kat tekak...

cahayahidupku.blogspot.my said...[Reply to comment]

Sejuk jer lalu kat tekak akak ni Izzah kalau dapat satu bekas tu ehe:)

Rajin izzah men jelly ye... akak beli jer kat pasar malam tu ...