CSS

Wednesday, January 8, 2014

Karipap Rangup Karipap Sabah




Assalamualaikum

Napa Sabah? Napa tak Sarawak? Napa napa napa..
Jangan nak napa lah sangat. Haku pun tak tau
Ok.. meh sini nak ngaku. Jauh sangat rupanya rupa karipap Sabah saya dengan karipap sabah yang betul2 Sabah. Tapi betul ke karipap betul2 Sabah tu Sabah sangat? Haha.. 
Dah orang kata Sabah jgn memandai nak tanya. Semestinya betul dan ada sebab namanya sebegitu unik. Nanti kita rungkai misteri karipap ni ye..
Walau pun kalau korang google karipap Sabah akan keluar mcm2 bentuk karipap. Ada karipap warne hijo lah.. ada karipap yg tak karipap lah. cer cube cer cuba.. 



Ct n mklong.. sorry na. Jauh bebenor rupanya dari segi rupa.
Sebelum membentuk karipap ni saya terlupa nak rujuk skali lagi rupa karipap ni kat FB.
So saya pakai andai je. Bila dah siap itu lah kejadiannya.
Bila tanya Muaz n Bais mana sedap karipap ni ngan karipap biasa.. diorang memilih karipap ni.
Senang pegang senang gigit dan kulit yg sangat rangup.
Tak kisah la kan walau bentuknya cemana .. tapi ianya satu idea membentuk karipap yg hebat!!
Saya pun suka. Dan kena sharp kan skill lagi utk ternampak lebih kesabahannya. :)



Kali ni saya guna resepi karipap rangup dari NOLY blog.
Siyes rangup.
Terima kasih sudi berkongsi tips dan resepi.







KULIT KARIPAP RANGUP
by: NOLY


Bahan

500gm tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sudu besar mentega
1 sk garam
air secukupnya



Caranya: Panaskan minyak, garam dan butter. Tuang ke dalam tepung.
Hati hati semasa menggaulkan minyak dan tepung kerana panas.
Gaul sehingga seperti serbuk roti dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Rehatkan sebentar dan bolehlah dicanaikan.





Untuk resepi inti DI SINI





13 comments:

umi's cup cake said...[Reply to comment]

izah,
umi belum pernah cuba...tapi karipap ni memang nampak menarik

izahdaut said...[Reply to comment]

umi..
cubalah.. anak2 suka pulak buat bentuk gini. nak extra rangup sbb ada jalur2 luar tu

Cheq Sue said...[Reply to comment]

Boleh gk cuba ni jah... blh wat frozen

Mas said...[Reply to comment]

rangup aku tengok karipap tu jah..
meh bagi aku rasa sepinggan...

izahdaut said...[Reply to comment]

cheq sue..
mmg betui tu. tapi 1/2 kg ni 2kali goreng je. tak sempat betul2 nak hayati frozen tu. hehe

mas..
rangup resepi ni. sedap gak

Gee® said...[Reply to comment]

Aduh mak ai!! menarik la Ijah... telio....

Qasey Honey said...[Reply to comment]

asslm izah..
ade ye karipap sabah..nmpk rangup..mcm kena cuba aje ni..

sYaFiNaS said...[Reply to comment]

hai akak...salam perkenalan...hurm..tengok pun dah nmpak sedap..ini kan pulak kalau dah makan...hehe...blh la tengok saya kat cikfinazcuiey.blogspot.com or destinasi cinta blog yea...

Fazleyatul Aini said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Fazleyatul Aini said...[Reply to comment]

cantiknya. memikat selera nak makan ni

Anonymous said...[Reply to comment]

Boleh tlg gtau mcm ne nak buat bntuk mcm 2 tak...sya xpnah buat n bru nk bljar...bntuk ni cnti jee..tgok trus bkenan hehehe

Anonymous said...[Reply to comment]

YA LA AJARLAH STEP BY STEP CAMANA
NAK BUAT BENTUK CAMNI BERKENAAAAAAN SANGAT.

Anonymous said...[Reply to comment]

Dh try resepi kulit dia mmg rangup :)..then try buat shape mcm kt ats tu, anak2 ckp karipap fesyen baru n sedap..tq share resepi :)))