CSS

Wednesday, January 29, 2014

Mee Hailam


Assalamualaikum

Tiap2 hari nak kena pikir apa menu nak dimasak. Jenuh juga nak datang idea. Kadang2 time bahan mentah banyak bergolek dalam peti ais time itulah langsung idea kelam. Sebab? Idea terlalu banyak nak diapa apakan dengan bahan tersebut hingga satu pun tak dibuat. Itu saya... sungguh. Kadang2 suke time bahan mentah ada 2 jenis aje. Maka tiada pilihan. Bila tiada pilihan kita focuskan bahan yg ada dan masak. Idea itu lebih  focus bukan. Ecehh..

Dan bila dalam peti ais hanya ada sedikit dging dan seketul dada ayam. Hanya perlu turun ke kedai runcit membeli sawi, daun bawang atau sup dan mee kuning sahaja. Ditambah bahan sedia ada dirumah maka jadi la mee hailam yang sangat enak. Makan bertambah2 tak hengat.

Terima kasih kak Ita untuk resepi mee hailam ni.
Pasti akan ada ulangannya.
Simple tapi best!!






MEE HAILAM




1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang - izah tak letak 
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan - izah tak letak
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.












Tuesday, January 28, 2014

Roti Inti Coklat



Ini pulak rotinya.. Jengg jenggg..
Memang suka pipekan krim coklat kat atas bun. Sebab sedaapp rasa kerak2 coklat tu. Bila dimakan dengan roti yang lembut, krim coklat di dalam yang creamy dan coklat ala2 kerak tu. Anak2 siap order lagi tuk dibuat bekal. Mampu ko nak buat lagi? nak dapat seloyang pun jenuh. Hahaha...

Tapi permintaan anak yg jujur kita ikutkan aje. Ehem ehem mithali la sangat ibu ni.
Pagi ni.. nak... nah la amik biskut kering ni buat kudap2 kat sekolah. mUahaha..
Roti coklat la sangat kannnn..



Gambar selepas pembakaran berlaku.
Siyess gebu roti ni. Sampai ada yg penyet sikit disebabkan kelembutan yang tak mampu menanggung krim coklat di atasnya yang berat. Mampu koo nak bayang ayat tu? Haha..
Tah napa suka hati pulak aku buat entry ni.. ; P






Gambar atas dan bawah sama je kan? Tak de beza kan?
Saja nak tayang roti gebu ni banyak kali.
lalalala..
Ok paham paham.. dah terliurkan? So apa tunggu lagi. Yuk kita meroti
Terima kasih banyak2 kak Madihaaaaa.. muah!! 



Bun Inti Coklat/Chocolate Filling Bun 

BASIC BREAD RECIPE  Source : Roshayati Johari
Tried by: MaDiHaA aka Ratna
(boleh dapat anggaran 18 ~ 20 biji bun untuk resepi ini)

Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Preheat oven 180C. Bake till golden brown. (about 15 minutes)




Copy paste sungguh aku ha.. dengan warna coklat skali melekat. Saja xmau edit menandakan kecintaan dengan roti coklat ni. Hahaha.. peace kak Madihaa.. 


RESEPI KRIM COKLAT BOLEH RUJUK DISINI




Balance doh saya buat roti sugar.
Keesokkannya berebut2 pulak bebudak makan roti ni.
Sangat lembut lagi ok..
Eh tapikan kalau ada komplen dengan ayat seperti "napa roti ai buat keras? I amik resepi u tau.U jangan tauuu.. u kata dlm blog lembut la.. gebu la.. betul ke resepi u bagi ni.I buat tak gebu lamgsung. Dah la tak gebu keras dengan bau yis busuk. Cicah kopi pun tak membantu."

fuhhh... Jawapan saya.. kene blajo lagi teknik meroti.
Jangan putus ase na. Jangan cepat melatah na.
dan jangan salahkan resepi na.
Satu lagi.. jangan jeles ngan roti ai yang gebu ni na.
Ahakssss..





Krim Coklat (homemade)... Sedapp




Assalamualaikum

Dah lama berangan nak meroti coklat. Tapi banyak pulak menu2 lain yg ada dalam kepala. Kadang2 tak tahu mana satu nak dibuat dulu. List resepi yang nak dicuba jangan cakap la kemain panjang nya. :) Pegang2 tepung roti tapi menu lain pulak yang dibuat. Gitu la saya adanya...

Tatkala terpandang kak Madihaa post rotinya, meruntun2 hati nak try. Tengok tengok.. ..itu lah kenapa berblog itu penting..kerana dapat menaikkan semangat kawan blogger yang lain. Bukan naik semangat aje ..naik kg pun iye.. haha.. So tanpa berlengah lagi saya pun sediakan krim coklatnya.

Saya tak buat guna resepi kak Diha share tu sebab dah pernah cuba sebelum ni. Saya nak try resepi lain pulak yang di share oleh kak YaNI. Ada penggunaan cooking coklat dan makinlah chocolaty nya krim ni. Anak2 cakap sedapnya inti coklat tu macam gula2 cadbury. Katanyaaa...

Terima kasih kak Yani. Saya share di sini pula ye :)




KRIM COKLAT


bahan
40 gm coklat masakan
300 gm susu segar
40 gm gula
30 gm tepung jagung
12 gm mentega
18 gm serbuk koko


cara
Campurkan susu segar,  tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung jagung tidak berketul. Masak atas api sederhana sambil di kacau sekejap kemudian masukkan coklat yang dipotong bersama gula. Kacau sehingga pekat dan licin. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati.
Sejukkan dan sedia digunakan.















Monday, January 27, 2014

Pandan Layer Cake


Assalamualaikum

Saya sukee kek ni. Pernah beli kek ni dan tang kastard tu sedaap je seakan2 agar2 atau puding yang lembut licin. Saya juga pernah buat kek ni dan ini adalah cubaan kali ke2 saya. Saya suke akan resepi yang ini. Terutama kastardnya lembut. 

Anak2 suka kek begini sebab mereka memang peminat puding. Laju je makan bila dipotong sejuk2.
Walau sebiji kek ni agak besar tapi tak lama simpannya. 
2 hari dah setel licin!!

Terima kasih buat penyumbang resepi.:)


PANDAN LAYER CAKE
sumber : MamaFami

(untuk kek span)

Source : Sweet4ever 


Ingredients :

150g superfine flour
150g castor sugar
5 eggs (grade A)
15 ml / 1 tablespoon ovalette
5ml / 1 teaspoon baking powder
80 ml pandan (screwpine leaves) juice - I just mixed some pandan essence to 80ml water, stir to mix
5ml / 1 teaspoon pandan paste
a few drops of green coloring (if necessary)
80 ml corn oil or melted butter - I used corn oil

Method :

1. Grease the base of an 8" round tray and line with greaseproof paper
1. Place flour, sugar, eggs, ovalette and baking powder in a mixing bowl. Beat on high speed for 5 minutes.
2. Reduce the speed and add pandan juice, pandan paste and food coloring. Beat on high speed for at least a minute or till the mixture is really light and fluffy.
3. Pour in the corn oil or melted butter and fold using a wooden ladle or a spatula.
4. Pour into an 8" round tray and bake for 45 minutes.
5. Immediately upon removing the cake from the oven invert (turn upside down) the pan.




(untuk kastard pandan)

Source : WendyinKK



(1) 2 cups water + 200gm sugar. Cook sugar until dissolved. Leave to cool down. Do this in advance.
(2) Mix 50gm cornstarch and 1 tsp pandan paste into 150gm coconut milk. Set aside
(3) Bring 2 cups water + 1 tbsp agar-agar powder to a simmer.
(4) Pour in (2) into (3) and cook until mixture thickens and boils. Remove from heat.
(5) Pour (1) into (4) and combine well.

To assemble:

It depends on the mould you use. If you want to assemble it upside down, then put 1/3 of the pandan layer in first, then cake, then another 1/3, then 2nd layer cake and the last 1/3 of pandan layer and last layer of cake.

If you want to do it upright, then cake in first, then 1/3 pandan, then 2nd cake and pandan and cake again and pandan layer.

Chill in fridge till cold and set. Decorate with some icing and dessicated coconut.










Saturday, January 25, 2014

Pavlova (2)



Assalamualaikum

Hari tu saya pernah share resepi mini pavlova dari kak Wan DI SINI.

Saya jarang2 buat pavlova sebiji besar lebih kurang 8 inci.

Sebab banyak tak jadi dari jadi. Kadang2 ada keluar air gula. Kadang tak masak kat dalam.

Bukan salah resepi tapi teknik mengadun, teknik membakar semuanya memainkan faktor penting.

Kali ni saya suka guna resepi dari Cik Epal ni. Mini dan pavlova seketul besar pun cantik je kejadiannya.

Tq Cik Epal. Saya guna resepinya dan mengadun guna kaedah sendiri je. Kaedah nak cepat. Ngee



PAVLOVA
by: CikEpal

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka

Kaedah:

Putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sikit sambil diputar.
Putar hingga putih telur memutih gebu dan menjadi meringue yang sedikit berat.
*maksud berat tu saya akan putar sehingga putih telur tu pekat. Tapi jgn overmix pulak.
Kemudian ayakkan terus tepung jagung ke dalam adunan meringue.
Pukul sebati. Dan akhirnya masukkan esen dan cuka. Pukul lagi sebati.
Saya masukkan adunan ke dalam piping bag.
Kemudian saya pipekan terus ke atas loyang pembakar.
Bakar pada suhu 140/150c ikut oven masing2 selama 1 jam ke 1 jam 30 minit.
Bila Pavlova dah nampak kekuningan bermakna pavlova dah cukup masak.
Biarkan sebentar pavlova di dalam oven.
Kemudian boleh dikeluarkan dan biar betul2 sejuk.


Krim:
1/2 cawan whipping krim.

Saya guna jenama rich. Putarkan sehingga kental dan pipekan ke atas base pavlova tadi.


Buah-buahan segar:
Strawberry. Kiwi. Anggur. Blueberry. Mangga. Epal hijau.

Setelah krim di pipe ke atas base pavlova bolehlah ditabur buahan segar.



Penyimpanan: Disimpan di dalam peti ais.









Friday, January 24, 2014

Jelly Kelapa


Assalamualaikum


Hari ni cuaca sejukkk... Walau mentari bersinar tapi anginnya sejuk. Anak2 saya semuanya tak berapa sihat. Agak2nya Malaysia nak turun salji kot? Ni soalan Bais hari semalam. 

Dah la sejuk bertambah suram rasanya. Hingga ke hari ni pikiran saya ...malah pikiran satu rakyat Malaysia pastinya teringat2 kes adik Syafiqah yang comel tu. Syurga baginya. Tidak boleh meneruskan bicara tentang anak itu..terasa air hangat mula bertakung ditepi mata. Semalam berwatsap dengan kakak, dia juga begitu. Selepas solat menangisi kekejaman dan penderitaan si anak itu. :(


Seminggu sudah berlalu tatkala kami sekeluarga menikmati jelly kelapa ni. Biasanya saya buat jelly kelapa ikut sukatan sendiri je. Kali ni ikut resepi kak Nor. Nak menjelly air kelapa pun gaduh ngan Muaz. Sebiji air kelapa dia habiskan sampai membuncit perut. So kena ejas2 sukatan dan dapatlah setengah adunan dari resepi. Terima kasih kak Nor utk resepinya. 




Jelly Kelapa

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.









Wednesday, January 22, 2014

Ayam Palembang


Assalamualaikum

Kalau tengok tajuk kat belog kak Noor, ayam ni kak Noor kata ayam palembang yang Kelazzz. Memang kelazz gitu ayam ni. Simple je pun tapi sedaapp. Tapi saya masak version tuk anak2. Jadi kepedasan tu lite2 je la. Yang penting anak2 suka. Asik lauk anak2 je kan. Nasib la.. mak ayah pantang makan nasi sekrang ni. Tapi..tapi.. yang lain asal nampak je bedal. Owhh masalah nih. Ngeee

Terima kasih kak Noor dan Mamasya.



AYAM MASAK PALEMBANG
Sumber :  FP Yulina dan Dapurmamasya
Olahan :  Bicara Kak Noor



BAHAN
1 ekor  ayam saiz sedang  dipotong  dan di gaul dengan kunyit  dan garam 
2 sudu besar  cili kering yang sudah dikisar * Kak Noor tambah 4 sudu
*7 ulas  bawang merah 
*5 ulas  bawang putih 
*2 inci halia 
*2 batang serai 
5 sudu besar  kicap manis *Kak Noor kurangkan ke4 sudu sebab tak mau hitam
1 sudu besar sos tiram 
2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan * Kak Noor hanya guna 1 cawan
6-7 helai daun kari  * tak letak
1/2 cawan kecil asam jawa * Kak Noor letak 2 sudu besar
garam  dan gula secukupnya


CARA 
1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar  dengan cili kering hingga garing. 

2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis.
3. Kemudian  masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4. Didihkan sehingga pekat.siap untik dihidangkan.












Tuesday, January 21, 2014

Kek Pisang Gebu


Assalamualaikum.

Gebu sedap lazat memikat.

Sangat gebu sampai tak yah kunyah.Kemam je.

Ritu berkelah ke taman buat kek pisang ni sebagai manis manisan.

Terima kasih penyumbang resepi. Semoga pahalanya sentiasa bertambah.





KEK PISANG GEBU
sumber: dapur kaknona
Bahan-bahan:

150 gm pisang
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur
120ml minyak masak
1 sudu besar ovallate *tak nak bubuh pun tak apa
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven suhu 170˚C. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.
2. Pisang dilecek dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum,baking soda dan baking powder, ketepikan.
4. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sekata.  Masukkan minyak. Gaul sekata.
6. Bakar pada suhu 170˚C sehingga 45minit @ masak.
7. Sejukkan dulu kek di atas redai baru keluarkan dari acuan..Sedia untuk dhidangkan..










Thursday, January 16, 2014

Buttermilk Pancake Mudah dan Sedap






Assalamualaikum

Ini adalah sarapan kegemaran anak2. Anak saya terutamanya si abang Bais. Muaz agak klasik skit sarapan pagi2 dia. Tiba2 je nak nasi umi. Owhh sangat la cemas kalau tak de nasi dalam periuk. Nak mujuknya mmg kene bersabarrrr banyak.

Sebenarnya pankek ni resepi asalnya tak guna buttermilk pun. Tapi apa2 yg jenis gebu gini kalau ditukarkan kpada buttermilk mmg walla.. cer terai nanti pankek gini. Mudah pun mudah. Kalau tetiba anak2 lapo.. bancuh sat je dah siap terhidang. Jom mamam!!

*Dalam gambo tu jem strawbery ngan coklat mencair sebab penkek masih panas. :P



PANKEK SEDAP
by: dermakasih

Bahan 
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baiking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar *izah tukar buttermilk
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. *izah rehat 10min je
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.







Wednesday, January 15, 2014

RENDANG AYAM


Assalamualaikum

Makan rendang la pulok.
Tapi rendang versi ayamnya hancor2 skit. Ngeee
Sebenarnya ikut kita la kan nak cemana pengakhiran rendang ni. Nk berkuah skit ke.. kering sikit ke.. Tapi saya ni sebenarnya terrr sedikit kering.Ada je kuah2 bawah tu. Tapi hancur tu mmg purposely bagi hancur skit daging tu. Jom saya share di sini resepi dari kak Liza yg saya amik dari dapur kak Ummi Z.
Mekasih kakak kakak gojes.



RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.