CSS

Tuesday, July 31, 2012

Begedil Daging Burger Hasue



Assalamualaikum..

Mula2 nak mintk ampun maaf ngan Hasue.
Rasaanya sehari dua ni ada himpunan rasa bersalah dipenjuru hati ini ngan Hasue.
Hahaha.. u know waat i mean..kikikiki
Yang ni pun salah satu rasa sedikit bersalah. Tapi yang banyak nya rasa sedap la.
Tekak saya memang nak rasa begedil yang simple je.
Dan resepi Hasue ni memamng kena ngan selera saya, tapi en hubby nak yang rasa rempah2 sikit.
Nex time saya buat rasa rempah2 iye cayammm..:-P
Ok derhaka banyak terjadi di begedil itu iaitu begedil ni menggunkan telur time nak goreng nyer.
Ni sebaab mengikutkan selera en suami yang suke garing2 diluarnya.
So cara sya , saya celupkn dengan telur dan lumurkan dengan tepung gandum bercampur tepung beras.
Sue...sorry banyak derhaka resepi begedil ko ni.
Ada lebih lagi dlm es box nanti ai goreng cara u pulak ekkkk :-)




BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)


Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu). *izah goreng kentang sampai empuk. Dan mashed kan kentang tersebut.

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas. *izah mashed guna belakang gelas jek :-)

Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.

Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper. *izah tak masukkan ke dalam peti es pun, sebb bila kentang digoreng hasil begedil lebih firm dari kentang yg direbus.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).

*izah goreng menggunakan cara deep fry. Celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalm telur yang dikocok sedikit. Setelah dicelup ke dalam telur, salutkan menggunakan begedil dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan tepung beras. Goreng hingga garing. 




13 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

sedapnya, aritu penah tgk tapi mcm biasalah, tgk je hehe

makan dgn apa begedil ni

inahar ali said...[Reply to comment]

woww..ada begedil..meh tuko ngan jemput pisang akak ek..hehe! dh ramai dh kengkawan yg wat begedil hasue nih..mesti sedaapkan!

HaSue said...[Reply to comment]

Haha..sia2 jer ko rasa bersalah tu mek! Dr ko ngengade rasa berslh bagai baik ko campak bergedil tuh kat sini.. Eh!salu ko nih dekut telo,ni pmurah lak ko yer.kikiki..aku rasa selera cik abam kite lbh krg kot.dia suka gak yg rasa brmpah bagai tu,aku lak suka rasa direct jek..hahaha..tp layan jugak la dia sbb aku buh mayonis peberet dia aritu.hii..
Ko buat soto ke ngan begedil ni jah?aku mkn cam kuih je ko.

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

baru ada buat juga dlmnya Nur letak udang.....

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam kakizah!! kita penatttttttt! akak masakkan kita lauk berbuka hari nii, kita cuma sempat buat air jerr ari ni hihihi... malassssss nk masakkkkk!!! kita baru borong daging burger ramly bykkkkkkk sgt3! nanti ler rajin leh cuba tgh malas :D

Unknown said...[Reply to comment]

rajinnya Izah..berderet menu keluar ni..tak terkejar dah ni.lama tak buat bergedil..nk mkn tapi mcm tak brapa nk rajin lak.kalau dekat nk jer ordr ni..hehe

Mas Sani said...[Reply to comment]

owh derhaka dgn guru ye...kan dh rasa bersalah hihihihi apa2 pun bergedil mu sgt cantik kejadiannya...

Rohah said...[Reply to comment]

alahai...comei bergedilnya tu...versi baru nampaknye..compem sedap kan!

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

best nye gebedil... tengok pun dah terasa kesedapan nya...hehehe ;)

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izah.. kene letak nama bergedil daging burger hasue dgn telur nih.. hihi.. lamaaaa sgt tun xmakan ngan beli beger.

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah cayanggg..

mula2 tgk k.ct ingat kuih gendang kasturi tau Jah hehehe. bila dah baca resepi begedil rupnya kelas gitu kan hihi.

Ni kalau makan dengan soto okey gak tak Jah, anak bujang tu teringin nak makan soto tapi mama dia ni macam tak larat aje sebab sibuk buat kukis hehehe.

Tr kasih ya Izah Daud banyak memberi semangat buat k.ct..muahhh!

yanmaneee said...[Reply to comment]

kobe byrant shoes
kyrie 7
lebron 15
curry 7 sour patch
lebron shoes
kyrie 6
kobe shoes
golden goose
yeezy
air jordan

Anonymous said...[Reply to comment]

read the full info here Dolabuy Goyard check that Check This Out visit Bottega Veneta Dolabuy