Saturday, July 21, 2012

Kuih Tepung Bungkus


Assalamualaikum..

Hari ni permulaan puasa buat umat Islam di Mesia.
Selmat berpuasa semua. Dan hari ni juga buat pertama kalinya si Bais belajar berpuasa. Bertuah punya anak, baru sejam lepas bersahur dah mintak nak minum air. Di sini lah bermulanya permainan physiology dan pujukan. Dan kesabaran seorang ibu. Eh ibu je ke ek? Tungguu.. kalu tahap ibu dah taak brapa mampu nanti, baru pakai kesabaran bapak pulak. ^___^ Dan tak lupa terima kasih buat teman2 jauh di badan tapi dekat dihati sebab sudi kongsi tips2 yang pernah dilalui mengajar anak2 pertama kali berpuasa.  


Ingat tak kenyataan saya dulu, 3-4 bulan lampau memang terlampau mlas nak pegang kamere. Kadang ada menu dibuat, hanya  snap di awal proses tapi lupaa nak snap hasilnya. Antaranya ialah kuih tepung bungkus ni ler. Hehehe. Tapi bila tgok kat folder gambor, rasanya ada baiknya saya postkan aje gambo dn resepinya dan sya fikir biar ada sedikit elemen surprise disitu akan hasil akhirnya .. *seperais la sangat ..*

Saya suke kuih tepung bungkus yang disalut ngan tepung pulut dulu, kemudian baru dadih tepung beras diluar. Dan inilah resepi yang saya jumpa dari blog kak bdaria. Izinkan saya share disini pula. Dn asalnya dibungkus mcm lepat, tapi sbb bulatan kuih ni beso tak comel, jadi saya bungkus mcm kuih koci. Aci la yerr..




TEPUNG BUNGKUS
RESEPI: BDARIA
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A
Potong gula merah menjadi ketulan kecil
Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Tutup api dan sejukkan inti anda
Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.


Langkah 2
Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
Masukkan tepung pulut dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
Buat sampai habis dan ketepikan.


Langkah 3
Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.


Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.



CARA-CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.




BLOUSE MUSLIMAH ALRIANA DI MYBESTBUY.SHOP





RM 59








25 comments:

quinnie said...[Reply to comment]

aduiii sedapnya kuih..teringat sorang makcik ni jual kat pasar ramadhan depan rumah kita ni...sedap betul..cukup segala lemaknya..buat sendiri pun tak selemak dia buat..ahhahaha...

Kak Rose said...[Reply to comment]

izah!!! pepgi dah menggoda di bulan posa ni ya!

selamat menjalani ibadah puasa dan selamt bersabar dengan anak yg baru nak blaja berpuasa tu....

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam Izah Selamat bepuasa....kuih tepung bungkus 2 x cukup ni...suka mkn kuih ni......ada jugak terpikir nak buat di bulan posa...negok le minggu dpn ke akk try resepi nii yeee...cari daun pisang dulu..:-)

Kak Nita said...[Reply to comment]

Salam Ramadan ..
Wahh...pagi2 lg dah ada tepung bungkus...
sedap ni..selalu makan yg mak buat jer/beli ..kali ni dah ada resepi boleh cuba insyaAllah...tq

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

selamat berpuasa izah..
ni yg buat tk tahan nengokkan ni menggoda dan tergoda lah tapi bnyak nya step nya ya..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Sedap...selamat berpuasa Izah.

dZana said...[Reply to comment]

sedappnyaaa... masuk list dulu.. slmt berpuasa izah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

salam Izahhhh.Slmt berpuasa & menyambut Ramadhan Al-Mubarak kpd izah sekluarga.

Qasey Honey said...[Reply to comment]

slm rindu Izah...wah btepung bungkus yer pepagi ni...klau smpt ptg ni bleh la cuba buat utk bbuka nti...nmpk sedap tu..cntik bngkusan tu...

slmt mjalani ibadah puasa buat Izah sekeluarga....

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Ramadhan buat Izah sekeluarga, klakorkan bila tang anak2 pertama kali berpuasa...Hamka puasa dan bersahur tapi dah start tngk jam je...mama buat tak layan je...he3...tapi kalau tak kejut bangun sahur mmng dia nanges sbb nak puasa..harap2 dia dpt bertahanlah hendaknya..

rahel said...[Reply to comment]

Sedapnya koci tu..kuih kesukaan gue..

hana said...[Reply to comment]

si bronok tuh dah jd peberet aku setiap kali ke kantin... senang mudah beli ajer.. wakakakakaka

yang nih aku rasa penah dengo penah jumpa tapi tak penah makan.. kotttt.. nanti aku bukak diari kot2 penah makan.. hahahaha...

si bujang puasa, ko puasa ke tidak? eh lupa sah sah ko puasa di hari yang mulia.. muekekekekeke

Lyza said...[Reply to comment]

salam ramadhan n selamat menjalani ibadah puasa buat izah n keluarga.

Kuih tpg bungkus tu mmg peberet akak..

cikmanggis said...[Reply to comment]

selamat berpuasa izah..alamak..ini kuih wajib setiap Ramadhan..wajib beli:)

Azie said...[Reply to comment]

Beberapa hari lepas, hubby ke KB, kirim tepung bungkus. Selamat berpuasanutk Izah dan keluarga

inahar ali said...[Reply to comment]

salam rindu izah cayang..fuhh kuih tepung bungkus ni mmg feveret akak tp selalu beli jek kt pasar malam..hehe! salam ramadhan wat izah sekeluarga ye!

Mas Sani said...[Reply to comment]

Xnak ckp byk cuma nak bg tau.....fuyoooooo sedapnya! Hehehe....

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

kuih ni sedaaap...feveret...kalau kat kg hampir tiap2 pagi mak beli kat jiran untuk bekfes... buat sendiri cam leceh le kan... buat style gini ok gak kan... salam ramadhan buat Izah sekeluarga ;)

Mama Ann said...[Reply to comment]

Sedap nya Izah..Mama memang suka kueh yang nacam ni..lemak2 masin sikit,pastu inti dalam kelapa..berdegup jantung mama di buat nya..

indahhouse said...[Reply to comment]

Terliur nampak kuih camni,
Salam Ramadhan al mubarak, kak izah, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

Mieza said...[Reply to comment]

Salam Izah..selamat berpuasa..akak nampak izah menjual baju ye..cantik baju baju yg ditayang di blog ni..insyaAllah bila tak bz akak visit lg utk tengok baju2 tu..terima kasih sudi bertandang ke blog akak..akak pun masak jarang-jarang je sbb sibuk sgt..masak masa ujung minggu je..akak ucapkan selamat berpuasa buat izah sekeluarga..semoga mendapat keberkatan yang berlipat ganda dibulan mulia ini :)

Nieza said...[Reply to comment]

wahhhh...sedapnya tepung bungkus.lum pernah buat sendiri lagi nak kena terai jugalah. tahun ni nak buat 1 hari 1 jenis kuih utk berbuka..haha kalau ada angin rajin menjadilah kot nanti..tq Izah sharing resepi ni:)

Rima said...[Reply to comment]

Rajin rajin.. part buat kuih yg kena lipat lipat ni ade weak ah.. dulu belakang rumah ade pokok pisang bukan main lagi ku buat kuih yg pakai daun pisang.. no cannot plant anything tu yg stock daun pisang ku yilekkkk hehe

Ramadhan kareem to u and family Izah.. Sonia puasa dah tu celik mata mintak susu .. lahhhh

kasihredha said...[Reply to comment]

selamat berpuasa Izzah
Akak dah lama x makan tepung bungkus

~~zana@pb~~ said...[Reply to comment]

Sahur apa pagi ni Izah? Takkan tepung bungkus jek? Hehe....ada ke tanya kita nak duduk terus kt Sabah? Tak hingin akk, org tu je yg nak sgt.
Akk dtg lps sahur, nak menekan tart nenas lps ni......ada org baru belajar posa eh? Sian dia.....buat setengah hari pd hari pertama, esoknya tmbh sejam, esoknya lewatkan lg sejam...sampai dia ok. Kasik la jajan ke hape masa berbuka tu sbg hadiah.