Tuesday, July 24, 2012

Lala Masak Pedas


Assalamualaikum

Sebelum ni dah try lala sos pedas resepi dari kak Nor. 
Masa beli lala ni memang teringat kesedapan lala sos pedas tu, tapi bila nak masak banyak pulak bahan tak cukup. Jadinya saya cube resepi yang simple sikit dari yang itu.
Pun sedap dengan kemanisan lala pada kuah tu.
Terima kasih empunya resepi Batdeaz@myR.



LALA MASAK PEDAS
resepi: Batdeaz@MyR

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

500gm lala
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (di potong 4)
2 batang serai
1 biji bawang besar (di potong 4)
2 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar sos cili & sos tomato
Garam dan gula
3 sudu besar minyak masak
* optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas


Cara-cara

Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.
Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.






13 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam Izah.Kak Ros suka lala..

Mas said...[Reply to comment]

lalalalalalala....
lama aku tak makan lala....
wat aku terliur jerk tau...

rieda_ffya said...[Reply to comment]

kak izah..amik resepi ye..nak wat hujung minggu ni..

Kak Nita said...[Reply to comment]

Salam...
terliurnya tengok...mesti sedap nih..

HaSue said...[Reply to comment]

Zah,aku amik kuah jerlaa ekk...hee

Mas Sani said...[Reply to comment]

heeehaiiiii napelah daku alah dgn seafood....kemain sombong lala tu bergolek-golek atas pinggan! dugaaan poseeee hihihihi

Aymy With L♥ve said...[Reply to comment]

Lalalalallaa... Sedapnya lala... :) Kat sini memang tak pernah jumpa... Kalau ada pun nampak macam lala, tapi isinya tak berapa nak lala... Ehehhe... Selamat berpuasa Izah...

zila norazila said...[Reply to comment]

salam izah..
nampak sedap lala tue..nasib baik lpas sahur..klu dh tghry mau2 kecur ..he hehedh lama x masak lala la..:) nnt nk cari .

Yana Shaiful said...[Reply to comment]

lalalaaaa..^^ dh lama xmkn lala.. cam dh terguda jer nii..harus dicari lala tersebut ^^

Nuridah said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah

sihat ke?? Selamat menjlnkan ibadah puasa buat Izah...lama kak Nur tk dengar cita Izah...harap2 Izah sihat selalu.

Lala tu fav anak2 kak Nur..tk toleh kiri kanan kalau mkn...omak dio tk suko eh...tk reti makan...hahaha.

.:: Mrs Z ::. said...[Reply to comment]

salam...
sedapnya lala..
dah lama tak makan lala....
susah nak jumpa ^_^

Ismi Iman said...[Reply to comment]

baru2 nh menu tok kenduri kawin akk ktorg msk lala tumis ngn kerang rebus cicah sambal kicp abs licin.tuan rumah lgsg xdpt mkn

Broussard said...[Reply to comment]

lalalaaaa..^^ dh lama xmkn lala.. cam dh terguda jer nii..harus dicari lala tersebut ^^