Wednesday, July 25, 2012

Mee Goreng Basah



Uiii hari ni banyak benor list to do, tapi tak siap2 jugak lagi.
Masukkan entry mee kuning goreng basah.Menu berbuka kami semalam.
Cukup dgn mee goreng ngan satu menu kuih dan bertemankan ayor tembikai laici.
Air2 ni semuanya tak dan nak snap la kan :-)
Layannnn 



MEE GORENG BASAH
BY ME 

1 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake
sebiji tomato
satu ikat sawi
segenggam taugeh
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa



Caranya: Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur tomat dan sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendrik.




17 comments:

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,wah ayaq tembikai laici best tuh..sy marin air laici..tembikai selalu beli time ofer,hahaa..nmpk sedap toi mee goreng akak tuh..basah2 gitu mmg best kan..klo letak udang ke lagi best kan,manis udang tuh..

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

wow mengancam jiwa dan raga akak ni Izah marbeles lah kalau anak2 tengok ni pasti nak suh buat jugak

.:: Mrs Z ::. said...[Reply to comment]

aduhhhh.... menggiurkan ^_^

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

Salam Izah..mengodanya mee tu bila singgah ptg2 nie :D

Slmt berpuasa tuk Izah sekluarga

Qasey Honey said...[Reply to comment]

aduiyaiii godaan btul ni...nmpk sedap la mee grg basah tu...tlg bg alamat umh bleh...nk tumpang bbuka skali...hihi

ummiaisyah said...[Reply to comment]

awww..ai mmg minat versi basah camni....boh serbuk kari ekk..mesti ala2 mamak sikit!

sitiezahim said...[Reply to comment]

ishk ishk ishk....:D

ijayuji said...[Reply to comment]

lalalalalala.... dtg sambil jelin2 jd halimunan skrg nii ehehehe... salam ramadhan n keinduan meluap luap buat AKAK Izah yg di ingati :D dtg sini ambik resepi mapin, dah buat lama sblm cuti berblogging tp dek malas n nk menghabiskan draf2 yg menyemak :D Maaf zahir batin

HaSue said...[Reply to comment]

Jenjalan blog org pepagi bute..
Aku ada mee sepeket tu..masih dara tak terusik pun,mcm ada harpn jd andartu terus kot..sbb tengok gaya ni mcm xde masa nk mkn mee..haha...nak wt mee goreng tuk bdk2 ok laa kot.eh,mee goreng gini cam best gak..ke nak wat mee kari.arghh!

~~zana@pb~~ said...[Reply to comment]

Akak dtg beriringan dgn Hasue ni, pepagi buta terjah blog, kisah mee goreng tu pun dah basi...hehe..dah masuk perut tuannya.
Izah, akak tak pernah goreng mee letak rempah kari, rasa cmne ek? Ni style mamak eh? kena cuba ni sb cikgu fahmi tu suka sgt dgn mee.

Tina Othman said...[Reply to comment]

pergh, yg basah2 tu yg menawan tu, teringin masak mee tapi karang kena jugak masak lauk, tu yg kansel tu

quinnie said...[Reply to comment]

izah..kita ada sepeket mee tak tau nak masak apa..bleh cuba resepi izah ni..:)

air tembikai buat utk berbuka memang leh kembong perut penuh air je..heheheh

zila norazila said...[Reply to comment]

salam izah..nampak sedap..basah2 lg..laju jew nk perah limau tue..mabless:)

Nuridah said...[Reply to comment]

fuyoooo tk sanggup kak Nur tengok mee ni...lembab2 sedap gitu...ish tk leh tenung lama2...makroh...adu sabar aja la!!

LinRosly said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah
Mee goreng basah kesukaan Kak Lin..huhuhuhu

Mohd Huzaini Hassan said...[Reply to comment]

rasa lapar pulak.. emm sdap

Nasita Dollah said...[Reply to comment]

Waaa.... Nampak cam sedap... Kalau masak utk si suami mesti dia suka...