Tuesday, July 24, 2012

Kuih Tepung Pelita


Assalamualaikum..

Bagi yang mencari2 resepi kuih tepung pelita yang mudah, sedap, lembut, licin dan sangatt enak, cubaa la resepi kak Yani ni. Memang tergoda dengan texture nya dan rasaanya. Saya dah lama sangat simpan resepi ni, cume belum ada kepercayaan pada diri nak try kuih yang lembut2 dan kuih tradisi yang satu ni. Tapi smlm kuatkan hati cube buat half adunan. 

Memang berbaloi dan tak rugi mencubenya. Puas hati sangat..alhamdulillah. Separuh taruk dlm peti es, rupanya makan yang sejuk2 lagiii nikmat :-). terima kasih kak Yani atas resepi ni. Kalau tengok kat report myr tu, ramaiiiii sangat yang dah cube kuih ni. So..tunggu lagi.. cepat godek2 dan taruk dlm bekas. Tak perlu kukus bagai.



KUIH TEPUNG PELITA


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 



31 comments:

ibundo said...[Reply to comment]

sedapnya izah... sonang nak buat.

izahdaut said...[Reply to comment]

ibundo..
memang senang sangat. sedap tu yng penting dengan kelembutan texturenya. :-)

aizu's life said...[Reply to comment]

bestnye kak izah.. mmg betul2 jd ea kalo gune resepi nih.. tetibe smangat berkobar2.. heheh.. thanx sis :)

izahdaut said...[Reply to comment]

aizu..
akk dulu mmg tak braani nak buat. pas tu try jela kan sbb dha tringin sangat. mmg suka yang lembut2 gitu. alhamdulillah menjadi. untuk adunan hijau tu kaacau sampai meletup2 kental cukup la. jgn kacau lebih2. yg putih tu kene lama sikit la tapi dia tak sekental adunan hijau. tapi bila sejuk dia akan elok la tak cair. cube la. api kene sederhana kecik je tau :-)

Mas said...[Reply to comment]

jahhh...sah2 lepas ni selalu ko buat tepung pelita kak yani nie...
bestttkan..

aizu's life said...[Reply to comment]

yeke kak.. thanx 4 da info.. insyaallah akan dipraktikkan.. ehhehe

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
tu la.. buat lebih sikit baru puas makan. sbb letak dlm peti es baru best kan :-)

aizu..
u re welcome

Gee® said...[Reply to comment]

Bestnyaaaa....makan sejuk2 kan....

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam selamat bepuasa..tepung pelita mkn sejuk mmg sdp...x sedar be bekas habis...sesuai ni buat utk tempahan kenduri...cantik letak dlm bekas cam ni

Asyifa Mustaffa said...[Reply to comment]

sedapnya....tp cam leceh nak mmbuatnya tu...hehe..~ benarnya malas je lebih nie......:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

assalamualaikum izah..
anak sulung akak suka tepong pelita... tp akak tak pernah buat lagi rasanya.. malas bebenor nak buat kotak daun pisang tu... ramai gak yg buat guna bekas plastik mcm izah ni kan.. tp akak plak dok terfikir mcm tak wangi je kuih kalu guna bekas tu.. aduhh.. cerewet la pulakk... padahalnya malas.. hehe..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...[Reply to comment]

I love this! Lama tak makan, kena buat sendiri nampaknya!

Hru Izah...lama tak jumpa! Masih pusing2 pokok ingat SRK kah??? :)

FARAH deeb said...[Reply to comment]

Wahhh my feveret!
My latest Entry :)
JJCM: Day 2 Ramadhan 1433

Qasey Honey said...[Reply to comment]

aduhhh Izahhhh...tgodaku dibuatnya...dh lama beli tepungnye tp xbuat lg...hehe...

EmbunRosaliza said...[Reply to comment]

Assalam Izah, sedapnya tepung pelita akk belum buat lagi sejak posa, semlm beli je, nasib baik kena yg sedap. Puas hati mkn hasil air tangan sendiri, berbaloi2

Kak Rose said...[Reply to comment]

kuih fav sepanjang masa... x posa pun sllu buat guna resepi ni. sedap

baru ni buat 100 cups untuk buah tangan majlis pertunangan anak kawan.

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

feveret kuih ni. kalo tak letak kapur tu ok ke Izah?

CT Delima said...[Reply to comment]

AS'salam Izah

Emm..fav anak dara k.ct ni . tu hari cari gak kat bazar Ramadhan tapi akak tu tak jual. Bila dah ada resipi dari Izah dan Yani k.ct nak cubalah.

Oh ya santan tu kalau guna santan kotak kita kena campur air dan jadikan 4 cawan lah gitu ya Izah. kena cuba gak ni tengah cari menu yang lembut2 tuk berbuka hari ni. terima kasih Jah..lebiu hihi

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

bolehlah akak godeh hujung minggu ni, thanx, Ijah

Azita Zain said...[Reply to comment]

Masuk dalam senarai lagi!

Nina Mirza said...[Reply to comment]

As'salam Izah ...

memang FAV kuih nie dibulan puasa.. ;)
Dah pernah buat memang cepat, ringkas dan mudah. Lagi best - SEDAP..!!

tun_telani said...[Reply to comment]

sedapppp!!!!!!!!!!!!!! dulu2 selalu jugak buat ni. siap masa student dulu, bila ada aktiviti kelab yg ada jual2 makanan, ni laa salah satu kuih yg selalu kiteorg buat dan cepat laku. hihi.. dh lama x buat ni, nk cari bekas lah.

Tina Othman said...[Reply to comment]

yeay, saya tak minat kuih ni tapi cik hb suka, nanti boleh lah try, nak kena carik kapur dulu hehe

Yatie said...[Reply to comment]

kuih kegemaranku...Hamka lagilah suka sbb hijauuuuu...

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Assallamualaikum Izah..

Happy Ramadhan yer.. Seronok dapat berpuasa penuh tahun ni..alhamdulillah...

Kalau akak buat 1/2 adunan jer lah ni.. Kang banyak2, makan tak sedar diri akak kang..heheheee..

HaSue said...[Reply to comment]

Ko memang..suka peram resepi lama2. macam aku jugak. pastu nyesal tak cuba dari dulu.kan! biasak ko nih..meh aku tenyeh ngan cili api..hahah

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

sesuai sangat buat buka posa hari ni...sedapnya..

Nieza said...[Reply to comment]

wahh tergoda..belum pernah buat sendiri lagi ni kuih ni..harus di cuba nanti.tapi lately ni saya asyik buat kuih warna hijau jer zah nak kena tukar warna lain lak kot..hehe

Anonymous said...[Reply to comment]

salam izah, seedap npk!seperti izah jgk masih tk berani lgi nk cuba...takut2 ada...he2..tq iza,bak mai sepiring :) zila66

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...[Reply to comment]

ni klu ltk sengkuang cina lg sedap...hehehe..

mrs kayrul said...[Reply to comment]

suka buat nie dulu..senang pakej sedap sekali