CSS

Monday, April 22, 2013

OREO CUPCAKES dan order


 Assalamualaikum

Mengkapkek pulak.
Simple je nak buat kapkek oreo ni.
Resepi saya amik dari belog cik Mat Gebu dan direkemenkan oleh Datin Jai.
Tq Datin dan CMG.
Layaann kapkek gebu dan mudah ni... :-)




  
OREO CUPCAKE 
sumber: cik Mat


BAHAN-BAHANNYA :
 
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan



BAHAN BUTTERCREAM :
 
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry.




Dan ini sebahagian gambar order cup cake oreo size mini.
100biji.











7 comments:

Tina Othman said...[Reply to comment]

Nyum sedapnya, kat umah mmg ada je stok oreo, boleh buat nanti, kot rajin haha

Aisah Ahmad said...[Reply to comment]

Nampak sedap

Mas said...[Reply to comment]

jahhhhhh...
nakkkkkkkkkkkkkkk................

Anna Qawina said...[Reply to comment]

Hai puan Izah..hebatnya kapkek itu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

salam izah..
lama akak tak buat cupcake.. dulu kakak dini rajin ambik order ngan kengkawan sekolah dia.. mcmla ibu dia ni byk sgt free time.. hehe...

CA said...[Reply to comment]

Isshh..tabik srping la kat ko Izahh..ada baby pun menten bole handle tempahan..caya lah..

sedapppnya kapkek tu ekk.kalo buat konherm akak dapat pujian melangit dari anak2 akak..emm nak cuba la...tengss

WOW Gold said...[Reply to comment]

Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
WOW Gold Kaufen

World of Warcraft Gold