CSS

Tuesday, April 23, 2013

Red Velvet Cheezy Marble Cake


 Assalamualaikum..

Kek ni sedap..
Tapi saya dah terover bake dia. Sebab dlm dia tak mau masak.. bila set time terlama pulak.
Jadi nampak geseng. Tapi alhamdulillah still moist n yummy.
Bila dah semalaman rasa dia lagi sedap.
Terima kasih kak Fida..dah lama simpan resepi ni.
Nampak pulak kak Yatie buat ngan kek gojes diblognya.
Haa..kek kak Yatie ngan kak Fida shantek tau. Saya ni kek hentam mana sempat namanya.
Memang tak leh berlama2 kat dapur.
:-)


RED VELVET CHEEZY MARBLE CAKE
resepi: Kak Fida
sumber: Kak Yatie

 Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

Bahan A :-
  • 300 gm gula halus/castor
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair
  • 2 biji telur
Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt *izah guna yogurt
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
 
Bahan Cheese :-
  • 250 gm cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
 
 
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
  8. Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
  9. Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
  10. Bakar selama 20 min atau hingga masak.






12 comments:

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
mcm tau2 je....akak mmng tngh berangan2 nak buat kek ni taw...lagipun tngk cream cheese kat esbok yg tak terusik lagi tu...nak buat takut makan banyak...tak buat teringat2 plk nak makan...haishhhh..nmpk gaya kena buat gaklah...

anak dara berdua akak tu pun suruh buat, asyik layan kuih dan kek hijau Hamka je katanya...he3...diaorang nak kek yg kaler2 merah mcm ni lah...layankan jelah kan...tu pun kalau maknya rajin..he3..(dlm hati nak mengukus sesuatu gak ni..he3..layan tekak sendiri...)

Gee® said...[Reply to comment]

Hamboi Jah... laju nampak minggu ni... naik jet turbo kew?

atie @ ejay said...[Reply to comment]

assalam..
aduuh teringin pulaaak..
lepas beranak turun 12kg.. nih harus tambah balik 6kg lagi nih.. asyik nak makan kek je niii

tun_telani said...[Reply to comment]

Salam kak izahhh.. time tun tak ngadap blog dh terlepas few entries rupa2nya.. tun nih rvc biasa pon xbuat lagi, dh kuar versi baru rupa2nya. byk betul resepi duk queue ni haa..

mama sara nur said...[Reply to comment]

assalam
izah, rajinnya mama sorang ni
nampak sedap,rvc biasa pun sedap ini ada cheese lg sedap kan

adda syuhada said...[Reply to comment]

sedapnyaaa...

Bbwana adienia said...[Reply to comment]

idea yang menarik rvc marble ni..selalu nampak red velvet yang macam biasa tu ja.bleh try next time..

mimie mielan said...[Reply to comment]

Jah...ahkak belom ade keberanian mcm IRONMAN utk mencoba RVC ni...nti nk try juga satu ari nti...tatau bile ler tuuu...

bak sini 2-3 slice RVC tu...x pon bak sebijik...hahahhaah...

norzila said...[Reply to comment]

cantiknye..dr sini dah nampak kegebuan dia kak izah..

inahar ali said...[Reply to comment]

wah..bestnye..dh lama x mamam RVC nih..terliur lak tgk izah punyer nih..adehh!

Zarith Haiza said...[Reply to comment]

woww...nampak menyelerakan tgk krim tu,dah lame nak buat tp asyik terlupa nak beli lemon...

Anonymous said...[Reply to comment]

saya mohon copy resipi ya tq