Assalamualaikum
Nama sempoi.. koboi.
Best la layan karipap simple ni.
Dah acap kali jugak saya buat karipap ni kalau anak2 nak.
Masa membuatnya tak la lama compare karipap berinti kentang n keledek tu.
Yang ni intinya telur.
Mudah dan anak2 memang suke.
Terima kasih kak Shiela - Spices Journey.
KARIPAP KOBOI
resepi: kak Shiela
INTI
5 biji telur
1 biji bawang besar*
1 cili besar merah*
1 biji cili hijau*
1 sk lada hitam - ditumbuk kasar
sedikit garam
sedikit minyak/butter untuk menumis
Cincang bahan yang betanda *. Pukul telur bersama garam dan lada hitam. Lada hitam ini penting untuk menaikkan aromanya. Panaskan minyak/butter, dan tumiskan bahan hiris hingga layu. Akhir sekali masukkan telur tadi dan masak secara scramble. Sejukkan sementara membuat dohnya.
DOH KARIPAP
500gm tepung gandum
1/4 cawan margerin
1/2 cawan minyak
220 ml air- anggaran
1 sk garam - anggaran
Panaskan margerin dan minyak masak hingga betul2 panas dan tuang ke dalam tepung. Gaul rata minyak panas tadi bersama tepung. AWAS,. gunakan senduk semasa proses ini kerana minyak panas. Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Apabila agak suam barulah masukkan air sikit demi sedikit dan uli sebati. Rehatkan doh selama 20 minit suapaya mudah dibentuk dan digelek. Jika tidak doh agak liat.
Bahagikan doh kepada beberapa bulat kecil dan lenyekkan membulat. Janga tebal sangat dan jangan nipis sangat. Masukkan inti dan kelim. Kemudian ulang proses sehingga doh habis. Bolehlah menggoreng. Goreng menggunaakan api sederhana. Elak mula menggoreng dengan minyak terlalu panas kerana hasil nya nanti kulit karipap akan menggerutu tidak cantik. Kerap balik balikkan karipap semasa menggoreng supaya masaknya sekata dan cantik. Hidangkan.
19 comments:
Nak karipap koboi 8...
akk nak sapu bersih karipap koboi ni...hihihi
Izah.. kalau nak makan karipap ni, kena pakai topi Koboi ke? hihihi
assalam, mcm2 nama karipap ye.. ape pun makan karipap sekali skala mmg best.. tak hengat tu, last2 dah abis langsung..
wah..karipap koboi pun ada gak ek..hehe! nama x penting yg penting sodaapkan izah!!
nama dia yg tak tahan tu, tapi senang sikit keja kan guna telur je, nanti nak try lah
Salam Izah..koboi pandai makan karipap ke..koboi mana tu...hehehe..tapi nampak sedap..
as salam Izah.....nanti singgah umah akak ya amik award..
yang koboi tu lah yg sedap tu Izah mesti nak kena cuba jugak ni yg inti telur gini pasti sedap tak ambik masa panjang ni bestt
Izah, nnt kalau lah jumpa kan...kan...tolong koboikan karipap untuk akak yea....cukuplah dpt yg ni pun kalau Izah xnak crepekan durian...hahaha
assalam izah
nk seketul dua, cukup akak sorang he hee karang leh la jln2 kat ampang ye
Errr anjeli... Bagi fathia 3 ketoi kipap....kt kontan ada satu kedai namanya koboi...kalolah diorg ada akai pjg sket buat kipap ni and jual kt situ..dah lama tokey dia dapat beli kuda 4ekor kan jah..ehhh anjeli..kan?
montok2 karipap koboiii tu..geram mcm nk curi spinggan tu...
alaahaiii izzah.. terima kasih yer dear sudi mencuba.. akak pulak yang teringinnnn~~ :b
Izah...punyalah cantek n kemas ni karipap...ko kata karipap koboi...alahai...
Тhе suссeѕs of yοur
businesѕ clients. You now busіnesѕ consideг getting some foгm of initіal іnvеѕtment іs
neеdeԁ? Not that I am going to work. It's not uncommon to find that you are an electrician.
Here is my site: internet marketing experts denver
Assalam izah, wah..karipap koboi
firt time denagr ni..heheh agak2 kat negeri koboi ada jual ke ..heheh kalau kasi kat akak koboi pun koboilah..akak telan jugak..tak tolak
Hihihi.. cute , namanya..mau juga coba ahhh .. :-) /
Post a Comment