Assalamualaikum.
Sekejap ada.. sekejap tak da.
Jadilah. asalkan masih ada.
Nak share resepi kuih lapis koko yang lembut ni.
Anak2 suka rasa cekelat2 pada kuih ni.
Terima kasih buat Mas duniaku dan khususnya buat kak Yatie.
Kerana berkongsi2 resepi yang sedap ini.
KUIH LAPIS KOKO
Resepi : Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku
sumber: Mas
Bahan :
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning - Mas x letak
Cara membuatnya :
Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.
8 comments:
Assalamualaikum tuan tanah...
ada ke tak de tu...
jangan nyorokkkkkkk....
wehhh...lama dah aku tak buat kuih lapis...
cantik tinggi kuih lapis ko tu..
tu ko buat 1 adunan ke 1/2 adunan jah...
kikikikikikiki
Wah sedap ni... perut tengah lapar pulak ni. Ce bancuh sekali nescafe satu teko... jap lagi mama datang. :D
mas..
aku buat 1 adunan. tamak tak hengat pastu kembung perut makan kue lapis. hahaha.. banyak dapatnyaa..
mama..
eh mmg ada nescafe ni. tengah tunggu mama jek.. naik lif tingkat 17 ek ma
cantik kejadiannya Jah...
Sedapnya, tapi bab nak melapis yg tak rajin tu
mesti sedap ada rasa coklat tu kan.. aritu akak wt serimuka 3 rasa resepi kak yatie gak.. mmg sedap ada rasa coklat tu.. best banget..
Anje...fathia skang x boleh gi la kuih2 kampung ni...berkudis mulut mkn nanti....errr ai i mean fathia now cuma boleh mkn kek je yg nama panjangnya dr labuan sampai tambak johor kekdahnya....
Tapi nengokkan lapisan perutku eh lapisan cekelat tu tetiba fathia ubah fikiran la anje...tlg anta ke lokasi sket ye...errr fyi ai tgh acting dgn hero malaya yg tgh hot tu.....
cantik kuih lapis Izah, dlm sibuk2 tu nyempat plk melapis...lama tak nampak gambar baby...kalau tak keberatan letaklah gambar baru baby terkini....windulah..
Post a Comment