CSS

Friday, March 5, 2010

SEMBANGSANTAI: Tak Kesampaian..

Nak masuk segmen sembang santai laks.. Cerita muffin nak rehat dulu sebab muffin tengah mengembang kat dalam oven. Napa tajuk tak kesampaian pulak. Baru-baru ni terjumpa satu coretan dari diri sendiri tak tau bila di tulisnya. Rasanya tulis masa pantangkan anak kedua. Time berpantang ni sangat la boring. Sebab berpantang kat kampung. Hehehe..balik kampung sekejap-sekejap seronok la...tapi kalau dah berbulan wahwahwah..suami lak jauh di KL nun..maka boring pun datang la kan...

Kononnya nak hantar kat majalah Pa&Ma. Sesaja kot kot deme dah tak de crite dah bleh la crite ni melukut kat majalah tu kan. hehee..tapi tak kesampaian sebab tak pos pun ke majalah tu. Buat pekasam jee(macam la kalau hantar deme nak publish..huhu). So kat sini sajalah nak share dengan kawan-kawan yang lebih banyak pengalaman dengan sakit makit puan ni. Boleh berkongsi cerita dan mungkin dapat nasihat dan tips dari yang pernah atau mungkin juga melaluinya.

KEPUTUSAN YANG SUKAR

Aku disahkan hamil sekali lagi. Walaupun perasaanku dan suami amat gembira dengan perkhabaran ini namun aku sedikit risau. Anak sulungku Bais Umair yang dilahirkan secara ceaserean baru mencecah 8 bulan. Terasa risau bagaimana akanku lalui mengandung anak ke-2 ini. Apakah aku akan mengalami ketidak selesaan selama mengandung dan bagaimana pula cara kelahiran yang akan aku tempuh untuk anak ke-2 ini. Kata-kata doktorku yang aku dijangka dapat melahirkan normal semasa kandungan ku mencecah 5 bulan melegakan hatiku dan suami.

Setiap hari doaku panjatkan agar anak yang ku kandung ini yang semakin membesar dapat dilahirkan secara normal dan segalanya dipermudahkan Allah. Apabila kandunganku mencecah ke 8 bulan, pemeriksaan rutin bulanan dibuat dan doktor memaklumkan kandunganku telah turun sedikit tapi belum engage dan menasihatkanku tidak membuat sebarang kerja berat dan banyakkan berehat kerana khuatir anak yang dilahirkan pra-matang. Ketika itu kandungan ku baru dianggarkan seberat 2.1 kg beratnya.

Aku diuji semasa kandunganku masuk bulan ke 9 apabila doktor memaklumkan talipusat anakku berada disekeliling lehernya dan peratus untuk talipusat itu terlerai agak sukar memandangkan kepala kandunganku telah turun sedikit. Doktor juga menasihatiku dan suami tentang risiko talipusat bayi yang terbelit dileher semasa kontraksi, dan berbincang kemungkinan untuk melalui ceaserean itu ada. Pulang dari hospital aku menangis berdoa dan lesu memikirkan untuk melalui sekali lagi ceasarean. Sedangkan aku dan suami tahu apa risiko kemudian hari untuk memiliki anak yang ramai.

Doktor menasihatiku untuk mengulangi pemeriksaan selang seminggu. Minggu yang berikutnya, melalui scan dapat dilihat talipusat anakku masih berada disekeliling lehernya. Aku dan suami masih belum membuat keputusan untuk ceasarean. Suamiku beulangkali meyakinkan aku untuk terus berdoa dan tidak berptus asa agar dapat melahirkan secara normal. Pemeriksaan minggu yang seterusnya mendapat perkhabaran gembira bila talipusat anakku tidak lagi berada dilehernya tapi tergantung dibahu. Bersyukur kerana peluang untuk normal terbuka kembali. Akan tetapi masalah lain yang turut memeningkan doktor bila kandungan ku sudahpun overdue. Doktor memberikan tempoh seminggu lagi dan aku perlu melakukan ujian CTG dan mengira pergerakan kandunganku. Sekali lagi pemeriksaan dijalankan dan sekali lagi doktor memaklumkan talipusat kandunganku kembali berada disekelilng leher semula. Akan tetapi kali ini terdapat dua kali lilitan! Sekali lagi aku terpaksa berbincang untuk ceasarean dengan suamiku dengan tetap berharap untuk normal. Suami mengambil keputusan nekad untuk menunggu seminggu lagi dan berharap anakku dapat dilahirkan secara normal.

Semingu berlalu tanpa ada sebarang kontraksi dan pemeriksaan terakhir doktor memaklumkan keadaan aku yang overdue dan talipusat terbelit memaksa aku melahirkan secara ceasarean. Sudahnya dengan perasaan yang sedih aku dan suami terpaksa menerima keputusan ini. Bertambah sedih apabila aku memaklumkan kepada keluargaku di kampung yang aku akan dibedah petang ini, ketika keluargaku berkumpul untuk mengadakan kenduri cukur anak abang sulungku yang baru berusia sebulan. Bertambah sedih apabila suamiku terpaksa pulang ke rumah menidurkan anak sulung yang mengamuk kerana mengantuk. Air mataku tumpah jua tatkala memohon ampun dan maaf kepada suamiku dan dia mendoakan aku selamat. Aku tahu dia juga keberatan untuk meninggalkan aku berseorangan ke bilik bedah apabila sekali lagi datang mendapatkan aku dan berpesan sekali lagi untuk tidak lupa berzikir dan berselawat. Maka akupun ditinggalkan sendirian dan dihantar ke wad untuk persiapan pembedahan.

Akhirnya tepat 3.49 petang pada 16hb march 2009 keluarlah Muaz Alawi ke dunia secara ceasarean seberat 3.425kg dengan selamat dan sihat. Kesemua doktor dan pembantunya berseloroh mengatakan anakku memakai talileher apabila melihat talipusatnya terbelit dua. Suamiku hanya dapat mengazankannya disebelah malamnya ketika aku masih mamai kepeningan akibat ubat bius pembedahan. Sesungguhnya tiada kata yang terindah untuk dilafazkan selain sentiasa mengingati Mu ya Rab Ya Allah atas kurniaan Mu yang sungguh indah ini.


Izah,
Kuala Lipis.
20.4.2009

Panjang sungguh ceritanya. Sesuai ke nak letak kat sini. Alah layan jela ye..Sangat suka kalau ada yang nak bershare cerita masa melalui detik hidup dan mati melahirkan anak ni. Bila dah setahun berlalu ni rasa tak da apa-apa dah cerita ni. Harap dapat berkongsi.

Muaz ketika berusia 3 hari baru dilahir



Muaz sekarang

1 comments:

UTManja said...[Reply to comment]

Assalamualaikum,
Sedih membaca coretan ini...itulah kebesaran Allah swt samada Dia meluluskan atau tidak permohonan kita untuk kita adalah HakNya. Dia berhak buat apa saja keputusan kerana Dia Maha Mengetahui dan Merancang dalam semua kehidupan kita. Dengan izinNya maka anak yang di lahirkan itu mempunyai tali leher(org puteh kata necktie la no!) percuma. Apapun kita amat bersyukur pada Allah di atas pemberian nikmat ujian samada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Alhamdulillah anak ke 2 telah di lahirkan dengan nasib yang telah di tentukan Allah...berusahalah untuk menjadikan mereka Anak Yang Beriman Semata2 Pada Allah dan RasulNya....itulah ajaran di bawa oleh Rasulullah dan para2 Nabi sejak Adam a.s lagi. Terima kasih kerana melahirkan anak ke 2 yang 'cool' ini untuk saya!

Anak yang baik adalah bilamana dia beriman pada Allah dan RasulNya dengan ikhlas pada setiap masa dan dalam apa keadaan sekalipun. Berdoalah pd Allah sesungguh Dia suka pada hambaNya yang selalu berdoa...bertawakkallah pdNya kerana Dia sayang pada org yang bertawakkal dan bersabar dalam kehidupannya. Janji Allah adalah betul dan itulah amalan Para2 Nabi dan rasul sejak beribu tahun dahulu.

TQ Sayang