CSS

Wednesday, March 3, 2010

Muffin Kopi Coklat Chip


Rasanya dah lama tak buat entry pasal percubaan terbaru muffin ni. Ada je buat muffin tapi nak update tu malasnya. Sibuk melayan Muaz dan Bais jadi nak melekat depan pc pun terganggu la sikit. Muaz pun dah pandai panjat-panjat nak berdiri, lagi la kena pantau (perkataan glemer dalam Gerak Khas) kalau tak gedebuk jatuh. Kalau saya melekat depan pc ni mulalah si abang datang bawa buku nak baca la, datang bawa roti nak makan la, yang si adik pulak nak panjat kita la, nak tarik buku abangnya la..eh serabut betul. Jadi bila dah clear, si adik tidur dan si abang tengok movie kegemarannya Wall E, boleh la bersantai untuk entry muffin ni.


Baru-baru ni saja try buat muffin kopi ni. Tengok resepi sumbangan ikhlas kak Hanieliza ni mudah dan bahan-bahan pun ada, jadi saya pun memulakan percubaan mudah ni. Sesambil hubby buat kerjanya depan pc, boleh lah jap lagi jamu dengan teh tarik kesukaannya tu. Muffin ni muffin yang berat dan sedap. Tapi tak mencapai target taste saya. Saya ingat rasa dia betul-betul rasa kopi tapi sipi sipi kopi je. Agaknya kalau tambah kopi emulco sikit lagi pure kopi kot? Kot la...boleh try lagi lepas ni sebab mudah dan sedap. Eh hubby suka pulak muffin ni. Sebab muffin ni agak moist, tak moist sangat tapi agak moist. Sesiapa nak cuba boleh la jamu satu keluarga.


Bahan-bahan:
Bahan A
350 g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200 g gula perang

Bahan B
150 g minyak jagung
250 ml susu kopi (saya guna jenama Dutchlady)
1 sudu kecil nescafe
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla

Coklat chip secukupnya

Caranya: Gaul rata bahan A dan ayak. Satukan semua bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip. Bakar 180 C selama 18-20 minit.

1 comments:

myfuzzyworld said...[Reply to comment]

Salam Izah & semua pembaca blog Izah,

Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality

Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor

External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

>>sedapnya muffin kopi.. harusku cuba nih..