Friday, February 19, 2010

Muffin Oreo



Tertarik dengan bahan-bahan yang dgunakan, maka saya pun mencuba resepi muffin oreo ni. Sudah tentu bahan utamanya menggunakan biskut oreo berkrim putih tu. Kebetulan biskut oreo Bais banyak lagi berlebih sebab dia dah jemu makan oreo, saya pun merajinkan diri mencuba satu lagi resepi baru muffin.


Bahan-bahannya:

1 3/4 cups all purpose flour
1 tablespoon baking powder
1/4 cup sugar
1/3 cup butter (room temperature)
1 large egg
1 cup fresh milk
16 Oreo chocolate sandwich coolies, chopped
50g white chocolate chopped
50g dark choccolate chopped

Caranya: Campurkan tepung, baking powder (yang telah diayak) dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan mentega dan gaulkan sampai jadi crumbs (saya gunakan tangan). Campurkan telur bersama susu dan gaul sebati di dalam mangkuk yang lain. Perlahan-lahan masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati (adunan agak berketul). Kemudan masukkan oreo hancur bersama kedua-dua coklat dan kacau. Masukkan adunan dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip di atas. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit.


Saya agak teruja untuk merasa muffin ni. Sebab saya gantikan kedua-dua coklat dalam resepi tu kepada coklat chip yang ada putih dan coklat. Lebih kurang ada white dan dark coklat jugakan. Jadi, ianya satu muffin yang sedap dengan texture yang agak padat dan berat tetapi ada coklat yang cair di dalam. Muffin ni tak manis tapi bila makan dengan coklat yang cair-cair tu dia jadi la manis. Sebab rasanya yang enak dan lazat, saya pun berkongsilah rasa dengan jiran saya. Memang buat muffin pun dengan niat nak pulangkan piring jiran. Have a nice muffin!

1 comments:

atme310 said...[Reply to comment]

Itu gambar anak anjing ke? Mcm anak anjing je!