CSS
Sunday, March 28, 2010
Muffin Coklat
Assalamualaikum.. Semuga semuanya sihat dan sentiasa tak lupa untuk menambahkan lagi keimanan kite supaya kuat untuk meghadapi ujian dan dugaan di dunia yang sebentar ini cuma.
Dah lama tak update muffin baru. Muffin coklat ni dah lama buat untuk buah tangan bawak balik kampung cuti sekolah dulu. Muffin ni memang muffin coklat pilihan saya. Rasa yang sedap, moist, manis yang cukup dan serba serbi lembut dan menawan deria rasa. Bawak balik kampung seronok tengok anak anak buah berebut-rebut makan.
Resepi muffin ni dapat kat rumah kak ummmi dan ada juga kat sini. Difahamkan resepi asalnya kat rumah Mak Lang Azie. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi muffin yang sedap, enak dan moist ini. Ni saya letak resepinya untuk berkongsi dan dipanjangkan manfaatnya:
Bahan-bahannya:
A 2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B 2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
C 3/4 cawan air panas
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Labels:
Muffin,
Muffin Coklat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Montoknya muffin Izah...
mamafami..trimakasih sudi jenguk mafin saya..saya ni peminat mama la..saya ikut dari fotopages ke blog mama..
salam kenal izahdaut. terujalah tgk muffin coklat nih. mintak izin kita nak c&p yer..masuk list dulu, kendian baru buat. tima kasih.
semoga izah sekeluarga sihat dan dirahmati Allah sentiasa.
salam kak..la saya baru perasan komen akkak..dah try ke buat muffin ni..saya nak masuk blog akka jap lagi la
Jalan2 tengok muffin izah.
Kepingan badam tu letak setelah muffin dah masak ke???
Tak...kepingan tu letak lepas letak adunan, tabur dan bakar.. Cube la kak. Mapin ni antara mapin coklat yg best
hi skrg baru berjinak2 dalam dunia muffin nih nak cuba la buat cuma nak tanya minya masak tu guna minya ape yer n resepi ni memang tak guna esen vanila kan...
Nk letakkan esen pun ok. Lagi up bau nyer kan. Minyak tu saya guna minyak masak biasa tu je. Kdg seri murni. Kdg minyak jagung.cubelah
Izah, I dah buat pagi ni. Itu semua gara gara ternampak di blog Yatie. Baru lepas masak, bangun pagi tak ada apa yang nak dibuat, teruslah buat muffin. Tadi saya makan tengah panas, jadi tak ada rasa sangat. Biasanya masa sejuk baru boleh dirasakan keenakannya.
wah nampak sedap muffin akak kalau rajin tu mehlah singgah blog akak
assalam kak izah..teringat nk buat muffin jumpa blog akak. nk tanya tepung yang akak guna tu tepung gandum biasa ke? muffin ni nak bubuh 1/2 cup or 3/4 cup? sory tanye.baru nk blajar buat
Assalam..Maaf nak tanya saya masih tak tahu apa beza sudu kecil dan sudu teh ye. boleh sesiapa terangkan/ terima kasih.
Post a Comment