CSS

Thursday, March 11, 2010

Muffin Banana Crumb



Assalamualaikum.... Apa nak digambarkan tentang muffin ni? 5 bintang!! sedap ah sedap..wah berdangdut plak dah. Dah lama simpan resepi ni. Pastu banyak tengok teman blogger yang expert-expert pun dah ramai yang cuba. Sangatlah sedap. Sumber dari Allrecipe dan ada juga di rumah kak Maz atau rumah Arah juga Mamafami. Rasanya banyak lagi teman-teman yang dah cuba. Memang sedap dengan badan muffin yang moist dan sangat kaya dengan rasa pisang dan crumb yang rangup dan harum bau cinnamon tuh..

Mula-mula kuar dari oven tu lagi la sedap. Tak rugi mencuba muffin ni. Pastu mesti nak buat lagi dan lagi dan lagi. Bais makan muffin ni lagi tak senonoh sebab dia gigit tang crumb tu je. Pastu yang dah lompong tuh dia bagi kat umi suh abiskan..bagus punya anak. Ni saya letak resepinya. Harap halal ye resepi nih. Thank you for sharing.


Bahan-bahannya:

A 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3 biji pisang dilenyek (saya guna 7 biji pisang emas saiz kecil)
3/4 cawan gula pasir (saya guna 1/2 cawan )
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/3 cawan mentega cair

B 1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Caranya: Dalam mangkuk besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam. Dalam mangkuk yang lain masukkan telur, pisang yang telah dilecek, gula dan mentega. Kacau sebati kemudian tuang ke dalam tepung tadi. Kacau rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar muffin. Untuk bahan B campurkan semua bahan kecuali mentega. Gaul rata kemudian masukkan mentega. Gaul lagi guna hujung jari sampai jadi crumb dan tabur atas muffin tadi. Bakar pada suhu 190 C selama 18 minit (muffin saya kecil saya guna 180 C selama 15 minit). Bergantung pada oven masing-masing.


3 comments:

atme310 said...[Reply to comment]

Assalamualaikum....
Muffin ni nampak sedap tapi kalau sudah sejuk rasa ummmmpnya dah kurang la...benda makan kalau hendak bertambah sedap(di samping resepi yang baik dan perasaan yang ikhlas) kenalah juga di masak pada timing yang betul...sebab timing yang betul menjadikan tukang rasa mudah merasa pada masa masakan masih panas lagi...atau terus makan makan makan sampai habis!

Jadi resepi yg bagus+feeling yang ikhlas+timing yg betul=sedap dan puas la kot....TQ

qaseh masyitah said...[Reply to comment]

Salam Izah
eeiii terus rasa nak makan je mufin ni.
hu hu bilalah saya nak boleh buat entah...

izahdaut said...[Reply to comment]

yang ni senang..boleh try buat...