CSS
Sunday, March 28, 2010
Muffin Peach
Assalamualaikum... Ketemu lagi dengan the latest muffin yang saya buat ni. Muffin peach yang cedap ni saya buat masa adik saya duk bermalam kat rumah minggu lepas. Dah lama nak cuba muffin yang saya copy resepi nya dari kak yani@myR ni, tapi asik tertangguh je. Resepi asal menggunakan buah peach segar, tapi saya guna yang dalam tin je. Macam biasa siapa yang dah cube muffin ni...walla weii..memang sedap lah. Pulak pulak yang baru kuar dari oven tu, dengan lahapnye mak buyung sorang tu makan sekali hadap je. Siap buat ayat lagi, "sikit ni jeke buat muffin ni"..Ngap punya ngap, tak dan tinggal untuk en hubby ku..Tak pe la nanti, izah buat lain ok..(uikk bila time rajin la..)
Trima kasih kak Yani, ni resepi dia:
Bahan-bahannya:
150 gm tepung
1/2 sudu besar baking powder
75 gm gula perang
10 gm gula kastor
60 gm butter (suhu bilik)
1 biji telur saiz A
60 ml susu segar
1 biji buah peach
untuk topping:
50 gm gula aising + 3 sudu kecil air + 1 sudu kecil essence vanilla
Ayak tepung bersama baking powder. Potong dadu buah peach. Pecahkan telur dan pukul sedikit agar putih dan kuning bersatu. Pukul butter sehingga berkrim dan masukkan gula ke dalam butter dan pukul hingga gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit 3 kali berturut turut berselang seli dengan susu segar dan kacau cepat-cepat. Akhir sekali masukkan buah peach dan kacau rata. Bakar adunan muffin ini pada suhu 180 C selama 20 minit. Gula aising yang dibancuh tadi boleh dicurahkan ke atas muffin yang siap dibakar. (saya tak buat topping gula aising tu..tak sempat buat dah ngap)
Labels:
Muffin
Muffin Blueberry resepi Chef Noraini
Ketemu lagi untuk menu muffin yang terkini. Terkini kat blog ni la.Orang lain dah bermacam2 jenis dah buat, saya baru nak cube cube buat. Muffin ni buat atas permintaan adik yang jadi mak buyung tu, nak makan muffin blueberry. Kesian plak nanti kot teringin time2 ngandung tuh, saya pun buat la, kot nanti meleleh plak airliur budak dalam perut tuh..
Saja try resepi lain plak, biasa saya buat resepi dari kak Yani. Resepi ni saya ambil dari kak Ummi. Tapikan..rasanya saya terlebih timbang tepung agaknya..kurang gebu tapi rasanya tetap menawan kalbu. Takpe, nanti boleh cuba lagi. Teringat pulak cerite teman baik saya yang calling calling bebaru ni. Katanya masa jejalan dengan anak-anaknya, anaknya nangis2 nak makan muffin dan die pun layan la dengan sebijik muffin blueberry yang harganya RM2. Tapi katanya muffin nya keras macam biskut. Ala...kesiannya muffin apa tu ek..tak pe la Diya, datang KL nanti singgah umah achik Pae, makan muffin blueberry chow punya...
Kak Ummi, saya copy resepi ni ye. Terima kasih kepada yang sudi share resepi ni. Allah jua membalas orang-orang yang ikhlas itu.
Bahan-bahannya:
125 gm butter (suhu bilik)
150 gm gula castor
2 biji telur
250 gm tepung kek / tepung gandum (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
inti blueberry secukupnya (dalam 1/2 cawan)
1 sudu teh essence vanilla
Cara-caranya: Panaskan oven pada suhu 180 C. Pukul mentega dengan gula sehinnga putih dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan essence vanilla dan pukul rata. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan garam berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan butter. Sudukan separuh adunan ke dalam muffin cup dan letakkan inti blueberry dan sudukan lagi adunan meutup inti. Bakar adunan selama 18-20 minit.
Labels:
Muffin,
Muffin Blueberry
Muffin Coklat
Assalamualaikum.. Semuga semuanya sihat dan sentiasa tak lupa untuk menambahkan lagi keimanan kite supaya kuat untuk meghadapi ujian dan dugaan di dunia yang sebentar ini cuma.
Dah lama tak update muffin baru. Muffin coklat ni dah lama buat untuk buah tangan bawak balik kampung cuti sekolah dulu. Muffin ni memang muffin coklat pilihan saya. Rasa yang sedap, moist, manis yang cukup dan serba serbi lembut dan menawan deria rasa. Bawak balik kampung seronok tengok anak anak buah berebut-rebut makan.
Resepi muffin ni dapat kat rumah kak ummmi dan ada juga kat sini. Difahamkan resepi asalnya kat rumah Mak Lang Azie. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi muffin yang sedap, enak dan moist ini. Ni saya letak resepinya untuk berkongsi dan dipanjangkan manfaatnya:
Bahan-bahannya:
A 2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B 2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
C 3/4 cawan air panas
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Labels:
Muffin,
Muffin Coklat
SEMBANGSANTAI: Aduhai...
Asalamualaikum..Aduhai rindunya nak berblog lagi..nak jalan2 tengok umah orang dan menjenguk menu2 baru dan cerite-cerite baru. Tapi apa kan daya, rintangan jua melanda. Dah lama benar tak update blog ni. Dah hampir 2 minggu.
Cuti sekolah seminggu baru-baru ni, saya pun sibuk macam orang lain jugak tergedik nak balik kampung. Ye la time ni la dapat jumpa adik-beradik dan anak-anak buah yang cuti belajar dan cuti mengajar. Ada yang balik dari Muadzam, dari Banting dari Sarawak dari Kajang dan duk kampung pun ada. Pastu semuanya suami-suami hantar balik kampung. Dah kalau suami2 tak de sekali apala lagi, paham-paham jela..ada yang menyembang dari dapur bawak ke meja makan, dari meja makan bawak ke ruang tamu pastu ke ruang tengok tv dari tv bawak ke kebun sayur mak, pastu belonggok pulak kat kebun lada jiran sebelah rumah a.k.a akak sulung.
Berukband (broadband) ada, tapi tak hadap la nak tercatuk depan lappy tu. Seronok lagi duk layan ayam Belanda abang ipor yang riuh sekampung tu, takpun meround kat depan rumah bawak anak dan anak2 buah beli kopok leko dan air keladi sejuk. Wah sejuk je tekak. Ni ada la sikit gambar masa balik kampung hari tu, jalan2 kat depan rumah, gambo anak2 buah dan kakak2.
Sebenarnya tak sabo nak update entry baru. Tapi ade cerita lain pulak selain balik kampung seminggu. Sebelum balik kampung, lappy en habibi hubby tetibe lip lap lip lap..terus malap. Dah cuba on pun tak mau. Apa lagi, bawak gi repair la. Kesian dia...apakan daya apa nak dikata, tabletpc pujaan hatinya dah rosak binasa, dah cuba bawak repair tapi cik bangla berkata, laptop ni tongsampahlah jawapnya, sebak dihatinya memikirkannya, nak kena beli laptop lain lah pula, nak nagis pun ada nak marahpun ada agaknya, nak buat macamana laptop kite la plak yang jadi mangsa. Huuu...maka tak dapat la nak selalu mengupdate entry terbaru sebab laptop ni hubby pakai.
Nanti bila dah ada pengganti yang baru, maka saya boleh la lawat teman2 yang dah bermacam2 entry terbaru tu...tunggguuu..

Santai
Thursday, March 11, 2010
Muffin Banana Crumb
Assalamualaikum.... Apa nak digambarkan tentang muffin ni? 5 bintang!! sedap ah sedap..wah berdangdut plak dah. Dah lama simpan resepi ni. Pastu banyak tengok teman blogger yang expert-expert pun dah ramai yang cuba. Sangatlah sedap. Sumber dari Allrecipe dan ada juga di rumah kak Maz atau rumah Arah juga Mamafami. Rasanya banyak lagi teman-teman yang dah cuba. Memang sedap dengan badan muffin yang moist dan sangat kaya dengan rasa pisang dan crumb yang rangup dan harum bau cinnamon tuh..
Mula-mula kuar dari oven tu lagi la sedap. Tak rugi mencuba muffin ni. Pastu mesti nak buat lagi dan lagi dan lagi. Bais makan muffin ni lagi tak senonoh sebab dia gigit tang crumb tu je. Pastu yang dah lompong tuh dia bagi kat umi suh abiskan..bagus punya anak. Ni saya letak resepinya. Harap halal ye resepi nih. Thank you for sharing.
Bahan-bahannya:
A 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3 biji pisang dilenyek (saya guna 7 biji pisang emas saiz kecil)
3/4 cawan gula pasir (saya guna 1/2 cawan )
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/3 cawan mentega cair
B 1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega
Caranya: Dalam mangkuk besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam. Dalam mangkuk yang lain masukkan telur, pisang yang telah dilecek, gula dan mentega. Kacau sebati kemudian tuang ke dalam tepung tadi. Kacau rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar muffin. Untuk bahan B campurkan semua bahan kecuali mentega. Gaul rata kemudian masukkan mentega. Gaul lagi guna hujung jari sampai jadi crumb dan tabur atas muffin tadi. Bakar pada suhu 190 C selama 18 minit (muffin saya kecil saya guna 180 C selama 15 minit). Bergantung pada oven masing-masing.
Labels:
Muffin
Sunday, March 7, 2010
Muffin Blueberry Jam lagi....
Assalamualaikum...Ku doakan semuga kita semua sentiasa dapat menjaga iman dan meningkatkan darjah iman kita. Muffin lagi..huhuhu. Seronok hubby bersedia menemani saya ke kedai bahan-bahan kek Jalan Serkut, Ampang. So malam tadi buatkan muffin untuk hubby berjamkan blueberry pulak. Resepi yang sama dengan Muffin Jam. Sebab dah tahu hubby suka muffin ni. Wah dapat pulak berjamkan blueberry besssssst sangat. Mari jamu mata.
Labels:
Muffin,
Muffin Blueberry
Muffin Coklat Chip Mini
Salam satu muffin.. ee tak bestnya..sangat lah elok dimulakan dengan assalamuaalaikum.. Dah pepagi buta ni masih melekat depan pc temankan hubby tengah wat kroje dengan pc die. Kelmarin ada berkesempatan buat muffin mini ni dan sangat seba salah nak entry muffin ni. Baru-baru ni ada terbace article dari satu blog yang saya follow pasal adab copy and paste resepi orang ni. Sangat bagus peringatan buat saya yang baru dalam dunia blog ni. Baru tahu seba sikit disiplin berblog dan nak ambik titik peluh hasil orang ni. Sebe salah tu bukan apa sebab masa menyalin resepi ni (dah lama dah) boleh lupa pulak nak tulis sumber dari mana. Kepada empunya resepi ni, ku doakan Allah jua membalas jasa kalian. Titik peluh kalian ku panjangkan lagi agar pahala kalian berterusan di bumi Allah ini. pss..lepas ni tobat dah, nak kena ingat tulis sumber dan link kan sekali yee...satu pengajaran buat kuu.
Bahan-bahannya:
100 gm telur(2 biji telur gred B)
75 gm gula perang
75 gm gula kastor (saya kurang jadi 55gm)
150 ml susu segar
150 ml minyak masak
250 gm tepung gandum
15 gm baking powder (saya letak setengah sudu makan)
15 gm serbuk koko
100 gm coklat chip
Caranya: Satukan telur, gula perang dan gula kastor dan kacau sebati. Kemudian masukkan minyak dan susu segar dan gaul rata. Dalam mangkuk lain, ayakkan tepung, baking powder dan koko bersama. Masukkan adunan tadi ke dalam tepung yang telah diayak. Kacau rata dan masukkan coklat chip dan ratakan. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picit ke dalam mini cup. Bakar pada suhu 190 C selama lebih kurang 9-10 minit.
Muffin ni sangat comel dan rasa yang sangat coklat. Saya dapati bila kita dah buat kecil-kecil muffin ni agak padat dan keras. Akan tetapi rasanya yang coklat dan comel membuatkan kanak-kanak especially suka dan tertarik untuk memamamnya.
Labels:
Muffin,
Muffin Coklat
Friday, March 5, 2010
SEMBANGSANTAI: Tak Kesampaian..
Nak masuk segmen sembang santai laks.. Cerita muffin nak rehat dulu sebab muffin tengah mengembang kat dalam oven. Napa tajuk tak kesampaian pulak. Baru-baru ni terjumpa satu coretan dari diri sendiri tak tau bila di tulisnya. Rasanya tulis masa pantangkan anak kedua. Time berpantang ni sangat la boring. Sebab berpantang kat kampung. Hehehe..balik kampung sekejap-sekejap seronok la...tapi kalau dah berbulan wahwahwah..suami lak jauh di KL nun..maka boring pun datang la kan...
Kononnya nak hantar kat majalah Pa&Ma. Sesaja kot kot deme dah tak de crite dah bleh la crite ni melukut kat majalah tu kan. hehee..tapi tak kesampaian sebab tak pos pun ke majalah tu. Buat pekasam jee(macam la kalau hantar deme nak publish..huhu). So kat sini sajalah nak share dengan kawan-kawan yang lebih banyak pengalaman dengan sakit makit puan ni. Boleh berkongsi cerita dan mungkin dapat nasihat dan tips dari yang pernah atau mungkin juga melaluinya.
KEPUTUSAN YANG SUKAR
Aku disahkan hamil sekali lagi. Walaupun perasaanku dan suami amat gembira dengan perkhabaran ini namun aku sedikit risau. Anak sulungku Bais Umair yang dilahirkan secara ceaserean baru mencecah 8 bulan. Terasa risau bagaimana akanku lalui mengandung anak ke-2 ini. Apakah aku akan mengalami ketidak selesaan selama mengandung dan bagaimana pula cara kelahiran yang akan aku tempuh untuk anak ke-2 ini. Kata-kata doktorku yang aku dijangka dapat melahirkan normal semasa kandungan ku mencecah 5 bulan melegakan hatiku dan suami.
Setiap hari doaku panjatkan agar anak yang ku kandung ini yang semakin membesar dapat dilahirkan secara normal dan segalanya dipermudahkan Allah. Apabila kandunganku mencecah ke 8 bulan, pemeriksaan rutin bulanan dibuat dan doktor memaklumkan kandunganku telah turun sedikit tapi belum engage dan menasihatkanku tidak membuat sebarang kerja berat dan banyakkan berehat kerana khuatir anak yang dilahirkan pra-matang. Ketika itu kandungan ku baru dianggarkan seberat 2.1 kg beratnya.
Aku diuji semasa kandunganku masuk bulan ke 9 apabila doktor memaklumkan talipusat anakku berada disekeliling lehernya dan peratus untuk talipusat itu terlerai agak sukar memandangkan kepala kandunganku telah turun sedikit. Doktor juga menasihatiku dan suami tentang risiko talipusat bayi yang terbelit dileher semasa kontraksi, dan berbincang kemungkinan untuk melalui ceaserean itu ada. Pulang dari hospital aku menangis berdoa dan lesu memikirkan untuk melalui sekali lagi ceasarean. Sedangkan aku dan suami tahu apa risiko kemudian hari untuk memiliki anak yang ramai.
Doktor menasihatiku untuk mengulangi pemeriksaan selang seminggu. Minggu yang berikutnya, melalui scan dapat dilihat talipusat anakku masih berada disekeliling lehernya. Aku dan suami masih belum membuat keputusan untuk ceasarean. Suamiku beulangkali meyakinkan aku untuk terus berdoa dan tidak berptus asa agar dapat melahirkan secara normal. Pemeriksaan minggu yang seterusnya mendapat perkhabaran gembira bila talipusat anakku tidak lagi berada dilehernya tapi tergantung dibahu. Bersyukur kerana peluang untuk normal terbuka kembali. Akan tetapi masalah lain yang turut memeningkan doktor bila kandungan ku sudahpun overdue. Doktor memberikan tempoh seminggu lagi dan aku perlu melakukan ujian CTG dan mengira pergerakan kandunganku. Sekali lagi pemeriksaan dijalankan dan sekali lagi doktor memaklumkan talipusat kandunganku kembali berada disekelilng leher semula. Akan tetapi kali ini terdapat dua kali lilitan! Sekali lagi aku terpaksa berbincang untuk ceasarean dengan suamiku dengan tetap berharap untuk normal. Suami mengambil keputusan nekad untuk menunggu seminggu lagi dan berharap anakku dapat dilahirkan secara normal.
Semingu berlalu tanpa ada sebarang kontraksi dan pemeriksaan terakhir doktor memaklumkan keadaan aku yang overdue dan talipusat terbelit memaksa aku melahirkan secara ceasarean. Sudahnya dengan perasaan yang sedih aku dan suami terpaksa menerima keputusan ini. Bertambah sedih apabila aku memaklumkan kepada keluargaku di kampung yang aku akan dibedah petang ini, ketika keluargaku berkumpul untuk mengadakan kenduri cukur anak abang sulungku yang baru berusia sebulan. Bertambah sedih apabila suamiku terpaksa pulang ke rumah menidurkan anak sulung yang mengamuk kerana mengantuk. Air mataku tumpah jua tatkala memohon ampun dan maaf kepada suamiku dan dia mendoakan aku selamat. Aku tahu dia juga keberatan untuk meninggalkan aku berseorangan ke bilik bedah apabila sekali lagi datang mendapatkan aku dan berpesan sekali lagi untuk tidak lupa berzikir dan berselawat. Maka akupun ditinggalkan sendirian dan dihantar ke wad untuk persiapan pembedahan.
Akhirnya tepat 3.49 petang pada 16hb march 2009 keluarlah Muaz Alawi ke dunia secara ceasarean seberat 3.425kg dengan selamat dan sihat. Kesemua doktor dan pembantunya berseloroh mengatakan anakku memakai talileher apabila melihat talipusatnya terbelit dua. Suamiku hanya dapat mengazankannya disebelah malamnya ketika aku masih mamai kepeningan akibat ubat bius pembedahan. Sesungguhnya tiada kata yang terindah untuk dilafazkan selain sentiasa mengingati Mu ya Rab Ya Allah atas kurniaan Mu yang sungguh indah ini.
Izah,
Kuala Lipis.
20.4.2009
Panjang sungguh ceritanya. Sesuai ke nak letak kat sini. Alah layan jela ye..Sangat suka kalau ada yang nak bershare cerita masa melalui detik hidup dan mati melahirkan anak ni. Bila dah setahun berlalu ni rasa tak da apa-apa dah cerita ni. Harap dapat berkongsi.
Muaz ketika berusia 3 hari baru dilahir
Muaz sekarang

Wednesday, March 3, 2010
Muffin Mangga
Soalan: Betul ke kalau masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan masakan itu pun sungguh enak dan sedap dimakan? Jawapan: Betul. Kalau masak masa stress atau bergaduh (especially suami isteri) masakan pun kurang menjadi dan tak sedap. Kebanyakkannya betul menjadi pada saya. Orang lain tak tahu la pulak. Kalau pulak time kena paksa memasak padahal malas sesangat. hehhe..Soalan dua: Betul ke kalau buahan yang dipilih dan dibeli dengan kasih sayang, buah tu enak dan sedap dimakan kelak? Jawapan: betul? Ha..macam tak percaya bila soalan saya pada hubby, kenapa buah yang dia beli mesti sedap, manis, rangup dan ranum. Baru-baru ni hubby beli buah epal kat pasar malam. Si Bais punya stok epal dah habis. Saya tak brapa suka sangat buah epal pasar malam dekat rumah ni. Epalnya selalu rasa kapas dan lemau (sesuai ke untuk epal?) Tapi bila potong dan kunyah epalnya sangat manis dan rangup. Masa tu hubby kat ofis, saja sms dia kenapa buah yang dia pilih selalunya sedap. Jawapannya: Buah tu saya beli dengan perasaan sayang dan ikhlas nak bagi anak isteri makan. Maka buah tu pun tahu dan bertukar menjadi sangat sedap.. Terkejut gak dapat jawapan macam ni sebab..mmm mungkin juge kan, macam pokok kalau selalu cakap dengan dia pokok pun boleh lebat buah dan cantik. mmm..jawapn ni macam yela..ikhlas tukan sesuatu perkara yang sangat baik. Iblis takkan dekat dengan orang yang ikhlas.
Wah sungguh panjang karangan di atas. Berbalik pada muffin mangga ni, sebab banyak mangga yang hubby beli, jadi teringin nak buat muffin. Apalah rasanya kalau buah mangga jadi muffin. Cari punya cari resepi dapat kat resepi.net sumbangan lupa la pulak. Apapun terima kasih pada tuan punya resepi. Muffin ni sedap dan moist. Resepi asal letak sebiji mangga. Saya pulak tambah separuh biji lagi potong dadu, jadi rasanya kaya dengan mangga. Bais pun suka makan. Dari sepuluh biji muffin yang dapat dari adunan buat semalam, dah tinggal dua. Tapikan, muffin ni kalau dah semalaman lagi moist rasa dia. Cubalah...
Bahan-bahannya:
1 1/2 cups self raising flour
1/2 cup castor sugar (saya kurangkan sedikit)
1/3 cup vegetable oil (saya guna mentega cair)
1/3 fresh milk
1 egg, lightly beaten
1 large mango, deseeded and mashed
Caranya: Ayakkan tepung dan ketepikan. Satukan gula, minyak, telur, susu segar dan mangga. Kacau semua bahan sebati dan masukkan ke dalam tepung. Kacau hingga sebati dengan menggunakan garfu. Saya tambahkan separuh biji mangga lagi dipotong dadu dan campurkan ke dalam adunan. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.
Labels:
Muffin
Muffin Jam
Muffin ni saya dapat resepinya dari satu blog yang saya follow.Tapi tak ingat pulak blog apa ye..biasanya kalau saya salin resepi saya akan terus tulis sumber dari mana tapi kali ni terlupa la pulak. Tapi blog tu dapat dari kak Yani yang memang terror dan resepi yang best-best belaka. Muffin ni buat untuk hubby bawa bekal dalam pejalanan jauhnya dan untuk berkongsi rasa bersama-sama. Mulanya ingat hubby tak suka muffin vanilla macam ni, tapi sebab jamnya yang sedap dan saya buat kecil-kecil comel senang nak ngap terus dalam mulut. Mungkin tu la sebab hubby suka. Saya pulak memang suka muffin ni. Sedap dan lazat. Saya buat kecil kecil sebab senang Bais nak makan tak bersepah. Ngap dua kali dah habis. Dan sangat berbaloi sebab Bais dan hubby like it very much. Saya buat guna jam buah-buahan campur. Tak silap saya masa ambil resepi ni empunya blog guna blueberry. Wah mesti lagi sedap kot. Saya buat double adunan di bawah. Sebab sangat yakin dengan resepi kak Yani mesti sedap saya kena buat banyak sikit dari resepinya tu.
Bahan-bahannya:
70 g mentega
60 g gula (saya kurangkan jadi 40 g sahaja sebab jam dah manis)
1 biji telur (suhu bilik)
2-3 titik essence vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
jam secukupnya
Caranya: Pukul butter sehingga berkrim dan ringan. Masukkan gula dan pukul lagi sampai jadi putih. Masuk telur dan pukul hingga sebati. Masukkan pula essence vanilla dan susu segar kacau hingga sebati (saya kacau guna spatula shaja) . Akhir sekali masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan kacau hingga sebati. Isikan setengah cawan muffin dengan adunan dan letakkan jam dan isikan separuh menutup inti. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.
Labels:
Muffin,
Muffin Blueberry
Muffin Kopi Coklat Chip
Rasanya dah lama tak buat entry pasal percubaan terbaru muffin ni. Ada je buat muffin tapi nak update tu malasnya. Sibuk melayan Muaz dan Bais jadi nak melekat depan pc pun terganggu la sikit. Muaz pun dah pandai panjat-panjat nak berdiri, lagi la kena pantau (perkataan glemer dalam Gerak Khas) kalau tak gedebuk jatuh. Kalau saya melekat depan pc ni mulalah si abang datang bawa buku nak baca la, datang bawa roti nak makan la, yang si adik pulak nak panjat kita la, nak tarik buku abangnya la..eh serabut betul. Jadi bila dah clear, si adik tidur dan si abang tengok movie kegemarannya Wall E, boleh la bersantai untuk entry muffin ni.
Baru-baru ni saja try buat muffin kopi ni. Tengok resepi sumbangan ikhlas kak Hanieliza ni mudah dan bahan-bahan pun ada, jadi saya pun memulakan percubaan mudah ni. Sesambil hubby buat kerjanya depan pc, boleh lah jap lagi jamu dengan teh tarik kesukaannya tu. Muffin ni muffin yang berat dan sedap. Tapi tak mencapai target taste saya. Saya ingat rasa dia betul-betul rasa kopi tapi sipi sipi kopi je. Agaknya kalau tambah kopi emulco sikit lagi pure kopi kot? Kot la...boleh try lagi lepas ni sebab mudah dan sedap. Eh hubby suka pulak muffin ni. Sebab muffin ni agak moist, tak moist sangat tapi agak moist. Sesiapa nak cuba boleh la jamu satu keluarga.
Bahan-bahan:
Bahan A
350 g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200 g gula perang
Bahan B
150 g minyak jagung
250 ml susu kopi (saya guna jenama Dutchlady)
1 sudu kecil nescafe
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla
Coklat chip secukupnya
Caranya: Gaul rata bahan A dan ayak. Satukan semua bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip. Bakar 180 C selama 18-20 minit.
Labels:
Muffin,
Muffin Coklat
Subscribe to:
Posts (Atom)