CSS

Wednesday, September 12, 2012

Apam Kentang Majalah Rasa


Assalamualaikum..

sejuk gigil pagi ni kome.
Apa perancangan hari ni? Buat sesuri rumah musti tengah berlegar2 memikir nak masak apa jap lagi sesambil jemur kain tu kan. Kalau yg diopis tah kan sibuk2 susun pinggan nak jamuan raya sat gi. Hamboii2 raya lagi kite ye dok. 

Lepas dah dihidangkan rendang, ketupat, mee sup, mee soto, lemang bagai..tekak ni tringin sangat nak makan apam. Tu diaa semua melayan nafsu tekak sendiri je kan. Anak2 nak kek cekelat tak buat2 lagi. Haishh.. Saja la gugel apam menda yang lain skit untuk dinikmati. lastnya jumpa la apam kentang resepi dari majalh Rasa yang di kongsi oleh kakak Rohah kita ni. Terima kasih kak..bila nengokkan gambor apam kentang akak, sangat ler mengujakan. Saya tak ikut semua mcm dlm resepi sebb tak cukup bahan tapi hasilnya masih apam yang lemak n harumm pandan.

Mintak izin copy resepi dari blog akak untuk di paste ke sini ye. Terima kasih :-)




APAM KENTANG

Sumber resepi:majalah rasa
Sumber:Rohaisha

Bahan-bahan:

175 gm kentang dikukus, dilecek untuk dijadikan 150gm
200gm tepung beras
100gm tepung gandum
200gm gula pasir
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garm halus
1/8 sudu teh pes pandan
3 titis pewarna hijau
Kelapa parut secukupnya
1 helai daun pandan {disimpul}
250ml santan
175ml air kelapa
25ml air suji/air suam

Bahan-bahan:

1-Renehkan gula pasir, air kelapa, air suji daun pandan dan pes pandan sehingga mendidih dan menjadi 300ml.Biarkan suam.

2-Tuangkan bahan reneh ke dalam adunan tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati..Kacau rata.

3-Apabila adunan telah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik dan garam halus.Sebatikan.Setelah itu masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit dan sehingga adunan menjadi sebati.

4-Masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau.Sebatikan dan rehatkan selama 40-50 minit. (Saya lebihkan masa untuk rehatkan adunan ni sehingga 1 jam).
5-Seterusnya apabila adunan sudah siapp, tuangkan ke dalam acuan yang telah dikukus kosong selama 1 @ 2 minit.Apabila apam telah naik dan merekah, angkat dan sejukkan.Note:*saya sapukan minyak ke dalam acuan agar adunan tidak melekat kemudian baru kukus acuan lebih kurang 2 minit.




22 comments:

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam kak!!!!!! Morninggggggggggg!!! Kat sini panassssssss dah menerik nerik suruh tutup langsirrr :D tp mlm td dah hujan tunggu petang mesti mendung...... Apam tuuuuuu best lerrrr ada kelapa parutttt yg molek tuu aish! Lomahhh betul klu part kelapa2 parut ni huh!

ummiakid-lily said...[Reply to comment]

sedapnye...best ni kalau makan kelapa banyak²...

zila norazila said...[Reply to comment]

salam izah..tgk pic pun dh tau kesedapnnya..:) dh terasa-rasa kt tekak nie..mcm nak amik seketul jew he hhe.

Gee® said...[Reply to comment]

Izah! ada lagi tak apam kentang tu... k.gee nak datang sarapan ni... wow! sedap tuh...

Rohah said...[Reply to comment]

salam Izah, apam ni mmg kemain sedap tak terkata la Izah, terasa rasa lagi lemak2nya tu, maybe sebab ada air kelapa tu kan.tp sampi arini belum buat untuk kedua kalinya....

Mas said...[Reply to comment]

jahhhhhh...jangan nyorokk...
aku datang nak ngendeng apam ko tu..
sedapnya aku tengok..
nampak lembut jerk...
nak try juga la nanti..
lama dah aku tak buat apam....

katakkecik said...[Reply to comment]

wah..sedap jer tgk..pas ni bole la cuba..then promot tok jual..TQ 4 da resepi..

rahel said...[Reply to comment]

tetiba teringin nak makan apam gak..apa mcm ni? ada lagi k apam itu Izah...

CT Delima said...[Reply to comment]

As'alam Izah

k.ct dari tu hari nak buat apam, tapi apam gula merah. tapi tak terbuat2 sebab mood tak kesampaian hehehe. biasalah kalau permintaan anak2 ni lepas raya masing2 nak makan itu ini sebab dah jemu makan sekut raya yang dah nak tinggal habuk tu hehehe

Ini anak yang tgh exam request nak makan soto esok, kalau rajin buat ler hehehe.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...[Reply to comment]

Wah! nampak gebu dan sedap lah Iza :D

Boleh juga akak mencubanya nanti :)

Tina Othman said...[Reply to comment]

wah ku lihat hijau

nampak sangat menarik apam tu, sesejuk ni rasa teringin lah pulak, byk tak adunan ni

almaklumlah rakyat tak ramai

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

apam kentang...sedapnya nampak hijau lagi...

nampak gebu lah.......

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

huiishhh.. sedapnya izah.. mengepam ye pagi ni.. mmg best cicah ngan kelapa tu..

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

hamboihhh Izah sedapnye pekena apam kentang ni ngn secawan teh-o... cantik lak kaler hijau tu.

mama sara nur said...[Reply to comment]

lama x buat dan x makan apam he he
menariklah apam kentang dan bau wangi pandan tu sure sedap kan izah

cikmanggis said...[Reply to comment]

salam izah..hmm dok keluar masuk rumah jemur kain angkat kain sebab hujan......kesian cucu Cm baju tak kering.

Tadi dah lihat gambar kuih ni kt Fb..berkenan terus masuk dapur izah..wahhh..menarik ni:)

HaSue said...[Reply to comment]

Kat sini panas je dr pagi td jah...smpai ms anta anak sekolah td pg tu aku keliru,adakah ini embun atau jerebu?huhu..ayat jiwang x sudah.
Eh nampak sedap laa apam ko tu jahh..gebu kemain! Aku suka kalo apam lmbut..smpai skrg ngah blajar lg mkn apam ngan kelapa parut..kdg2 boleh lupa sbb biasa mkn gtu je..heee

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Wah dah mula naik monorel nampaknya ni.. Lepas ni lagi berdesup2 ler kuar resepi dan posting baru.. Bak mai akak sepotong apam tu...Jangan lupa kelapa parutnya sekali yer..

Yatie said...[Reply to comment]

wowwwww...kuih ijau lagi.....suka tngk, kalau Hamka nmpk ni dah tentu lerrrrr dia suka sngt, terus je suruh mamaNya buat..kuih kegemaran akak ni..suka kuih2 apam...

Mieza said...[Reply to comment]

lama tak makan apam..izah mmg suka buat apam kan..sedap la pulak.. :)

kasihredha said...[Reply to comment]

akak datang nak ambik kuih sepotong...buat minum teh :D

Anonymous said...[Reply to comment]

saya mohon copy ya tq