CSS

Tuesday, November 23, 2010

Kuih Kaswi


Assalamualaikum..

Kaswi dibuat untuk minum petang. Semalam nyer menu yee.. Memang suuukeee sangat dengan kuih kaswi ni. Sedap lah resepi ni. Memang kena dengan tekak. Pertama kali cuba buat kuih ni, memang suke tengok anak-anak makan. Lembut , kenyal , wangi dan manis yang sesuai diganding dengan kelapa bergaram tu.

Saya buat half dari resepi.  Memang sedang elok banyak untuk loyang kecil. Tak letak dalam bekas kecik2, sebab tak de acuan lompang. Letak dalam loyang lagi senang kerja kan. Mekasih kak Yatie untuk resepi ni. Tadi tengok kak Am pun tunjuk kaswi tapi ada kelainan sikit kan.




KUIH KASWI

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama



Roti Puri Lagi


Assalamualaikum..

Roti puri ni memang menu 2 minggu skali mesti buat punyer. Senang senang aje menu sarapan. Memang menjadi pojaan dan kegemaran. Cicah dengan sambal tumis ikan bilis memang best. Kalau ada lebihan kari pun sedap, tapi hubby still kena ada sambal tumis jugak.




Roti ni kembunngg je bila digoreng. Nampak tu nipis rangup dan lembut. Eh dah rangup lembut pulak kan... Tula special roti ni. Waa pandai promote kan. Nah amik sorang satu cicah sambal tumis. Yuk sarapan!!




Resepi DI SINI, yang di ambil dari dapur kak Rosaliza.


Tag dari : TTM

Assalamualaikum..

Kena tag dari TTM. Lemah longlai tengok soalan punya panjang. Kalau masa SPM pun soalan boleh pilih yang mana nak jawab, bukan kena jawab semua pun kan. Ini tak de pilihan ke? Ngee..

Nah kak Tim jawapan atas soalan yg agak tak kene mengena satu sama lain dan tak de motif melainkan jawab aje la soalan tu. Lalalalala...



1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
Benda  = cermin mata. Buka mata menda pertama cari ialah cermin mata. Sapa sapa berani usik, tangan kena katuk. Bebudak pun dah tahu cermin bertangkai nih, memang harammm diusik!

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Mmmmm.. duit jual paper lama..yapsap kau tilam..tilam lama tukar baru.. tu konsider duit sendrik kan. Dapat RM4, gi turun kedai beli paper ngan Bais, Bais lak paw gula2 Mentos. 

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Tak de tema.. Dah langsung pun, terlangsung dah beranak dua pun. Hikhik..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
Always..

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selagi doa doa dimakbulkan Allah..semoga hati hati mereka sentiasa bersama mencintai dan dicintai..wahhh kelllasss 
6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang? 
Rumah

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Buku How's it  work..eh buku tu dapat free. Jap pikir..Children Dictionary Disney.

8. apakah nama penuh korang?
Kena ke?...
9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Emak leee.. Arwah abah dulu gi kerja lepas azan subuh, time tu anak2 tak bangun lagi. Dia balik lak, anak2 dah tido.. driver bas KL ke KL. Kuala Lipis ke Kuala Lumpurrr. Kena la kuor awai balik lewat. Zaman dolu2 lagi la jauh kan perjalanannya. Tak macam sekarang, rempit sikit, Lipis ke KL dah sejam lebih dah sampai. 

10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?Rindu kat makkk. Nak jumpe mak

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Pakai  mesin basuh sendiri punya

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Balik kampung..dah kata rindu kat mak kan

13. pilih salah satu, peluk atau cium?
Motif soalan? pilih atau boleh? Kikikiki...

14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
Asal dari kampung.. Raub Pahang
Mak glemernya namanya Mak Jah
Mak Jah ada jiran 1 malaysia..INdia..eh ini dah tentang mak jah dah ni..hehhee

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Puas pikir..sayang mcmana ye.. ishh sukar ditafsirkan..

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lagu zikir Munif tu memang sayu je dengar..tapi lagu slalu dengar lagu  ABC song atau ALIF BA TA song

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
21 ogos
tak de sambutan pung, sebab kalu kira sambutan tu kalau ada ceremony besar2 gitu kat tepi tasik titwangsa siap ada pasang khemah warne ungu campur kaler peach. Pastu besday gurl tu pakai gaun warna peach ngan org kepit kat tepi pakai coat gitu..hehe..giles betul, baru ni gi tasiktitiwangsa ada worang sambut birthday beso2 jamuan nyer. siap ada pentas lawo meriah2 gitu. Tak terjangka di akal aku. ingatkan untuk budak2 rupanya sambutan mak budak wokey. hehehe.ai tak biasa. ai orang kampung mcm anak dara pingitan lemah lembut jelita mcm tu je..hahaha
 
18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.
Wakakaka..jangan aku kena sumpah  sudahh:





Kak Jassnani - sah kene marah ni sebab hari tu kak nani tag saya , sudah nye tak buat!! hahaha...ampooonnn kak. terus terlupa nak buat laa..bila teringat nak buat dah terlewat plak dah rasanya.

Sapa nak kena tag sila angkat tangan.  Sah semua lari!!





Monday, November 22, 2010

Apam Kentang


Assalamualaikum..

Apam kentang ni buat minum petang di hujung minggu. Tak sesia cube apam ni sebab bebudak berdua tu rupanya sangat suke. Non stop makan apam ni, hingga kekenyangan. Memula tengok kat blog Mok Wo. Nampak gebus je tu yang tergerak hati nak cuba jugak. 

Memang apam macam ni la saya nak makannya. Bau wangi pandan dan aroma kentang tu tambah bau yis tu, memang sedap. Tapi kok nya apam kentang saya warne peach ye. Aiii sesuka hati je ubah resepi orang. Hehe..Mekasih buat Mok Wo dan Kak Yatie share resepi.



APAM KENTANG

Bahan-bahan.

3/4 cwn gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
1 cwn kentang rebus
3/4 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sk yeast
1 sk b.powder
pewarna hijau/pandan paste
250 ml santan.

Cara-cara.

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.





Muffin Coklat (kak Yani)


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, berjumpa lagi kite ye di minggu yang baru ni. Wah mood masih happy gituu..walaupun kat luar cuaca sangattt mendung. Mari kita sarapan muffin a pagi ni. 

Muffin ni sangatlah terkenal disemerata blog masak masak. Semua dah cuba dan menyukai akan rasanya. Muffin ni memang selalu saya buat, cuma sejak akhir2 ni aje rasanya dah lama benor tak masukkan entry muffin coklat. So buat yang belum tahu akan keenakan muffin ni, boleh la cuba. Sangat senang, sangat sedap, sangat coklat, texture yang unik sebab kerak2 kat permukaan, moist2 di tengah dan gebu di bawah. Hahaha..yo yo je..



Tuan resepi adalah kak Yani yang glemer dengan resepi2 yang sangat sedap, mudah dan menarik. Ni saya amik resepi kat umah kak Nor sebab baru ni kak nor ada buat muffin coklat kastard tu kan. Tu yang ternampak muffin dah lama tak buat ni. Atau boleh jugak tengok di sini. Terima kasih kak Yani n kak Nor.



MUFFIN COKLAT by Kak Yani
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


*Masa bancuh muffin ni, adunan memang sedikit kental macam topping untuk kek. Kalau colek dan rasa before masukkan ke dalam loyang tu, fuhh memang best! 

Saturday, November 20, 2010

Kuih Bronok lagi


Assalamualaikum..

Jom sarapan kuih bronok a.k.a kuih saguu. Memang kuih yang sangat digemari. Kalau perut lapo, setengah loyang boleh habis. Budak kecik tu pun suke sebab saya buat lembik sikit, so dia ingat makan jelly kot. 

Nak resepi DISINI. Mekasih mama Kastam Tioman untuk resepi n tekniknya.



Friday, November 19, 2010

Kuih Cara Kentang Berkeju


Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat semua. Ramai yang masih bercuti rupanya ye, dan anak anak pun dah mula bercuti sekolah. Hujung tahun cam ni memang le memasing plan bercuti cuti Malaysia kan.

Kuih cara kentang ni, sebenornya udah lama buatnya. Jangan nak ngendeng2 ye, kalau nak buat sendrik.. Hehehe.. Sebenornya alkisahnya nak buat lagi kuih cara ni, baru nak post entry. Ada ler sebabnya. Cube perhatikan betoi2 kuih cara di atas. Dah? Ada nampak masalah problem nyer? Tak nampak? Bagoosss..

Sebabnya:
1. Pucat aje kuih cara kentang ni, sebab tak letak pewarna kuning.
2. Vontot kuih cara ni telah disembunyikan dari lensa camere sebaik mungkin ..sebab..haha.. kang ada plak makhluk ngaku space ship dia lak kang...
3. Sebab puas gak caber kismis dan coklat chip atas muka cara tu mcm lubang idung je. Tu la, kedekut nak letak dua biji je, pastu bila masuk camere, apsal nampak mcm lubang idung kombang je....

TAPII!!!!!!...

SeSeSeSeeeedaaaaaappppppppppppp. Harum, lemak, manis yang sedang2, lembuttt dan gebu.... Mekasih Kak Wan kongsi resepi ni ye. Boleh gak tengok kat umah Mas. Saya buat half dari resepi kak Wan ni, tu pun dapat banyaak. Sampai simpan adunan dlm peti ais. Esok sambung balik bakor..Hehe





KUIH CARA KENTANG BERKEJU
Sumber : KakWan 

Bahan :
  • 400gm ubi kentang
  • 4 biji telur
  • 200gm gula pasir*saya kurangkan sikit
  • 400ml santan pekat KARA
  • 100ml air
  • 200gm tepung gandum 
  • 80gm serbuk keju parmesan *saya ikut Mas guna slice cheese untuk setengah adunan 2 slice 
  • 60gm mentega dicairkan
  • 1/2 sudu kecil garam halus 
  • 1/4 sudu kecil pewarna kuning
  • 1/2 sudu kecil esen vanila 
Hiasan :  Kismis atau blackcurrent secukupnya*ikut Mas letak sikit coklat chip

Cara :
  1. Kupas dan rebus ubi kentang hingga empuk.  Lenyek ketika masih panas . Mas dan saya lenyek pastu baru timbang.
  2. Sebatikan telur, gula, garam, esen vanila.  Masukkan ubi kentang, keju dan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sekejap.  Kemudian masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.  Leser acuan cara dengan sedikit minyak.  Tuang 3/4 bancuhan ke dalam acuan dan bakar selama 5 minit.  Keluarkan dari ketuhar dan taburkan dengan kismis dan bakar semula hingga masak.
  4. Mas dan saya pulak bakar dengan cara panaskan acuan cara dan leserkan sedikit minyak. Tuang penuh adunan dan letakkan 2 biji coklat chips dan bakar 10 minit @ hingga kuih cara masak dan kulitnya garing sikit.