Assalamualaikum..
Tuan tanah ni kejap muncul 4 hari mengapdate belog, kejap lagi sunyi 4,5,6,7,8 hari...
hehe... Bukan la tak memasak, cume nak mengapdate tu memang tak uptodate kata orang.
Sekarang timbul mood nak membacaa buku, lagi berat montot nak ngadap lappy.
Suka saya share kan nasihat RASULULLAH SAW buat anakandanya FATIMAH yang saya baca dari buku "Cara Isteri Memuliakan Suami".
" Wahai Fatimah, wanita mana yg menggiling tepung utk suami dan anak-anaknya maka Allah menuliskan utk nya dari setiap biji gandum yang digilingkan suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat. Wahai Fatimah, wanita mana yang berpeluh ketika dia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah menjadikan antara dirinya dan neraka 7 buah parit. Wanita mana yg meminyaki rambut anak-anaknya dan meyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada 1000 orang yg lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang telanjang. Dan wanita mana yang menghalang hajat jiran tetangganya maka Allah akan menghalangnya dari meminum air telaga Kauthar pada hari kiamat."
" Wahai Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami pada isterinya. Jikalau suamimu tidak redha kepadamu, tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah kamu ketahui wahai Fatimah redha suami itu berasal dari redha Allah dan kemarahannya berasal dari kemarahan Allah. Wahai Fatimah, apabila seseorang wanita itu mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristigfarlah para malaikat untuknya dan Allah akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. Apabila dia mulai sakit melahirkan anak, maka Allah mencatatkannya pahalanya orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila dia melahirkan anak maka kelaurlah dia dari dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dahulu dan apabila dia meninggal dunia tiadalah dia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikit pun.
Wahai Fatimah, wanita mana yang senyum dihadapan suaminya maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah, wanita mana yang mneghamparkan hamparan atau tempat berbaring atau mengatur rumah untuk suaminya dengan baik hati maka diserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat) "teruskan amalmu, maka Allah telah mengampuni mu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang."
"Wahai Fatimah, wanita mana yang meminyaki rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menguntingkan kukunya maka Allah akan memberinya minuman dari sungai2 syurga dan Allah akan meringankan sakatul mautnya, akan didapati kuburnya akan menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, serta Allah akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah dia melintas di atas titian Sirathh."
Kalau kita renungkan nasihat Rasulullah s.a.w ni, tak ada perkara sia2 yang kita lakukan dalam hal keluarga selama kita niatkan nya sebagai ketaatan kepada Allah serta pengabdian tulus kepada suami :-).
RESEPI ROTI JALA
by: kak Ummi
Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning
Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
KARI AYAM TOMATO
RESEPI HERE
Suami saya suke daging ayamnya hancur sikit untuk dimakan dengan roti jala.
Memang sedap bila dagingnya tu trasa sampai ke dalam karinya kan.
^___^
19 comments:
Subhanallah... TQ izah share kisah Rasulullah... semoga kita sentiasa mencontohi Rasulullah dlm menjalani kehidupan seharian....
syukran atas tazkirah yang dipanjangkan..hebat sungguh peranan wanita/isteri kpd suami & anak2..banyak ganjaran yang telah Allah janjikan sebenarnya.
roti jala tu...comel pulak melipatnya, senang masuk mulut..
nak curi oren tu byk2....he3
sambil2 tu rembat roti jala ngan kari sekali...
jahhhh...aku seumur idup tak pernah buat lagi roti jala....
selalu makan jerk yg mak aku buat..
insyaAllah...
nnti nak belajar buat gak...he3
Izah,
Kalau kita berjiran, kita tukar kari je lah yek... Sorang kari ayam, sorang kari itik. ELok sangat la tu.
Jah ustajah...sejukkk perut aku bila panggey ko cm ni jah... Jauhla panggang dr api kalo nk bandingkan aku ngan wanita yg digmbarkan dlm hadith tu..tp semenjak ahkak berkecimpung di alam senduk piuk dn meninggalkan alam kerja 2 thn lalu mmg rasa ada bedanya... Ko paham tak apa yg aku cuba sampaikan ni anjelina?
ya allah.. indah sungguh kasih sayang fatimah kan... moga2 kita pun jadi macam dia.. insyaALLAH...
jahhhhhhhhh.. dok menebor jale yer... sedap plak tengok.. ramai dok menjala skrg ni..
Terharu n syahdu aku baca perkongsian ilmu n nasihat rasulullah tu..tq jah..*tetiba rasa nak suh suami balik nak potongkan kuku..hehe.
Selera ko sama la ngan aku jah..eh ade apa2 ke kitorg ni?kakaka...sabo jah,sabo..usap perut dulu..kitorg mmg suka yg hancur2 kalo wat ci ah2 nih..jgnkn ayam n daging,sardin pun nk hancur aje.hiii
*tertinggal lak,'selera suami ko' jah..hihihi..
Eh berderet lak komen jarak satu minit ek..kak chah tu potong jalan betul la.kikii
Betul tu klo isi ayam hancur sikit memang sedap makan..terasa segala rempah bersama ayam..nyum² pas ni rasa nak buat la..
memang lah menyelerakan...
jap...selongkar dapo cari botol roti jala..mno lak aih...haha..
best bila da mula bc buku ni kan..aku bnyk bli buku.skrg ni .baca intro je dah nguap...kikiki
Salam kak chipsmore hihihi.... kita pun kejap ilang2 lagi ler lepas nii dah mula terasa kelemakkann dlm bdn nii :D cantek nasihat2 Rasulullah saw tu kan kan kita pun ank baik jugak ehehe... dan nakal :D Suke dgn resepi kak ummi nii mmg takde cuba resepi dr org lain lagi, sukatan dia pun senang ingat n dah hapal kalau masuk peksa mesti lulus ehehe...
aduhai
lapar gila tgk roti jala ni
haa rasa mcm penah terbaca jugak petikan tu, nak menunjukkan betapa beruntungnya kita ni jadi wanita
ehem ehemmmmmm..... aku punyer mana makyungggg??! hehehehehe
sorry Izah akak lambat dtg confem dah habis ni kan,bestu jugak sesekali kita bertazkirah dan berusrah walaupun berbW boleh jugak selitkan kisah2 rasullullah akak suka.apa2 pun roti jala tu mmg menarikss
Izah, kita sama la skrg, akak pun dah kurang update. Nak tumpukan lebih pada encik suami...hehe...nak solehah konon padahal hari2 tu la kerja kita.
Akak kan...kalau malas masak nasi bagai, masak kuah kari dgn roti jala. Makan la korang dari pagi sampai tengahari...wakaka..
as salam akak..salam perkenalan....sy ni blogger yg br nk kenal2 sahabat alam maya...sila tunjuk ajar je akak..
jemput lah ke sitiazahar@blogspot.com
terima kasih mbak atas resepnya
salam kenal ya..
Owh, senang je rupenya nak buat roti jala ni ek.. Hehe, yg tak berapa nak reti memasak sangat mcm sy ni, ingatkan susah.. Tapi mudah je rupenya.. Hehe, blh try ni.. Thanx kak resipi..^_^
http://nurkids2u.blogspot.com/
Post a Comment