CSS

Friday, October 12, 2012

Muffin Pisang Coklat Chip


Assalamualaikum..

Tiba kita lagi diJumaat yang mulia.
Selawat ke atas Nabi junjungan nabi Muhammad S.AW.
Hari ni saya ingat nak menyentuh sedikit isu yang agak serius.. phewww
Tapi bila kenang2 kan, malas pulak nak menseriuskan diri..buat pening dan sakit hati..
Sedangkan kita disuruh banyak memuji nabi, tetibe pulak nak melayan hasutan iblis khaann

Sorry geng, tak sempat nak balas kunjung.
Kalau ada masa dan lappy yang amat memberi kerjasama akan ku gagahkan diri berBW.
tapi tula... lappy ni asik semput n onoff sendiri je..
Tapi untuk hang pa hangpa.. yang sudi singgah IML ni, saya sajikan muffin pisang ini hari.
Muffin ni resepi si Ros Jepun yang diintikan dengan coklat.
Tapi saya dah campurkan dengan coklat chip aje.
Jam coklat tak de.
Rasanya muffin ni nak jam dengan apa2 pun sedap.
Yang penting kurangkan manis dia ek.. sebab pisang pun da manis kan.

Jom tengok resepi.
Pernah juga saya share resepinya di sini.
Terima kasih Ros.



MUFFIN PISANG INTI COKLAT
sumber: Ros Jintanmanis

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum

 1 1/3 cawan gula
*izah guna 1/2 cawan dan beberapa sudu

2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan  susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
*izah guna coklat chip



Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.








22 comments:

ummiakid-lily said...[Reply to comment]

Boleh ke laut diet ni tgk mapin gebus ni...nampak sgt² menyelerakan.

ilahjy said...[Reply to comment]

salam dek izah..mak yong cyg.. nak sikit boleh hehee

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam izah harap sihat hemmm akk pun suka gabungan pisang dan ciklat...sdp enak kan....lama juga x be muffin....resepi pun mudah juga ni...harup cuba....:-)

asyifamustaffa said...[Reply to comment]

Lama x mkn mapin....meh la nak 2 3 ketul pun jadila..... Bole ngak? Nak membuatnya adoi la....becinta snggh !

Qasey Honey said...[Reply to comment]

aduhhh nmpk sedap la mupin tu...gebus gebas rupanya tu...geram tgk..

Gee® said...[Reply to comment]

Jah...k.gee baru plan nak buat ptg ni, tgk kat sini ada dah...bak mai lah seketul dua...

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

bila dicampur dgn coklat chip...
lagi sedap....

cahayahidupku.blogspot.my said...[Reply to comment]

Wahh.. bila pula saya ada kerajinan nak buat mapin gebusss macam ni.. sedap tu...

Rajin sungguh izah ni kan :D

Unknown said...[Reply to comment]

salam Izah,bekenan lah tengok muffin tu,benda semua dah ada macam nak buat jugak petang ni taklah kalau ada mood rajin menjadi lah kalau tak lempeng je lah pisang tu hahaa

ibh_sue said...[Reply to comment]

Asslmkum Izzah.
Oh tidak..Td kat rumah kak zila kek pisang..ni mapin pisang lak..Tak boleh jadi nih..Kena cari pisang juga..huhuhuu

Anonymous said...[Reply to comment]

sedapnya

gebu gebas mapinnya

mama sara nur @ Cik Nor said...[Reply to comment]

minggu pisang ni td zila pun tayang kek pisang he he
wat muffin tentu lg disukai anak2 kan Izah..akak cop resepi ni ye blk keja kan nk membaking sb pisang ada lg dlm esbox tu

Cheq Sue said...[Reply to comment]

amboi, lawanya kejadian mapin tokeh mapin ni... gebu gaban lak nengoknye

Nor said...[Reply to comment]

comelnya muffin tu...kena pulak dgn cup paper warna oren. ngam!

Rima said...[Reply to comment]

ahhhh sungguh gebus mupin mu izah.. nak buat ahh haha

zila norazila said...[Reply to comment]

salam syg izah..
apa yg seyes benor tue..mupinmu selembut dan semanis orgnya..ahakkzz:)

Rohah said...[Reply to comment]

waduh Izah, tgh laparrrr grrrr ni...nak masuk dapur pun tgh berat ni, dek melekat depan lappy...hehe, comei bukan main mapinnye tu, macam orgnya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

grrrrrrr... geramm! kalau dekat mau ku capai 2 bj utk minum ptg..

Yatie said...[Reply to comment]

cantiknya bila tokey muffin memapin....mmng tabik springlah..cun abes, betul2 buat akak tergudaaaa ni...

Unknown said...[Reply to comment]

memang sedap..blh guna kaedah kukus gak.. sy selalu buat..coklat chip gaul dulu dgn tepung gandum sblm dicmpur dl adunan..bila kukus lagi terasa lembap..

ibundo said...[Reply to comment]

sedap. kita suka apa je yang ada bubuh pisang. tergoda dah ni...

Azie Shoppe said...[Reply to comment]

As salam. Nak tanya kek ini moist tak? Sebab tgh mencari resepi yg moist