Assalamualaikum..
Hari ni nak share resepi pedas2 pulak.
MasyaAllah... bagi sapa yang tak pernah rasa rendang ni, memang recommended..
Sila la cari kalau ada rendang ni dijual siap, bagi siapa yang tak sempat nak buat.
Atau pun cepat la cari pucuk ubi kat pasar atau cekau jek tepi pagar rumah tuha.
Dapat 2-3 cekak dah cukup sangat dah nak buat rendang ni.
Sedaaaaaaaaaap sangat sangat.. Sambung lagi. sangat sangat..
Selagi ada rendang ni dlm tipuware atas meja, slagi tu trasa jek nak makan nasik.. Bahayaa tull
Rendang ni simple je bahan2 nya, tapi tang lama nak tunggu dia kering tula menguji kesabaran.
Tapi kesabaran tu ada manisss juga dihujungnya. :-)
Saya buat petang, dah malam baru siap, jadi gambarnya dibawah lampu aje la.
Rendang ni kering, ikan bilisnya garing dan banyak serdak2 garing yang sedaaap.
Kata kak Anymz, lagi lemak santan, lagi banyak serdak serdak tu.
Rindu plak kat kak Anim yang sedang mengerjakan haji.
Dua kali juga dapat berita kak Nim semasa dia di Madinah yang mengkhabarkan dia sihat dan seronok dan dia dijodohkan bertemu Kak Ummi Zaihadi di Madinah.
Semoga kak Anim n kak Ummi sihat2 aje, sebab skrg smua dah berada di Mekah.
Berbalik pada rendang ni, masa berkunjung ke rumah kak Anim hari tu, kak Anim bagi sikit rendang ni untuk saya merasa. *kunun mengidam, kak Anim pun memenuhi la hasrat tekak saya ni.
First time merasa... sedaaaapnya laaaa.. Skali hadap je saya dengan suami makan.
Dia cekau, saya cekau..laju je tangan amik rendang ni.
Nak rasa rendang tu je, saya makan dengan nasi putih sahaja tanpa lauk lain.
Perghh memang best.
Dan alhamdulillah, 1st time buat, menjadi rasa sama dengan buah tangan yg kak Anim bagi hari tu.
Dan terima kasih juga buat sepupu kak Anim yang buatkan rendang pucuk ubi tu.
Sebenarnya spupu kak Anim tu buatkan bekal tuk kak Nim nak ke haji,
tapi saya dah cilok seplastik.
Hehehe...
Dan terima kasih kak Anim untuk resepi yang sempoi tapi sedddaaaap sangat ni.
Masa buat rendang ni teringat2 lagi cara2 dan tips yang kak Anim share kan masa nyembang tru telefon.
Dan saya jadikan paduan.
Dalam kuali sedia nak diangkat.
Bau nyer yang semerbakkk..
RENDANG PUCUK UBI
by: kak Anim
Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau
santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
cara2
sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.
35 comments:
selamat pagi izah...
memang festime nampak rendang pucuk ubi.. festime dengar pucuk ubi leh wat rendang.. sedap plak dengar ko kata sedap gile gile gile tu.. tambah sikit.. sangat sangat... huhuhu.. harap2 dapat cari nanti.. klu tak kena wat sendiri ler..
kak jassnani..
saya pun tak tahu jugak kak, kalau kak nim tak bagitau pucuk ubi boleh buat rendang. rasanya makanan org negeri la kot kan.. sedap sangat kak. tak nyesal buat berpeluh2 satu badan. haha
salam izah..kemain lagi dia merendang yaa untung anak buah kat dlm... kenyang... oooo kekanda kita berdua tu ketemu di mekah yer... untung dan bertuah badan..semuga ereka berdua sihat dlm mgrjakan haji yg mabrur...aminnn
Oooo...sedap eh? Haa...lps ni akk cekau resipi kt sini plak. Nak tgk mcmna akk dgn cikgu fahmi menyekau..haha..
Psst,..best mereka tu kt sana..
Salam Izah.. wah ku kagumi ketabahanmu itew.. memang tabik spring..spring..spring.. erma pernah mkn tapi bukan buatlah.. agak rangup2 rasa memang x yah cakaplah kan.. kalaulah rumahku sebelah.. akan ku hulur taperware besaq.. tak cukup mangkuk...he he he
mmg tak penah makan...tak penah tau.ni baru tau ada rendang pucuk ubi.mesti cuba ni.
kak ilahjy..
anak kat dalam pun senyap jek kalau perut ummi dah padat kenyang ngan rendang nih. haha.. insyaAllah smoga dua2nya sihat n mendapat haji mabrur kan
kak zana..
hahah cekau jgn tak cekau.. sedapppp bangat deehhhh
erma..
tapuware2 tak men, piring kecik okk.. haha kedekut koo bila nak buat teringat lagi peluh menjujut luar duk depan api.. tapi hasil dia mabeles betul kan. rangup2 ikan bilis n serdak2 tuh. fuhhh
ni semua sebab teringin punya pasal ma.. apakan daya..ku gagahkan juga..kot kalau ada org jual, nak aje beli
inazamri..
saya bfor ni pun xtahu, tapi berkawan dgn org negeri 9 ni, mcm2 authentic masakan dia saya kenal. bila rasa skali mmg nak lagi ;-P
Akak tak pernah makan ni zah..selalu dok dgr rendang ayam atau daging..atau kerng...ni pestaim dgr rendang puck ubi..tp kalau namanya rendang mesti sedap..selalu pucuk ubi buat masak lemak cili api je...variety kan makanan..
Assalam izah, bila akk baca tang sok ulang makan tu, teringat pulak akk ngan masak tempoyak daun kayu pemberian kak erna, dok ulang2 makan sehingga habis baru boleh dok diam heheh.
Hurmmm boleh akk gambarkan kesdapan rendang ni izah, dh terliur sudah
bahaya nih! bahaya nih! teringat rendang nak makan nasi! teringat rendang nak makan nasi! marabahaya untukku.. huhuhu
jahh...first time aku tengok rendang pucuk ubi....
sedappp nampaknya wehhhh...
nanti2 aku nak try buat juga la...
tak berani lagi makan pucuk ubi sekarang....
kang tak pasal2...Adam kembung perut lak...he3
bole buat rendang yup, lain benar rupa pucuk paku....
sesekali patut rasa...baru tau sedap gan tidak........
Waaaaa dah lama tak makan rendang pucuk ubi cam ni.. Yg ni tak nak pos ke Izah? hehehe.. Yg ari tu nyer dah sampai smlm tp org pos laju tu haprak betul. Dia ingat tak de org kat rumah kot. Dia tinggal kan notis suh gi amik kat opis pos. Dah ler keta encik hubby guna seminggu ni. agaknya sbb tak nampak ada keta kat porch tu dia terus assume tak de org kat rumah..Eh betul ke barang pos yg akak dapat tu yg izah anto..hihihii..confident semacam jer..hhuuuuhuhhuu..
Kt rumh mmg bnyk pucuk ubi..selalu wat msk lomak n rebus wat ulam ataupun goreng belacan...lpas ni confem akn cube rendang ni plak n bwk g opis..hehe
Izahhhh....
meh akak tambah testimoni ko ekk..memang sedappp banget kok rendang pucuk ubi.lepas ni cuba plak buat rendang pucuk kemamam ( yg sokmo owang buat jeruk tu..)pun behhh..rendang jengkol aka jering pun sedapppp....tu pasal beras umah akak seburran 20kilo x sukup dikkkkk...haa camno tu..menu exotic yg membangkit selewa tak hengat...huhu
Wa tabik spring la kat Izah..peknen pun wajin sokmo...masak itu ini..perghhh..ma-be-les..konherm anak darram pewut wajinnn....hehehe
wsalam izahhhh..
alhamdulillah k.umin k.anim sihat..dolo2 pernah mkn rendang pucuk ubi camnie..tp rasanya dh lupa camaner..mmg sedapp..mk mertua rajin buat..tp tang menuggu tu yg malas kan ..he hhee
assalam izah..kalau dirembau ni..malas buat ada kedai makan yang jual boleh beli je..rasa sama je..lagi satu.tambah telur itik pun sedap izah..kacau sampai garing jugak..memang sedap..acik lagi suka bau dia masa dah hampir kering tu..kalah rendang daging punya sedap bau dia.
sedap ni.. mak mertua rajin buat hehehe
dah lamo tak buek rondang pucuk ubi ..biasonyo orang minang suko buek rondang ni...boleh simpan lamo.. Teringek maso porghi Mokah dulu, bawak rondang ni buek bekalan makan dengan nasi dan roti arab
Assalamualaikum,
Salam ziarah...Wahhh...kat sini mcam2 menu resepi ada bestnya...he.he...
salam
tergoda melihat rendang ni
memang dah biasa dengar tetapi tak pernah makan
cuma satu pertnyaan daripada tc..minta diperjelaskan
pucuk ubi tu tak perlu dicelur ke terlebih dahulu?
kalau tak dicelur..."kepahitan" pucuk ubi tu tak terasa ke
mohon pencerahan...
tok-chik..
seingat saya masa menyembang dengan tuan resepi, mcm ada disebut mencelur terlebih dahulu pucuk ubi tu. tetapi since dlm resepi di blognya tak de menyatakan dicelur, jadi saya tawakal jela TIDAK CELUR pucuk ubi tu. alhamdulillah.. tak de pahit bila kunyah pucuk tu. hilang dah kot pahit semua tu bila pucuk tu lama digaul hingga garing dlm kuali ;-)
harap membantu
ya ampunnnnn... terliurnya!! kalau lauk2 kg gini memanglah kegemaran akak.... nak buatttttt... tp pucuk ubi pulak takdeee.. sabar jelah... takper.. ada pucuk ubi nak jugak buat.. heheee..
As salam.
Kalau kawan-kawan ingin rasa Rendang Pucuk Ubi boleh beli secara online di www.maklongtimah.com.my atau Facebook Mak Long Timah dengan harga berpatutan.. Minimum 5pek ..penghantaran percuma
Inginkan rasa rendang pucuk ubi yg marvelous, garing serta enak? Sila ke fanpage https://facebook.com/RendangPucukUbiBonda
Kepakaran kami adalah menyediakan aneka jenis rendang terutama rendang pucuk ubi. Kpd mrk yg tak tak pandai nak memasaknya (paling boring sbb nak menunggu berejam hgga masak), blh masak tp tak tau samada rendang pucuk ubi tu sedap ke tidak dsb, sila dptkan drp kami. Kami menawarkan harga yg berpatutan n servis penghantaran pos laju ke luar daerah atau negeri dlm Malaysia.
@Mak Long Timah assalam mak long timah. kenal tak bonda sy - cikgu hjh siti khadijah@normah bte hj maa'mor. asal kg kemin, jelebu. umur 73 thn.
katanya dia kenal mak long timah. senang2 nnti bila blk jelebu, sy bawa dia ke kedai makan maklong ya.
https://facebook.com/RendangPucukUbiBonda
@MaDiHaA a.k.a Ratna assalam. beli lebih mudah drp nak buat. kami ada memasarkannya.
sila ke fanpage http://facebook.com/RendangPucukUbiBonda
@izahdaut assalam. tak perlu celur. basuh bersih2 daun pucuk ubi t'sebut. lps tu mskkan dlm kuali. insya"allah rasa pahit akan hilang setlh sebati dgn adunan santan, bawang, cili api, serai ketika dimasak
@tok_chik assalam. sila baca post komen sy dibawah
@zila norazila assalam. beli je mudah zila jk dh lupa cara nak membuaynya.
sila dptkan melalui fanpage https://facebook.com/RendangPucukUbiBonda
@izahdaut assalam. tak ramai yg pandai memasak rendang pucuk ubi yg enak, garing serta harum baunya.
kami ada memasarkan rendang pucuk ubi warisan turun temurun resepi org rembau. cubalah - sekali ngap habis sebekas.
sila ke fanpage http://facebook.com/RendangPucukUbiBonda
@inazamri assalam. cubo jgn tak cubo. dh cubo sekali pasti nak lg. lobih sodap maso makan dgn nasi tongah paneh2. pasti tebukak selero. hehehe
dptkan drp http://facebook.com/RendangPucukUbiBonda
Post a Comment