Assalamualaikum..
Sapa kurang idea nak masak untuk anak2 kelik school *terkeluar lak lorat kampung sebelah* karang, try la resepi ni. Sure anak korang mintak lagi lauk ni esok tengahari..
Anak2 saya sukeeee sangat. 2 hari berturut2 nak lauk "ayam hitam" .. Bukan ayam tu berbulu itam atau berkulit itam, tapi dimasak hitam.
Sedap ooo. buat tak pedas pun saya layan.. Kalau pedas, tekak saya harus layan 4x ganda lauk ni. Hehe
Saya tambah satu lagi unsur baru dlm lauk ni since 'herba' tu hampir kecut dlm peti es, apa salahnya masukkan sekali dan rasanya bertambaahh enak.
Terima kasih Mas yang sukee korek2 resepi kak Fida MyR.
Kelmarin nampak kak Naz pun dah cube resepi ni.
Tapi lauk kak Naz nampak cun sket, maklum tukang masak pun cungggg..hehe
Jom tgok resepi..
Ayam Perap Masak Kicap
Sumber: Mas Duniaku
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
Bahan :
1 famili
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa
*izah tambah 2 batang serai ditumbuk
Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris
Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.
Hujung minggu baru2 ni, minggu yang bz sikit buat saya.
Tapi tak bz sangat pun, sbb memang xde aktiviti apa2 since tak de sapa nak bawak kami anak beranak beraktiviti.. owhh sedihh, tak pe lagi 2 hari lagi.. hehe...awww
Antaara aktiviti memenuhi masa 'lapaaaang' saya ini la dia.
Sesiapa lagi yang sudi order mari inbox saya di fb atau emel aje di baisku09@gmail.com
Terima kasih kalian yang sudi order.
Harap berpuas hati ya
Beraneka Apam Polkadot
Snow Cheesecake 2 size .. kecil dan besar
24 comments:
emmmmm dappp! heee.. ayam kicap kegemaran anak2..
wahh! dulu tak konfiden nak buat apam.. now siap dah boleh ambik tempahan... comel2! warna pun cun... tahniah izah...
Assalamualaikum mak cik jah... :P banyaknye ladybird tunggu time nak terbang... comel2 belaka... :)
mmg kalau masak ayam kicap ni budak2 suka.. mak budak pun suka sebenarnya tau...! :P :) senang.. nak wat pun tak renyah.. tu yg mak budak suka sbnarnya.. hak hak hak hak.. (gelak tak cukup napas)
Salam Izah Comel,
sedapya ayam perap masak kicap, anak2 suka..umi tambah cili padi lebih terangkat...
lapar la dik tgk ayam kicap izah ni he he ujan2 ni perut berkeroncong je
byknya lady bird comel2 tu
masyuk bisness izah skrg..tahniah ye
salam jah gebu.....kak ham pun masak ayam perap tu semalam...sedaaaaaappppppnyaaaaaaa.....menu paling sempoiiiiiiii...tq kak fida dan mas
Hamboiii...kencang biz nampak...!
jahhhhh....
aku pun masak lagi hari nie...
ain ngan daniel suka bebenor lauk nie..
klu aku...masa makan tu...aku gigit sikit cili padi...baru terserlah kepedasan tu...kikikikiki
TQ jah ko sudi mencuba...
resepi2 kak fida memang besttt kan :)
wehhhh....makin cun apam ko nie jah...
tahniahhh...
moga makin berkembang dengan jayanya bisnes ko nie...
nnti ko buka kedai...ajak la aku potong riben sekali yerk.....
kalau masak kicap cmni bkn anak2 je yg suka, umi dia pun suka jugak...hihihihi
Salam izah,
stok kicap tinggal last bottle. geram tengok ayam masak kicap ni.
aku nak bukak kilang kicap lah...kat sini banyak buyer hi hi
Ayam masak kicap memang hidangan terbaik!
Izah, banyaknya apam, cantik2 pula tu.... geram tengok!
byknya order
best gak erk ayam kicap ni, nak copy resepi, tiap2 hari pun jenuh pikir balik karang nak masak apa
Salam Izah..Awat mama buat apam polkadot ni tak cantik macam Izah punya....Apa yang tak kene pun tak tahu..Banyak kali dah cuba tak cantik juga..kadang2 malu nak jamu kawan...
polkadot pelbagai corak ada...
moga sentiasa dimurahkan rezeki...
sedapnya ayam masak kicap tuh.....
salam Izah
masak kicap tu mengancam lah dengan segala polkadot tu macam2 kaler bentuk mesti rasanya pun hebattt
Woahhhh byk lawa itew apam dot dot.. ade muffin kat bawah tu.. i loike... ni kat fridge ade 3 pisang lebam.. harus kah? ahaks
opppss dh cuba jugak yer resepi ni...kita bru simpan resepi ni...ramai yg cuba ni..tentu sedap la tu...
comeiii la apam dot2 tu semua..geram...nmpknya byk ehhh mnerima oder...bagus2...semoga terus maju..
izahhh
awat comeyyy apam ituu..wahhh smoga biz bertambah maju ok..ayam perap ramai btl dh try..tunggu kita jew nie x tercuba2 lg..:)))..tp karipap tu kita dh buat..sedappp:))
Assallamualaikum Izah..
Dia buat lagi ayam perap niiiii..Ishhh...godaannnn..
Izah, banyak betul tempahan yg awak amik.. Akak pun tak amik tempahan banyak cam ni.. Ai kurang rajin you!hahahahaaa..
Anyway semoga makin murah rezeki ye.. Akak nak tempah apam dot2 tu 5o pcs boleh?hehehe...
ermm sedap...ayam kicap..idea yang baguih untuk masak cuti nanti...
waduh..tomei2 kiut miut apam izah wat nih!! geram tgk..
Salam Ziarah....
sedapnya resepi.... jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tu
mohon copy resepi yer
Post a Comment