CSS

Sunday, March 28, 2010

Muffin Peach


Assalamualaikum... Ketemu lagi dengan the latest muffin yang saya buat ni. Muffin peach yang cedap ni saya buat masa adik saya duk bermalam kat rumah minggu lepas. Dah lama nak cuba muffin yang saya copy resepi nya dari kak yani@myR ni, tapi asik tertangguh je. Resepi asal menggunakan buah peach segar, tapi saya guna yang dalam tin je. Macam biasa siapa yang dah cube muffin ni...walla weii..memang sedap lah. Pulak pulak yang baru kuar dari oven tu, dengan lahapnye mak buyung sorang tu makan sekali hadap je. Siap buat ayat lagi, "sikit ni jeke buat muffin ni"..Ngap punya ngap, tak dan tinggal untuk en hubby ku..Tak pe la nanti, izah buat lain ok..(uikk bila time rajin la..)


Trima kasih kak Yani, ni resepi dia:

Bahan-bahannya:

150 gm tepung
1/2 sudu besar baking powder
75 gm gula perang
10 gm gula kastor
60 gm butter (suhu bilik)
1 biji telur saiz A
60 ml susu segar
1 biji buah peach

untuk topping:
50 gm gula aising + 3 sudu kecil air + 1 sudu kecil essence vanilla

Ayak tepung bersama baking powder. Potong dadu buah peach. Pecahkan telur dan pukul sedikit agar putih dan kuning bersatu. Pukul butter sehingga berkrim dan masukkan gula ke dalam butter dan pukul hingga gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit 3 kali berturut turut berselang seli dengan susu segar dan kacau cepat-cepat. Akhir sekali masukkan buah peach dan kacau rata. Bakar adunan muffin ini pada suhu 180 C selama 20 minit. Gula aising yang dibancuh tadi boleh dicurahkan ke atas muffin yang siap dibakar. (saya tak buat topping gula aising tu..tak sempat buat dah ngap)

6 comments:

Gümüş Tepsi said...[Reply to comment]

selamun aleykum.muffin çok güzel.elinize sağlık.Turkey/İstanbul

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah.
apa khabar? arini bru ada smangt blogwalkin. saya pun teringin nak bermufin2 nih. tumpang makan mufin kak izah dulu la. hihi

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salm Izzah... wow gebu tul muffin peach tu... sangat mengancam ok... nak 2 ketui...

izahdaut said...[Reply to comment]

Assalamualaikum, Alahai rupenya ada orang yang songklap muffin saya ye...kalau sedappun jangan la makan sampai habis..al maklumlah puan Izah ni busy orgnya mana ada masa nak buat muffin mcm ni lagi....tapi kalau sayang suami, masa boleh dicipta..sayang akan terbina!...janji tetap janji...lapor dah ni...esok siap okai?

izahdaut said...[Reply to comment]

aik..cam ne cik hubby komen guna id saya lak ni?? tu la bencananya bila guna laptop si isteri..hahhaa..

gumus: hi..tq follow my blog

nurindah: kabar baik..makan meh makan

erma: nak berketui ketui pun bleh..tapi kena buat sendri hehe..meh la datang umah

ssuamiku: ok saya buat muffin ni..jap ye,jaga anak anak sat bleh?

izahdaut said...[Reply to comment]

Testing...testing...maaf di pinta! Dalam masa terdekat ini, laptop baru saya akan terbang dr US dan selepas itu, saya serahkan kembali laptop ini...

Sedapnya muffin tengah panas ni kan...kalau musim hujan atau waktu malam dapat makan muffin panas adalah cukup menyelerakan. Tetapi kalau musim panas kena la makan dalam aircon sebab nak bagi sedap dia sama dengan cuaca tadi kan...

TQVM.