CSS

Friday, July 4, 2014

Ayam Goreng Berempah (Kuzie Katering)


Assalamualaikum

Menu apa petang ni kome?
Awal sangat kot nak memikirnya. Tunggu idea datang time perut keroncong karang. hehe
Kelmarin saya buat nasi lemak untuk menu berbuka.
Melayan anak-anak so saya buat ayam goreng berempah resepi yang pernah saya try dulu di sini.
Syaa berkenan resepi ni yang berserdak tu. Sedap sangat serdak tu walau hampir geseng.
Belom la geseng... dlm gambar tu lupa nak gemburkan serdak tu baru lawo skit kan.
Okay bagi otak tepu nak masak apa petag ni leh la cuba ayam ni, anak anak suke.



AYAM GORENG BEREMPAH KUZIE KATERING
copy: kak Hana 
by: izahdaut


4 labu bawang merah
6 batang serai
2 tongkol lengkuas
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)*izah omit
5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
sedikit serbuk perasa
*saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih *kali ni izah tak letak.



cara memasak
1 ekor ayam dipotong 16

perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila srdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas 
lebih banyak serdaknya.








Thursday, July 3, 2014

Leeche Flan yang lembuttt licinn haluss


Assalamualaikum

Tenangnya suasana pagi ni, dengan matahari bersinar lembut bersama jerebu nipis. 
Ini pagi saya nak share satu resepi yang simpol. 
Terjadi resepi ni bila saya dapat banyak order untuk pavlova, jadi kuning telur banyak dlm simpanan.
Saya cuba google resepi yang hanya menggunakan kuning telur dan saya jumpa resepi lechee flan yang menyejukkan tekak ni. 




Sebenarnya nama familiar dengan kita ialah puding karemel kan.
Uniknya puding ni tak menggunkan putih telur, hanya kuning telur sahaja dan hasil nya.. wahhh licinn halusss je texturenya.
Puding saya ni agak rendah, rasanya kalau nak buat next time boleh guna loyang 6".
Sesuai untuk juadah berbuka penyejuk tekak.





Leeche flan

by: izahdaut

Karamel:
3 tbsp gula* izah letak 5 sudu
2 tbsp air *izah lebihkan sikit air
1 biji parutan kulit lemon / limau - optional

Pudding:
10 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat

Cara membuat karamel:
1. Masukkan gula & air dalam loyang 8 " .
2. Guna api perlahan, masak hingga bertukar warna keperang-perangan. Matikan api. 
3. Parut kulit limau atas karamel tadi (optional). Sejukkan.

Cara2 membuat pudding:
1. Dalam bekas sederhana besar, satukan bahan2 puding. 
2. Tuang dalam loyang sambil menapis.
3. Stimkan puding selama 1 jam atau bakar guna kaedah water bath.
4. Bila puding sdh masak, sejukkan atas wire rack & masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
5. Terbalikkan puding atas pinggan yang rata sbelum di hidang.

Nota  izah: untuk memastikan puding sudah masak, cucuk hujung pisau di tengah puding, dan pisau keluar bersih bermakna puding sudah masak.








                              



Wednesday, July 2, 2014

Daging Tumbuk masak Kicap (ala dendeng) kegemaran anak-anak


Assalamualaikum

Rasa nak buat tajuk panjaaang lagi. Kuasa ai..
Ni lah lauk kegemaran anak-anak saya lebih kurang sebulan yang lepas, dan masih tak boring lagi nampaknya tu. Sebenarnya saya ada buat daging dendeng *kes terliur sangat dengan daging dendeng kak ummi. hehe*. Dan of koz la ikut selera org dewasa dalam rumah ni mesti nak buat pedas pedas baru kaaww. 
Jadi untuk anak anak, saya ketepikan sedikit daging dah ditumbuk dan saya tumis dan kicapkan nya. So jadilah daging dendeng masak kicap kan. Tapi takut plak nak letak nama dendeng tu. Kang marah pulak org yang pakar asal usul makanan serantau kang. Tak pasal. Ngeee 

Seronok tengok anak-anak menambah nasi bila buat lauk kegemaran mereka ni.:-)


Daging Tumbuk Masak Kicap
by: Izah

bahannya:
1/2 kg daging di potong dadu besar
*rebus daging hingga empuk dan hiris nipis kemudian tumbuk sedikit.
(proses mcm buat daging dendeng)
Kemudian gaulkan daging dengan sedikit garam dan kunyit serbuk.

bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia
1 batang serai 

perasa 
sedikit kicap
sedikit asam jawa paste
garam n gula



Caranya:

Goreng sebentar daging tumbuk tadi dan angkat n toskan.
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Perasakan dengan kicap, asam jawa paste, gula n garam.
Masukkan daging tumbuk tadi . Gaul mesra dan masukkan sedikit air rebusan daging untuk basah basahkan sikit. Jika suka berkuah boleh lebihkan air rebusan. Angkat dan hidangkan.






















Talam Suji Lapis Coklat



Memandai je ubah nama. Hakhak..
Ok ok fine. Nama dia talam suji je. Saya yang ubah nama tu tuk beza kan sikit dgn talam suji biasa tu. 
Sebab kepala gula merah tu saya taruk coklat utk menambat selera anak-anak.
Masih resepi chef Asma yang pakar dlm kuihmuih talam.
Banyak-banyak kuih talam, saya memang berkenan betul dengan kuih ni. Secukup rasa, secantik mata memandang. Ewah..


Ni bukan pagi-pagi dah buat kuih tuk berbuka ye. Ni menu kelmarin. 
Sila amik perhatian. Ngeee


KUIH TALAM SUJI (coklat)
Sumber : di sini

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
90 gram sugee @ semolina*
225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)

110 gram gula halus  (letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)


BAHAN LAPISAN ATAS :-)
150 gram gula melaka, potong kecil*
25 gram gula pasir*
250 ml air*
3 sudu makan serbuk koko*
1 sk coklat paste*
secubit serbuk nescafe*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 biji telur (asal 1 1/2 biji)
125 ml pati santan
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :
    1. Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan

    1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.
    1. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan bawah, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba..

Tuesday, July 1, 2014

Rendang Daging Lada Hitam


Assalamualaikum

Korang ke bazar Ramadhan ke? Saya dah lama tak berbazar. Bukan jenis kaki bazar la kononnya. Rasanya tahun sudah pun mcm tak ke bazar je. Tetiba dahaga air tebu bila sebut bazar. Eh a ah pergi bazar jugak beli air tebu. Konon tak kaki bazar kan kan. Haha...Cuma aktiviti bazar saya dah lama dikurangkan sejak beranak kecil. Tak tahu la kalau beranak besar kot kot menggeletik nak ke bazar semula. Cuma skali lagi dipesan buat semua berhati-hati memilih menu yang nak masuk perut tu. Pilih yang nampak suci dan bersederhana. Ni pesan kat diri sendiri la ni. :-P

Semalam masa ronda-ronda cari ilham utk juada berbuka, saya terjumpa menu yang berkenan dihati nak mencuba. Terima kasih kak Azlita panjangkan resepi rendang lada hitam ni. Sedap pedas dan puas. Cuma ada sedikit tokok tambah saya perisikan untuk sesuai dengan selera kapten di rumah saya. ^___^






RENDANG DAGING LADA HITAM
Resepi Oleh : Wan
Rujukan : Mesra Net Resepi

Copy from: Azlita masammanis

Ita tukar resepi dari ayam kepada daging *Izah pun

1 kg daging batang pinang, potong kecil *Izah guna daging biasa
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau perut ~ ita tambah 
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula melaka ~ ita tambah 
1 kiub daging *izah xletak
1 sb serbuk kari - izah tambah

Bahan Kisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ~ ita tambah
2 inc halia
 3 batang serai
1 inc lengkuas
1/2 cawan lada hitam ~ ita kurangkan
10 tangkai cili kering ~ potong dan rendam hingga lembut / rebus
1/4 cawan rempah biji *izah ganti rempah rendang negori

Ita tumis dahulu bahan kisar hingga harum, * kemudian izah masukkan rempah kari kemudian rempah rendang negori.
Kemudian masukkan daging, tambah  santan cair dan biarkan daging empuk
Bila daging dah empuk masukkan daun kunyit, daun limau perut dan gula melaka
Tambahkan santan pekat dan kiub daging
Perasakan dengan garam dan gula
Biarkan hingga kuah pekat dan kering

Sedia di hidangkan.










Donut Tepung Faiza @ Pau Goreng Sardin


Assalamualaikum

Apa khabar anda semua? Bagaimana mengajar anak-anak beginner berpuasa? Teruja? Semangat? Letih? Rimas? Lemas? Kurang sabar? atau kurang hajau? haha.. Saya pula.. hmmm start puasa hari ahad bermakna hari cuti. Dan bermakna juga pukul 8 pagi dah katanya lapar. Owhhh petanda buruk tu. Tapi saya tak paksa sangat.. mereka yang belajar puasa pun baru nak masuk umur 7 tahun dan 5 tahun. Rasa-rasa tak pernah lagi terbaca tuntutan agama utk paksa anak-anak berpuasa pada sekian-sekian umur. Melainkan ajarlah anak-anak solat pada umur 7 tahun dan sekian-sekian. Betul kan saya jika tersalah. 

Berbalik pada si Bais n Muaz, bila nak masuk ke tengahari jenuh juga memujuk bila mereka minta berbuka. Tapi bila selepas tengahari mereka pun dah slow nak mintak makan. Sebab bila ada aktiviti bermain play dough.. melukis..mewarna.. tengok u tube.. so mereka hampir lupa. Kemudian waktu tidur mereka juga disiang hari bertambah lama disebabkan keletihan berpuasa barangkali. Alhamdulillah.. xdpt nak dikata bila melihat mereka berdua gelak-gelak baca doa utk berbuka. Gelak sebab boleh makan dan makanan kegemaran masing2 ada di depan mata bersama pilihan airnya.



Ada yang kata saya mewahkan anak dgn makanan. Sebenarnya tidak. Cuma mungkin anak mudah dapat apa yang dihajati. Contoh bila saya tanyakan menu pilihan berbuka si Bais, Bais cuma memilih donut. Donut sahaja umi.Titik.. Rasanya tak de la mewah mana pun kan. Si Muaz pula nasi dan ayam. Juga titik. Pilihan air tak de yang terlalu mewah cuma teh o ais. hehehe..

Dan merealisasikan hajat sederhana anak saya tu, saya buatkan donut menggunakan tepung Faiza yang mulanya saya curigai jika donut tidak gebu. Tak buat banyak cuma 2 cawan tepung sahaja. Alhamdulillah elok lembut donutnya. Dan utk saya pau sardin menjadi pilihan. Sardin lebihan bersahur. :-)


Donut tepung Faiza
By: Izahdaut

bahannya:

2 cwan tepung Faiza * izah tambah beberapa sudu
2/3 cawan air
1 sb membumbung butter
5 sb gula
2/3 pack mauripan
1 sb susu tepung
sedikit garam


caranya: 
Izah guna bread maker . Uli sampai doh licin dan biarkan mengembang 2 x ganda.
Buang angin dlm doh dan bentukkan menjadi donut atau pau goreng.
Biarkan seketika sehingga donut yg dibentuk kembang.
Goreng dengan api kecil supaya masak sekata hingga ke dalam donut.
Salut dgn gula atau coklat. Sedia dinikmati.