CSS

Tuesday, December 31, 2013

Kway Teow Homemade



Assalamualaikum

Mcm tak pernah terpikir nak buat sendiri kuew teow. Tiba2 jalan2 lompat2 dari satu blog ke satu blog terjumpa resepi kway teow homemade. Saya suke kway teow tapi tak berapa gemar dengan baunya. Biasanya bila hidu bau kway teow sebelom digoreng mcm sesuatu je. Walau pun ada sesetngah brand ok. Jadi bila trasa nak mkn ajak asben mkn kat char kway teow jln Enggang Keramat. Aci tak?

Siyes berbaloi buat sendiri walaupun jenuh jugak nak ngukus nya. Sbb kene nipis n sama rata. Guna pulak ngukus kecik.. pepaham jela. Tapi dalam jenuh2 tu dah 2x saya buat. Si kecik Muhammad Al Fateh suke sangat. Sambil makan kway teow sambil buat bunyi. Cute je




Dalam gambar ni kway teow nampak agak kuning. Tu sebenarnya pencahayaan je. Diluar warnanya putih je. Saya kukus malam dan boleh dibiarkan semalaman dlm suhu bilik. Esok boleh sedia digoreng untuk sarapan. Dan kali kdua saya buat dikukus ptg dan digoreng utk dinner. 

Terima kasih sis Q yg berkongsi resepinya. Sis Q ni saya jumpa blog nya dari blog kak CA yg awet muda tu. hehe. Blog kak Q ni bak kata kak Ani aka Che ann aka Che Ani.. mmg asik dan ralit kalau dah ke situ. Suka baca penulisan nya yg sempoi dan hasil tangannya yg skali pandang wah!! gitu. pendek kata try la klik link tu dan tgok la sendiri ye.







HOMEMADE KWAY  TEOW
by: sis Q

150 gm tepung beras
1\2 sudu besar wheat starch flour -ganti tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
400 ml air sejuk
1 sudu besar minyak
1\2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan mengikut susunan bahan di atas.
Sebatikan dan rehatkan selama sejam.
Kukus adunan seperti mengukus laksam. Saya lapikkan loyang dengan plastik yg disapu minyak.
Bila masak sapukan permukaan kway teow dengan minyak.
Lipat dan potong mengikut size yg diingini dan kiraikan.





Nampak ada yg tebal n ada yg nipis. Hehe.. sebab pengukus senget. Tapi tak de efek kat rasa pun. Kuey teow ni lembut je. Pastu goreng pun tak payah lama. Bila dah setel bahan tumis n perasa kicap smua. Pecah telur dan masukkan kuew teow bersama sayur. Kcau sebati dan siap!!













13 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

wahh.. best2... kue teaw homemade yg nyata halal & suci... tahniah rajin izah...

Gee® said...[Reply to comment]

Mekacih Ijah... boleh la k.gee mencuba...

Mas said...[Reply to comment]

char koew tiaw sepinggan besar jah..
sempoiiii aku tengok..

Fazleyatul Aini said...[Reply to comment]

macam lebih kurang buat laksam kan kak
boleh la try kalau dtg mood rajin
tapi asek malas je cmne hihihi

cheq da said...[Reply to comment]

Rajinnya izah sampai boleh bt sendiri..jimat2 nti gst semuanya kena cut budjet..

adda syuhada said...[Reply to comment]

sedapnya tgk kuew tiow...

Anna Qawina said...[Reply to comment]

MasyaAllah..mudahnya buat ek..selama ni plg x suka yg beli tu..cam ada samting gitu..ada apa tah xtau nak kata..sudahnya aku order yg dah siap goreng..aci dak? Heheh..nnt aku try jah...ko bg sokongan moral skt jah..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...[Reply to comment]

Rajinya Izah buat kuehteow... boleh dicuba juga ni...

Selamat tahun baru 2014 Izah :)

Queenie said...[Reply to comment]

salam izah....
kemari sebab heran byk sgt nama awak kat stat tp takder say hi or hello hehe, thanks for your kind mention ya

syabas la rajin wat kway teow sendiri, mudah2an lebih barkah dan menjadi darah daging yang baik utk anak2 n family...

Umi Nazrah said...[Reply to comment]

salam singgah. waaaaaaaaaaaaa saya pun dah lama teringin nak buat my own made Kway Teow ni. tp entah kan bilaaaaaa T_T

tun_telani said...[Reply to comment]

assalamualaikum kak izahhh... tun dh lamaa duk queue resepi kuew tiaw la, mee kuning laa.. satu hape pon xbuat lagik. haha..

lizz said...[Reply to comment]

izah bestnyer...nak try jugak la buat kuew teaw sendiri ni...

Siti Nadira said...[Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian ni...boleh cube nanti...sebab nak carik kuey tiow pengusaha melayu susah sikit...tu jarang makan tuh