CSS

Saturday, December 28, 2013

SUP LEHER AYAM


Assalamualaikum..

Hambeh hambeh.. cuti2 pun blog terupdate ko. Ni namanya ghairah berblog. Menu pun asal ada. Haha.. Dah tak boleh di kawal perasaan nak ngadap belog je ni. Dah kalau mula gini maknanya mula la duk renung resepi2 baru. Dah kalau mula renung resepi2 baru.. hmmm alamat perut sentiasa tak kosong. Dah bila perut asik penuh je jawabnya.... diet ke pulau laaa...

Sebab tak de apa2 spesel pun jadi saya spesel kan dengan sup leher ayam. Makan leher ayam kalau bersanding kepala teling yam.. Belasah jela.. Sedap buat sup pedas2. Dan leher ayam ni enak dijadikan sup ropenya. Cuma time mereeneh sup tu kene lama. Maybe setengah hari. Baru dapat menikmati sup leher ayam yg best.




SUP LEHER AYAM
by izah

1\2 kilo leher ayam dibersih dan buang lemak
2-3 biji kentang
2 biji tomato
2 ulas bawang putih- tumbuk
5ulas bwang merah- tumbuk
1 inci halia - ketuk
2 btg serai - ketuk
1 labu bwang besar- potong baji
4 sekawan
1 sb lada hitam-tumbuk
2 keping asam keping
bawang goreng
cili padi - ketuk
sikit pati ayam
perasa & garam

Caranya reneh leher ayam setengah hari hingga lembut bersama halia.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan ke dalam ayam. Dan masukkan semua bahan lain. Rebus hingga kentang empuk. Perasakan dan akhir skali tabur bawang goreng.






9 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

Salam Izah..org dulu2 mmg tak bg anak dara/teruna mkn leher ayam..kang brsanding teleng kepala :)

adda syuhada said...[Reply to comment]

sedapnya...

Kak Nita said...[Reply to comment]

salam izah ,

kita pon suka sup cenggini jugak..kalu buat tu boleh habis dua mangkuk......

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

salam Izah, wah leher ayam akak pun suka leher ayam banyak2 part di ayam mmg fav leher, dan sayap yg tk banyak isi tu hahaa baru mest meratah niii kan nampak sedapppp

Mas said...[Reply to comment]

peberet aku ni.....meh semangkuk...letak cili kicap...compom tk cukup semangkuk....kikikiki

Mas said...[Reply to comment]

klu guna rangka ayam pun sedapp jah...
klu ko tk pernah try...baik ko try...compom ko nk buat lagi nanti....

izahdaut said...[Reply to comment]

kak atie
yela kak. tu teringat lagu jalil hamid tu. haha

adda syuhada
ratah je pun sedap bila leher tu lembut je

kak nita
yekak.. mmg asikk je. sesuai la dijaman kenaikkan barang2 keperluan. makan leher jela nampaknya. haha'

kak noor
kan kak. sup sedap goreng garing pun sedap je meratah

mas..
oo ko pun suke ye. aku tak pernah buat rangka ayam. eh tapi rangka ayam goreng garing tu sedap kan. lama tak makan. jumpa last masa jaman blajar dulu je

Amie said...[Reply to comment]

Dah merenihnya pun sampai setengah hari memang lembik lembutlah ye Izah... terus isap2 je gitu, tak sedar boleh habis seperiuk tau!

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Assllamualaikum Izah.
Izah, sib baik awak dah kahwin. Kalau tak, mesti masa kahwin tu kepala senget je sbb mkn tngkuk ayam..hahaha...ni org dulu2 nyer pndapat lah..huhuuu...

p/s: Kek buah tu, buat je 1/2 adunan kalau nak try. Akak buat 1/2 adunan je masa 1st time cuba.