CSS

Tuesday, December 17, 2013

Crunchy Chocolate Cookies




Assalamualaikum

Rasa nak beraktiviti ngan anak2 musim2 cuti ni di dapur? Biskut ni salah satu menu yg sesuai. Ye la ditambah dengan anak2 yg asik lapor tu kan. 
Sedap biskut ni. Rasa nak buat lagi pun ada untuk stok anak2 mengunyah sesambil nunggu emaknya memasak kat dapur. Yela.. emaknya pun dah anak kebulur pun tak reti2 nak ke dapur.. * aku ler tu.. kikiki




CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES
by: Baking and Life

100g coklat masakan - cincang
125g butter
100g gula kastor
100g gula perang
1 biji telur
220g tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sk neskafe serbuk
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate of soda

  1. Pukul butter dengan gula sehingga ringan.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan bahan2 lain dan sebati kan semuanya diakhiri dengan coklat cincang.
  4. Bentukkan doh bulat kecil dan tekankan menggunakan garfu. Atau terpulang selera masing2.
  5. Bakar pada suhu yg dipanaskan 180 C selama 15minit.
  6. Biar sejuk baru biskut merangup.
 * Resepi ini telah diubah suai mengikut bahan2 yg tersedia ada aje.











1 comments:

shidah ar said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah,

I think bila cuti sekolah, mak2 memang super busy. Dapur tu bekerja 24 jam. Always open. I yg ada 2 org anak ni pun rasa mcm nak pengsan.