CSS

Tuesday, November 19, 2013

Kek Lumut



Assalamualaikum 

Teringin tak nak rasa kek ni? Bila tengok gambar je rasa bagai time2 tu jugak nak makan kek ni. Gitu la tejadi pada saya bila kak Yatie saban kali buat kek ni slalu share kt blog. Kek ni menjadi kegemaran kak yatie n family kan kak. Saya dah lama simpan hajat nak buat hingga la tiba time sesuai. Lama benor nak jumpa time sesuai kan.

Seperti rata2 yg dah pernah merasa kek ni.. sejenis kek kukus yang moist..lemak dan enak..wangi pandan nya dan sesuai tuk hidangan tak kira dari muda hingga ke tua. Tentu2 terima kasih saya berikan khas buat kak dj yg sudi bkongsi resepinya dan kak yatie yg sentiasa menjadi sumber inspirasi.





KEK LUMUT
sumber: kak yatie
resepi: kak dayang dj


Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)



Ini budak 10 bulan pun suke makan kek ijau.
Suwittt je..

11 comments:

Tina Othman said...[Reply to comment]

Morning

Sedapnyaaaaa saya suka sangat kek lumut ni, tapi bab nak kukus yg lemah tu hehe

Bbwana adienia said...[Reply to comment]

salam..

cantiknya kek lumut..sedap ni makan pepagi ni dengan secawan milo panas..

Noni said...[Reply to comment]

semangatnya budak 10 bulan tu makan. hehehehehe

Gee® said...[Reply to comment]

syioknya al-fateh makan kek lumut... bak untie nk ckit...

mala said...[Reply to comment]

lapaq kek! sedap tu kek lumut

ummiaisyah said...[Reply to comment]

alahai sedih la plak bila tgk kek ni...dh 2 kali buat kek ni..apsal dia bantat ye jah.? ia dh talak 2 tau ngan si lumut ni

mama sara nur said...[Reply to comment]

assalam izah
he heee akak memang berkenan kek ijau ni
duk berangan nak buat tp tak buat2 jgak
meh sepotong nak rasa he hee

sitiezahim said...[Reply to comment]

salam kak izah... horlick tadek la.. huhuhu.. btw share la resepi mapin.. huhu...

CA said...[Reply to comment]

Salam Izahh..

memula te..koi gewamm ke hok karrrer karrer ijo te...sedakkknya..ketnya bila sampei bawohh koi gewammm ammmat ke montei te...langsung koi lupa hok karer ijo...koi wase nok peluk ketat ketat..peluk sendat sendat dak montel te...nok geget peha dia...eeee...behhh je omoi ni wehhh..

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Assallamualaikum Izah.

Sedap ke kek ni Izah? Confirm la sedap kan. Kalau tak, tak kan ada org yg berulang2 kali membuatnya. Akk x prnh buat dan rasa kek ni.
Amboiiii budak Fateh tu dah besau yer. Suka mkn kek hijo lak tu...
Makin maju berbisnes skrg ye? Tahniah dan semoga success selalu..

Anonymous said...[Reply to comment]

Spot on with this write-up, I truly believe this amazing site needs
much more attention. I'll probably be returning to see more, thanks for the info!



Review my webpage; Las Vegas Refrigerator Repair