CSS

Friday, March 29, 2013

Mini Pavlova


Assalamuaaikum..

Rasanya dessert pavlova ni tak asing dah di Malaysia ni.
Dulu2 saya pun cam tertanya2 jugak cemana rasanya.
Dan pada saya mini pavlova lagi comel n mudah n senang dinikmati.
Tapi kalau dihidangkan pada anak2 saya.. korang xkan tergamak nak tgok kejadian selepas dihidang.
Hahha.. Semuanya main kaut buah je. Yang selebihnya dijadikan bubur.
Bertuah punya anak..
Bagi yang masih tertanya2 cemana suwit n comelnya dessert ni boleh la cuba sendiri membuatnya di rumah.
Rasanya manis, lemak2 dan sedap dikunyah bersama buah segar yang sedikit masam2. Berlawan rasanya dengan meringue yang rangup2 chewy gitu.
Atau boleh juga order je ngan saya..jika sudi ek :-)


MINI PAVLOVA
resepi: Kak 1

bahannya:

200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc


caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.






20 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

Cumil jer pavlova Jah tu...

dZana said...[Reply to comment]

dah lama berangan nak buat yg kecik2 comel ni.. tak kesampaian lagi..geram menengoknya..

tun_telani said...[Reply to comment]

physais tu gapo kak izah? huhu..
dh lama x makan pavlova. last buat zaman 1st degree dulu..

izahdaut said...[Reply to comment]

Tun..buah tu ada kt blog kak wan..ala yg oren2 tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak gee..tq kak
kak zana..cer la buat.lgi suke kecik2 gini..comel pun comel kn :)

Chah said...[Reply to comment]

Errr... Wahai pavlova...samalah kita maksud saya awak dgn chahlova memang cumil... Eh jah! Hai babe...;p

adda syuhada said...[Reply to comment]

ohhh sedapnya...

cahayahidupku.blogspot.my said...[Reply to comment]

Memang comel n cute jer mini pavlova Izah.... bagi akak seketul... sure habis Izah ehe :D

Hafizah Mohamad said...[Reply to comment]

comeinya pavlova izah ni...mesti sedap...bila la nak menerai ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

nengokkan rupa pavlova ni memang dari dulu lagi dah berkenan... tp ngenangkan akan 'kemanisannya' terpaksa tutup dulu niat nak membuatnya... hehehe...

Unknown said...[Reply to comment]

salam Izah, nampak cantik dan menawan macam puan punya jugak manis gitu kan, anak2 akak mmg suka sngt ni benda manis macam ni boleh try resepi Izah nanti ya hee

Rohah said...[Reply to comment]

mmg comel lah yg kecik2 macam ni...oho...sweet kan...

mykitchen said...[Reply to comment]

Kak izah cantik kemas dan sdap...ct sampai skrg masih takut nk buat...kos tinggi dan xtahu jd ke tidak

Faridzuan said...[Reply to comment]

Saya belum pernah try makan pavlova lagi, tapi tengok gambar dah terliur saya tau! Hehehe.

mama sara nur @ Cik Nor said...[Reply to comment]

Assalam
comel dan sedap
izah rasanya ank2 Dan akak sekali akan kaut buah tu dulu he hee

Anonymous said...[Reply to comment]

geotorelxzp credit card debt consolidation
debt consolidation services

CA said...[Reply to comment]

Salam Izahh

Waahhh kelasss ko jahhh..ada baby pun menten leh nega.Tabik spring akak kat ko..

Err ada tepek gambo baby dok..maklum aa akak baru kuo dawi gua..dok sempat lagi koi nok neropong entry lepas..

Kalo awok khabo ada..kang koi terjah aa..kalo xde..cepattt aaa tepek...koi teruja ammat dgn baby wehh..hehehe

Err..sedapkan pavlova ni..anak2 akak pun suka..segala deme balun..ye la..gaya mok dia..semua telan..mana tak bamm..hehehe

Semoga sukses bisnesss..

Cheap Openvz VPS UK said...[Reply to comment]

Wao looking very tasty,keep sharing.

lizz said...[Reply to comment]

ermm terliurnyer ngan pavlova izah tu...

BungaMaiza said...[Reply to comment]

Sy nak order mcm mana?