CSS

Monday, December 19, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread


Assalamualaikum..

Alhamdulillahhh.. akhirnya. Dapat juga menggigit roti yang sodap ni. Nak sendawa banyak2 sikit kat kak Lieza-ezadlieza. Haha... Ada bau cinamon? Tak de? sebab saya letak sikiiittt je. Letak manja2 je. Sebab takut ada 2 budak botak tu tak nak makan. Kita ni memang niat buat roti ni untuk anak2 yang makan. Jadinya kena la ikut selera diorang. Pulak2 kalau roti ni, memang diorang ni cerewet sikit. Ada yang saya buat, diorang tak usik pun. Ada jugak kadang2 makan mcm tak cukup. Tapi alhamdulillah..roti ni diorang makan. Si Bais panggil roti manis. Ye memang manis. Rasanya lepas ni kena kurang banyak tang gula tu.



 Roti ni saya buat half je. Jadinya tak de pulak loyang yang muat2 tuk bakar roti ni. So saya terpaksa bakar dlm loyang bulat. Lihat la kejadian roti saya yang tak kemas tu. Warne pun tak perang sebab cinamon letak sikiiitt je. Tapi roti ni memang lembut walaupun hanya gunakan tepung gandum.

Terima kasih buat  yang dah cuba resepi ni dan mewar2kan kesedapannya. Buat kak Nor yang membawa virus, yang telah diracun oleh kak Shidah. Dan kemudiannya telah menular ke Tun Telani, kak Lieza dan kak Zana. Siapa lagi yang dah cube ye? Ni antara yang saya nampak di FB. Kalau ada lagi sila la bagitau. 



CINNAMON PULL APART BREAD
source : Shidah &  K.Nor

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung gandum
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling

1 cup gula kasar ~ next time k.nor kena kurangkan sket gula
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah


Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM: 
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.


46 comments:

tun_telani said...[Reply to comment]

alaa.. x syok aa xletak byk2 cinnamon...mesti x bau harum semerbak satu umah kan. tp tun pun aritu letak 1 sudu je cinnamon, kalau ikut hati mmg dh pulun 2 sudu.. hehe. tun lupa pulak x tulis aritu tun letak 1/2 c je gula perang, tun pun x habis.. mmg byk sgt 1 c tu. tp yg pasni mmg akan ada ulang n ulang lagi roti nih.

Anonymous said...[Reply to comment]

salam kak izah..ade lagi ker roti tuh...kite pun baru buat semalam..memang shedap kan..amacam 2 budak botak tuh makan tak? hihihi

Liza said...[Reply to comment]

salam izah...best jer nmpk roti tu, nnt kena try gak ni....hihihhi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

memang best! akak pun dah buat mlm tadi.. utk bf pagi tadi.. hehe.. tp gambar lom transfer lagi dari handphone... entah2 tahun depan baru update.. kekeke.. gula tabur tu akak guna gula perang sama mcm tun.. & dikurangkan ke setengah cawan aje.. herba2 semua ikut 100% ikut resepi.. mmg best.. wangi aje..

Gee® said...[Reply to comment]

Izah, k.gee baru berangan nk meroti petang nih...tetiba tekak ni terasa nk makan roti manis pulak... tup2x tgk ada kat sini...hehe nak sikit boleh...?

Anonymous said...[Reply to comment]

izah, kalau tak guna BM kan, nak kena uli doh ni mcm buat roti biasa ke

sebab tgk resepi ni dia tak ckp pun kena uli sampai licin & elastik, cuma mix & perap je

cik cek said...[Reply to comment]

Mapin dah abis makan ...nak makan roti pulak...he he..:)

Kamalia said...[Reply to comment]

izah..aku pun dh cuba roti ni..mmg sodapkan.tp,cam bese,xdan nak amik gambo.ank2 pun suka.,yela sbb manis,jilat2 gula sukala diorang..

Unknown said...[Reply to comment]

waaaa....nampak pon sodap w/pon izah kata x sejelita kejadiannya..yg penting sodapp kn....
ntahh bile ler nk buat cenggini.... bak ler nk raseee.....hihihi

Yana Shaiful said...[Reply to comment]

Yana xsmpt lg nk mencuba roti nii..nmpk pulak kat sini lg meronta2 nafsu ni bt hihii..Yana klu bt kna ltk cinamon skit jgk kot..krg xlaku pulak..husben xgemar bau cinamon kuat sgt :-)

Ummi said...[Reply to comment]

Waaah Izah, dah kencang di dapur skrg...tabik springg..toiingg, toiiinggg :)

Unknown said...[Reply to comment]

Wah ceedap nyer Roti ni...Daku mahu jugak....nak buat jugak...nanti klu dah jadi kita share..ye..

Unknown said...[Reply to comment]

wahh izah dah tayang dah roti ni...cun jer tgk rotimu zah...nieza pun dah buat hari jumaat mlm tu tapi lum n3 lagi..biasala weekend kalau cuti tak online pun...hehe

roti nieza tak secun mcm ni la coz bubuh cinnamon 2 sudu dan gula perang semua..tapi memang sedap sgt sebab suka cinnamon tu:)

dZana said...[Reply to comment]

aslmkum izah.. seronok klau buat anak2 suke nk makan.. kt rmh akk pun sama jer.. sib baik diorg suke roti ni.. klau tak .. akk la yg kene mgadap sorang.. dah 2 x buat.. hr ni tanya lagi.. ada lagi tak bu.. hihihi.. klau tak suke tu smpai keras mcm batu atas meja or peti ais.. sbb tu la kt dapur akk tu selalu buat yg sama berulang2.. smpai malas nk buat N3..

K.Nor said...[Reply to comment]

jah o jah.. ada lg tak? panggil lembut2 jer nada ni.. hehee

ai pun buat loyang bulat tau.. nanti malam la update.. fenat tak abis lg nih :)

quinnie said...[Reply to comment]

wah izah pun dah buat jugak...kita ni tak tau la bila...hari tu semangat bukan main berkobar2 lagik...hehhehe

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...[Reply to comment]

Wah...macam pakat aje dengan orang Finland....nampak sedap ni boleh la try, Akak dah buat dah donut pintal...tunggu...waiting list nak masuk N3..nanti akak alo...alo bila dah ready.sedapnya lembut ya...

Lieza said...[Reply to comment]

Salam Izah....Fuyoooooooo...ada bau cinnamon nih weiiiii...sapa sendawa tuh????...heheheh IZAH akak letak gula pun tak byk 1/2 cawan jer izah..

Nuridah said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,

sihat ke?? Wah cantik betul roti Izah tu...dari jauh kak nur tengok nampak sedap gitu....rasa mcm kak nur nk cubit sikit roti...hahaha.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Wah Izah yang lain semua panjang2.Yang ni bulat pula.Cantik la Izah

sitiezahim said...[Reply to comment]

salam kak...wah wah kak nor, kak izah n kak nieza sumer dok tayang ek..mm saya nak ikut akak la, kurangkan cinnamon powder sbb tak bape suka..boleh kan kak? boleeee laaaaaa...hihihi

rahel said...[Reply to comment]

Selamat mlm Kak Izah...waduh ketinggalan bas lagi...baru sampai ni..konfirm roti yg sodap tu dah abis...emm tengok pic pun jadila..tapi kan nampak senang je nak wat kan..len kali nak try gak...

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Asalamualaikum Izah..
Mata akak dok pandang pandan slice cheese cake kat bawah tu... Gebu nampaknya..

Rajinnya buat roti.. Akak, selagi BM akak tu tak dibaiki, tak der la roti2 dalam menu...hehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
patut la makin perang roti tun tu. akak tengok roti pucat semacam je. ingatkan perang tu dtg dari cinamon semata. terpaksa la tun. ikutkan akak. akak suke je cinamon tu. kalau buat muffin kan sedap je cinamon. tapi tu la. ngikutkan tekak budak2 kat rumah ni. ku tirpaksaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
kalau roti manis gini makan je diorang dina, dah buat jugak ek.. sedapkan. suke la sebab senang nak makan roti ni.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
akak cepat try kak. simple je. saya buat half adunan dulu sebab nak test market. banyak jugak dapatnya. pastu guna tpg gandum je kan. sukee

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
betul kak, gula tu mmg kena kurang banyak kan. oo akak pun dah buat ek. ala cepat la update nak tengok. akak punya roti mesti cantik kemas.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kak gee kena buat roti ni. mmg asyik. ramai yang dah 2 kali ulang membuat nyer kak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
rasanya kena uli sampai elastik jugak la tina. baru dia lembut nanti. tak pasti, tapi sebab saya guna BM, so diuli hingga elastik. baru lembut tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
gi buat sendrik. kikiki.. buat tau kak cek. best roti ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kamalia
pun dah buat ek. kan sedap kan. budak2 gitu la. kalau manis nampak gula tu memang la suke

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sugar 'n' Spice
senang je nak buat ni. bila tengok gambr step by step tu lagi mudah nk paham. leh la try. ank2 suke roti mnis ini kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yana Shaiful
tu la.. memang kena ejas ikut selera isi rumah la kan. rasanya boleh la ejas cinamon tu. akak pun letak sikti ej

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
tak de la kencang sangat kak ummi. ni ada juga menu2 lama dlm folder. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hawa
wahh mama nak share ngan kite. sukeeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
tapi saya suke tengok roti ni warne perang nieza. kalau gini rasa mcm pucat je kan. hehe. tak tau lak ada yang letak gula perang. baru la makin perang kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
tu la kak. saya pun kalau nak try satu2 menu tu duk mengkaji diorg ni makan ke idak. hehe.. sama kes la jugak. ada jugak yang sampai naik berkulat. hahhahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
kak nor nyer roti cantik. mana haciii.. huh

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
gi buat kak Q. cmel je roti ni. lembut lak tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
memang lembut kan kak donut pintal tu. pulak2 guna tepung roti.
tapi roti ni pun lembut jugak walaupun guna tepung gandum. tapi..hai brapa banyak tapi, hehe.. tapi kenakurang banyaaak tang gula tu kak. fuh maniss

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
tu la kak. gula tu saya kurang banyak dah. rupanya manis lagi kak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nuridah
alhamdulillah semakin sihat kak.
ala kalau akak dekat nak aje saya bagi akak rasa. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
tu la kak ros, saya buat half adunan . lepas tu tak de pulak bekas loaf yang sesuai. kena la guna loyang paling kecik. jadi la loyang bulat. hee

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
eh orang kat sana bukan ke selalu guna cinamon. hehe teka ajee. boleh la hajar. akak kurangkan banyak tu cinamon tu. smpai bau2 je ada. rasa tak de. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
ada sikit je lagi rahel. cebisan2 je tinggal. ehehhe... gi buat sedap roti ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
waalaikumussalam warahmatullah..
kak naz, dah buat ke tak kek slice cheese tu? kalau belum kena la buat tu. sedap giless..

eee manja tau. gi uli tambah muscle kat lengan. uli pakai tangan. hehehe.. saya buat half je kak. boleh la uli ngan tangan. sikit je. rugi kak. sedap ni