Assalamualaikum..
Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha. Bagi sesetengah umat Islam di negara jiran pula menyambutnya hari ini. Bagaimana pula dengan sambutannya dan persiapannya. Sudah tentu dingin sedikit berbanding raya aidilfitri kan. Walaupun di sesetengah negara dan negeri, hari raya aidiladha disambut lebih besar dari aidilfitri.
Bagi saya, raya haji disambut sangat sederhana. Hubby tak boleh apply cuti. Jadi sambut aje raya haji ditingkat 17 ni ha. Nak masak apa? Apa pesiapannya?. Ala kadar aje la, sekadar persiapan anak beranak dan mengikut sunnah.
Antara sunnah menyambut hari raya:
Bertakbir
Mengucap selamat hari aidiladha
Berpakaian indah
Bersolat sunat aidiladha
ibadah korban
"~Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)~"
Tapi tahun ni tak de masuk korban pun. Jadinya.. menyambutnya setakat yang termampu aje. Hari raya haji ini adalah satu keistimewaan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Bagi suri rumah, atau suri di dapur mesti tengah pikir nak buat menu apa esok hari. MMmm.. menu simple simple aje la untuk sekeluarga kan. Yang penting menyambutnya dengan hati yang gembira dan indah.
"~Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)~"
Mungkin juga nak baking cake? Seronok tengok budak kecik ni makan kek.
Comot ni tahap biasa2 je. Kalau tahap luar biasa, tak sanggup nak tengok.
Ekspresi muka yang lebih kurang sama. Susah nak dapat dia senyum masa bergambo.
Kalau bergambo buat2 muka ala ala macho je. Suruh senyum dia buat senyum mcm di bawah..
Tengok la senyum jenis apa. Kalau suruh lagi...jadi lain pulak..
Selalu buat muka rimau cam ni.
Okay, buat semua..selamat membuat persiapan menyambut hari raya haji dan selamat juga meraikannya.