CSS

Sunday, March 7, 2010

Muffin Blueberry Jam lagi....

Assalamualaikum...Ku doakan semuga kita semua sentiasa dapat menjaga iman dan meningkatkan darjah iman kita. Muffin lagi..huhuhu. Seronok hubby bersedia menemani saya ke kedai bahan-bahan kek Jalan Serkut, Ampang. So malam tadi buatkan muffin untuk hubby berjamkan blueberry pulak. Resepi yang sama dengan Muffin Jam. Sebab dah tahu hubby suka muffin ni. Wah dapat pulak berjamkan blueberry besssssst sangat. Mari jamu mata.



Muffin Coklat Chip Mini


Salam satu muffin.. ee tak bestnya..sangat lah elok dimulakan dengan assalamuaalaikum.. Dah pepagi buta ni masih melekat depan pc temankan hubby tengah wat kroje dengan pc die. Kelmarin ada berkesempatan buat muffin mini ni dan sangat seba salah nak entry muffin ni. Baru-baru ni ada terbace article dari satu blog yang saya follow pasal adab copy and paste resepi orang ni. Sangat bagus peringatan buat saya yang baru dalam dunia blog ni. Baru tahu seba sikit disiplin berblog dan nak ambik titik peluh hasil orang ni. Sebe salah tu bukan apa sebab masa menyalin resepi ni (dah lama dah) boleh lupa pulak nak tulis sumber dari mana. Kepada empunya resepi ni, ku doakan Allah jua membalas jasa kalian. Titik peluh kalian ku panjangkan lagi agar pahala kalian berterusan di bumi Allah ini. pss..lepas ni tobat dah, nak kena ingat tulis sumber dan link kan sekali yee...satu pengajaran buat kuu.


Bahan-bahannya:
100 gm telur(2 biji telur gred B)
75 gm gula perang
75 gm gula kastor (saya kurang jadi 55gm)
150 ml susu segar
150 ml minyak masak

250 gm tepung gandum
15 gm baking powder (saya letak setengah sudu makan)
15 gm serbuk koko
100 gm coklat chip

Caranya: Satukan telur, gula perang dan gula kastor dan kacau sebati. Kemudian masukkan minyak dan susu segar dan gaul rata. Dalam mangkuk lain, ayakkan tepung, baking powder dan koko bersama. Masukkan adunan tadi ke dalam tepung yang telah diayak. Kacau rata dan masukkan coklat chip dan ratakan. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picit ke dalam mini cup. Bakar pada suhu 190 C selama lebih kurang 9-10 minit.



Muffin ni sangat comel dan rasa yang sangat coklat. Saya dapati bila kita dah buat kecil-kecil muffin ni agak padat dan keras. Akan tetapi rasanya yang coklat dan comel membuatkan kanak-kanak especially suka dan tertarik untuk memamamnya.

Friday, March 5, 2010

SEMBANGSANTAI: Tak Kesampaian..

Nak masuk segmen sembang santai laks.. Cerita muffin nak rehat dulu sebab muffin tengah mengembang kat dalam oven. Napa tajuk tak kesampaian pulak. Baru-baru ni terjumpa satu coretan dari diri sendiri tak tau bila di tulisnya. Rasanya tulis masa pantangkan anak kedua. Time berpantang ni sangat la boring. Sebab berpantang kat kampung. Hehehe..balik kampung sekejap-sekejap seronok la...tapi kalau dah berbulan wahwahwah..suami lak jauh di KL nun..maka boring pun datang la kan...

Kononnya nak hantar kat majalah Pa&Ma. Sesaja kot kot deme dah tak de crite dah bleh la crite ni melukut kat majalah tu kan. hehee..tapi tak kesampaian sebab tak pos pun ke majalah tu. Buat pekasam jee(macam la kalau hantar deme nak publish..huhu). So kat sini sajalah nak share dengan kawan-kawan yang lebih banyak pengalaman dengan sakit makit puan ni. Boleh berkongsi cerita dan mungkin dapat nasihat dan tips dari yang pernah atau mungkin juga melaluinya.

KEPUTUSAN YANG SUKAR

Aku disahkan hamil sekali lagi. Walaupun perasaanku dan suami amat gembira dengan perkhabaran ini namun aku sedikit risau. Anak sulungku Bais Umair yang dilahirkan secara ceaserean baru mencecah 8 bulan. Terasa risau bagaimana akanku lalui mengandung anak ke-2 ini. Apakah aku akan mengalami ketidak selesaan selama mengandung dan bagaimana pula cara kelahiran yang akan aku tempuh untuk anak ke-2 ini. Kata-kata doktorku yang aku dijangka dapat melahirkan normal semasa kandungan ku mencecah 5 bulan melegakan hatiku dan suami.

Setiap hari doaku panjatkan agar anak yang ku kandung ini yang semakin membesar dapat dilahirkan secara normal dan segalanya dipermudahkan Allah. Apabila kandunganku mencecah ke 8 bulan, pemeriksaan rutin bulanan dibuat dan doktor memaklumkan kandunganku telah turun sedikit tapi belum engage dan menasihatkanku tidak membuat sebarang kerja berat dan banyakkan berehat kerana khuatir anak yang dilahirkan pra-matang. Ketika itu kandungan ku baru dianggarkan seberat 2.1 kg beratnya.

Aku diuji semasa kandunganku masuk bulan ke 9 apabila doktor memaklumkan talipusat anakku berada disekeliling lehernya dan peratus untuk talipusat itu terlerai agak sukar memandangkan kepala kandunganku telah turun sedikit. Doktor juga menasihatiku dan suami tentang risiko talipusat bayi yang terbelit dileher semasa kontraksi, dan berbincang kemungkinan untuk melalui ceaserean itu ada. Pulang dari hospital aku menangis berdoa dan lesu memikirkan untuk melalui sekali lagi ceasarean. Sedangkan aku dan suami tahu apa risiko kemudian hari untuk memiliki anak yang ramai.

Doktor menasihatiku untuk mengulangi pemeriksaan selang seminggu. Minggu yang berikutnya, melalui scan dapat dilihat talipusat anakku masih berada disekeliling lehernya. Aku dan suami masih belum membuat keputusan untuk ceasarean. Suamiku beulangkali meyakinkan aku untuk terus berdoa dan tidak berptus asa agar dapat melahirkan secara normal. Pemeriksaan minggu yang seterusnya mendapat perkhabaran gembira bila talipusat anakku tidak lagi berada dilehernya tapi tergantung dibahu. Bersyukur kerana peluang untuk normal terbuka kembali. Akan tetapi masalah lain yang turut memeningkan doktor bila kandungan ku sudahpun overdue. Doktor memberikan tempoh seminggu lagi dan aku perlu melakukan ujian CTG dan mengira pergerakan kandunganku. Sekali lagi pemeriksaan dijalankan dan sekali lagi doktor memaklumkan talipusat kandunganku kembali berada disekelilng leher semula. Akan tetapi kali ini terdapat dua kali lilitan! Sekali lagi aku terpaksa berbincang untuk ceasarean dengan suamiku dengan tetap berharap untuk normal. Suami mengambil keputusan nekad untuk menunggu seminggu lagi dan berharap anakku dapat dilahirkan secara normal.

Semingu berlalu tanpa ada sebarang kontraksi dan pemeriksaan terakhir doktor memaklumkan keadaan aku yang overdue dan talipusat terbelit memaksa aku melahirkan secara ceasarean. Sudahnya dengan perasaan yang sedih aku dan suami terpaksa menerima keputusan ini. Bertambah sedih apabila aku memaklumkan kepada keluargaku di kampung yang aku akan dibedah petang ini, ketika keluargaku berkumpul untuk mengadakan kenduri cukur anak abang sulungku yang baru berusia sebulan. Bertambah sedih apabila suamiku terpaksa pulang ke rumah menidurkan anak sulung yang mengamuk kerana mengantuk. Air mataku tumpah jua tatkala memohon ampun dan maaf kepada suamiku dan dia mendoakan aku selamat. Aku tahu dia juga keberatan untuk meninggalkan aku berseorangan ke bilik bedah apabila sekali lagi datang mendapatkan aku dan berpesan sekali lagi untuk tidak lupa berzikir dan berselawat. Maka akupun ditinggalkan sendirian dan dihantar ke wad untuk persiapan pembedahan.

Akhirnya tepat 3.49 petang pada 16hb march 2009 keluarlah Muaz Alawi ke dunia secara ceasarean seberat 3.425kg dengan selamat dan sihat. Kesemua doktor dan pembantunya berseloroh mengatakan anakku memakai talileher apabila melihat talipusatnya terbelit dua. Suamiku hanya dapat mengazankannya disebelah malamnya ketika aku masih mamai kepeningan akibat ubat bius pembedahan. Sesungguhnya tiada kata yang terindah untuk dilafazkan selain sentiasa mengingati Mu ya Rab Ya Allah atas kurniaan Mu yang sungguh indah ini.


Izah,
Kuala Lipis.
20.4.2009

Panjang sungguh ceritanya. Sesuai ke nak letak kat sini. Alah layan jela ye..Sangat suka kalau ada yang nak bershare cerita masa melalui detik hidup dan mati melahirkan anak ni. Bila dah setahun berlalu ni rasa tak da apa-apa dah cerita ni. Harap dapat berkongsi.

Muaz ketika berusia 3 hari baru dilahir



Muaz sekarang

Wednesday, March 3, 2010

Muffin Mangga


Soalan: Betul ke kalau masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan masakan itu pun sungguh enak dan sedap dimakan? Jawapan: Betul. Kalau masak masa stress atau bergaduh (especially suami isteri) masakan pun kurang menjadi dan tak sedap. Kebanyakkannya betul menjadi pada saya. Orang lain tak tahu la pulak. Kalau pulak time kena paksa memasak padahal malas sesangat. hehhe..Soalan dua: Betul ke kalau buahan yang dipilih dan dibeli dengan kasih sayang, buah tu enak dan sedap dimakan kelak? Jawapan: betul? Ha..macam tak percaya bila soalan saya pada hubby, kenapa buah yang dia beli mesti sedap, manis, rangup dan ranum. Baru-baru ni hubby beli buah epal kat pasar malam. Si Bais punya stok epal dah habis. Saya tak brapa suka sangat buah epal pasar malam dekat rumah ni. Epalnya selalu rasa kapas dan lemau (sesuai ke untuk epal?) Tapi bila potong dan kunyah epalnya sangat manis dan rangup. Masa tu hubby kat ofis, saja sms dia kenapa buah yang dia pilih selalunya sedap. Jawapannya: Buah tu saya beli dengan perasaan sayang dan ikhlas nak bagi anak isteri makan. Maka buah tu pun tahu dan bertukar menjadi sangat sedap.. Terkejut gak dapat jawapan macam ni sebab..mmm mungkin juge kan, macam pokok kalau selalu cakap dengan dia pokok pun boleh lebat buah dan cantik. mmm..jawapn ni macam yela..ikhlas tukan sesuatu perkara yang sangat baik. Iblis takkan dekat dengan orang yang ikhlas.

Wah sungguh panjang karangan di atas. Berbalik pada muffin mangga ni, sebab banyak mangga yang hubby beli, jadi teringin nak buat muffin. Apalah rasanya kalau buah mangga jadi muffin. Cari punya cari resepi dapat kat resepi.net sumbangan lupa la pulak. Apapun terima kasih pada tuan punya resepi. Muffin ni sedap dan moist. Resepi asal letak sebiji mangga. Saya pulak tambah separuh biji lagi potong dadu, jadi rasanya kaya dengan mangga. Bais pun suka makan. Dari sepuluh biji muffin yang dapat dari adunan buat semalam, dah tinggal dua. Tapikan, muffin ni kalau dah semalaman lagi moist rasa dia. Cubalah...


Bahan-bahannya:
1 1/2 cups self raising flour
1/2 cup castor sugar (saya kurangkan sedikit)
1/3 cup vegetable oil (saya guna mentega cair)
1/3 fresh milk
1 egg, lightly beaten
1 large mango, deseeded and mashed

Caranya: Ayakkan tepung dan ketepikan. Satukan gula, minyak, telur, susu segar dan mangga. Kacau semua bahan sebati dan masukkan ke dalam tepung. Kacau hingga sebati dengan menggunakan garfu. Saya tambahkan separuh biji mangga lagi dipotong dadu dan campurkan ke dalam adunan. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.

Muffin Jam


Muffin ni saya dapat resepinya dari satu blog yang saya follow.Tapi tak ingat pulak blog apa ye..biasanya kalau saya salin resepi saya akan terus tulis sumber dari mana tapi kali ni terlupa la pulak. Tapi blog tu dapat dari kak Yani yang memang terror dan resepi yang best-best belaka. Muffin ni buat untuk hubby bawa bekal dalam pejalanan jauhnya dan untuk berkongsi rasa bersama-sama. Mulanya ingat hubby tak suka muffin vanilla macam ni, tapi sebab jamnya yang sedap dan saya buat kecil-kecil comel senang nak ngap terus dalam mulut. Mungkin tu la sebab hubby suka. Saya pulak memang suka muffin ni. Sedap dan lazat. Saya buat kecil kecil sebab senang Bais nak makan tak bersepah. Ngap dua kali dah habis. Dan sangat berbaloi sebab Bais dan hubby like it very much. Saya buat guna jam buah-buahan campur. Tak silap saya masa ambil resepi ni empunya blog guna blueberry. Wah mesti lagi sedap kot. Saya buat double adunan di bawah. Sebab sangat yakin dengan resepi kak Yani mesti sedap saya kena buat banyak sikit dari resepinya tu.


Bahan-bahannya:
70 g mentega
60 g gula (saya kurangkan jadi 40 g sahaja sebab jam dah manis)
1 biji telur (suhu bilik)
2-3 titik essence vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
jam secukupnya

Caranya: Pukul butter sehingga berkrim dan ringan. Masukkan gula dan pukul lagi sampai jadi putih. Masuk telur dan pukul hingga sebati. Masukkan pula essence vanilla dan susu segar kacau hingga sebati (saya kacau guna spatula shaja) . Akhir sekali masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan kacau hingga sebati. Isikan setengah cawan muffin dengan adunan dan letakkan jam dan isikan separuh menutup inti. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.

Muffin Kopi Coklat Chip


Rasanya dah lama tak buat entry pasal percubaan terbaru muffin ni. Ada je buat muffin tapi nak update tu malasnya. Sibuk melayan Muaz dan Bais jadi nak melekat depan pc pun terganggu la sikit. Muaz pun dah pandai panjat-panjat nak berdiri, lagi la kena pantau (perkataan glemer dalam Gerak Khas) kalau tak gedebuk jatuh. Kalau saya melekat depan pc ni mulalah si abang datang bawa buku nak baca la, datang bawa roti nak makan la, yang si adik pulak nak panjat kita la, nak tarik buku abangnya la..eh serabut betul. Jadi bila dah clear, si adik tidur dan si abang tengok movie kegemarannya Wall E, boleh la bersantai untuk entry muffin ni.


Baru-baru ni saja try buat muffin kopi ni. Tengok resepi sumbangan ikhlas kak Hanieliza ni mudah dan bahan-bahan pun ada, jadi saya pun memulakan percubaan mudah ni. Sesambil hubby buat kerjanya depan pc, boleh lah jap lagi jamu dengan teh tarik kesukaannya tu. Muffin ni muffin yang berat dan sedap. Tapi tak mencapai target taste saya. Saya ingat rasa dia betul-betul rasa kopi tapi sipi sipi kopi je. Agaknya kalau tambah kopi emulco sikit lagi pure kopi kot? Kot la...boleh try lagi lepas ni sebab mudah dan sedap. Eh hubby suka pulak muffin ni. Sebab muffin ni agak moist, tak moist sangat tapi agak moist. Sesiapa nak cuba boleh la jamu satu keluarga.


Bahan-bahan:
Bahan A
350 g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200 g gula perang

Bahan B
150 g minyak jagung
250 ml susu kopi (saya guna jenama Dutchlady)
1 sudu kecil nescafe
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla

Coklat chip secukupnya

Caranya: Gaul rata bahan A dan ayak. Satukan semua bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip. Bakar 180 C selama 18-20 minit.