"Sedapnya kak..lembut berkrim.. nak order lagi kak.."
Percaya lah..ini adala satu terapi yang semua bakers boleh tido ngan lena.. Akan tetapi jika ada komen2, kritis2 dan teguran dari kastemer memang boleh me u-turn kan mood bakers, tapi kami mengambilnya sebagai satu yang positip untuk memperbaiki kelemahan n mengupgrade lagi kualiti produk kami. Ko tengok kan.. dah gaya bakers yang sangat bermotobasi. ni kalau laki terbaca ni gelak sengsorang dia.. cesss
Korang rasa mesti slalu sangat la hakak dapat message camtu kan. Eh tak rasa cam tu ke? Nak sentap rasanya.. Buat status sentap la kat fb.. Pulak dah.. hehehe.. slalu sangat status fb yang sentap2 gitu tak elok jugak terutama untuk bakal2 kastemer. Kan? Tak ke?
Dah dah.. tah hapa2 la kan yang saya merapu tu. Merujuk pada tajuk di atas, saya tujukan kepada creampuff d bawah.
Alhamdulilah tak sangka sambutan order agak menggalakkan utk creampuff ni.
Dan rata2 memberi feedback yg memberangsangkan.
Mekasih kawan2 yang menggalakan dan mencadangkan. Sapa la lagi kawan2 tu kan. Kawan yang itu itu la. Hehhe
Untuk order2 semua ni saya guna resepi yang dikongsikan oleh Ana dan Mas.
Cream Puff
Sumber : Anna Qawina
Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah
*diayak bersama
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah
*diayak bersama
secubit garam
*diayak bersama
4 biji telur
1 sdk esen vanila
Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat.
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.
Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu )
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Jemput makaaannn..
Tips :
Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata...
Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....
PERHATIAN:
Untuk tempahan sila hubungi/watsap 0135122180