CSS

Thursday, September 26, 2013

Muffin Keju Cheddar




Assalamualaikum

Berkira2 nak masak apa agaknya tengahari ni. Untuk lunch saya lebih mementingkan lauk pauk untuk anak2. Bila sebut lauk pauk mcm la banyak sangat kan. Tak de la.. anak2 sempoi je, ada sup ayam campak je semua jenis sayo dalam sup tu. Cukup. Kalau tak pun masak kicap, masakan feberet mereka. Nasi n lauk masak kicap. Tu je.. malas benor bunyi maknya tu kan. Haha.. Tidak jugak.Cume mereka mmg dah terbiasa dgn satu lauk satu nasi satu Malaysia. Opss

Korang...
Pliss la buat muffin ni kalau kebetulan ada chedar cheese. Memang sedap ya ampun. Rasanya lemak n manis2 buah. Wangi. Gebu dan maksimum kesedapan dimakan ketika suam2.






Muffin ni pun naiknya menggebu comel. Bila ianya masih suam2, kita akan dapati texture dalamnya seperti menarik pizza bila chedar cheesenya tertarik sekali. Ha kau.. betul tau. Dan pada citarasa saya, kalau betul2 nak menghayati rasa chedarnya tak perlu diintikan dgn blueberry atau coklat di dalamnya. Cukup dgn basic resepinya. Pasti tak puas mengunyahnya.





Remtasan dalam yang gebu. Nak snap gambar cheese seakan2 menarik piza dgn cheese tak putus tu, tapi tak dapat. Sebab tangan ada 2 je ketika itu. Yang ada tangan2 kecil yang disuruh buat lain yang dibuatnya lain. Tah hapa2 tah. 

TIPS: apa2 resepi muffin yang menggunaan susu segar, anda digalakkan menggantikannya dengan buttermilk untuk menghasilkan muffin yang lebih gebu dan sedap. 



Jom kita tengok resepi Chef Noraini Zakaria yang dikongsikan oleh Rahel. Terima kasih Rahel. 




Mufin Keju 
Resepi:Chef Noraini Zakaria 
Sumber: Rahel

Bahan: 
250g tepung gandum 
150g minyak masak 
150g susu segar kotak * saya guna buttermilk
70g keju cheddar} diparut
50g keju cheddar},diparut -utk hiasan
150g gula kastor 
13g serbuk penaik 
1 sudu teh garam 
2 biji telur gred B-dipukul 

Jika tidak menggunakan buttermilk siap dibeli boleh dibuat sendiri dengan 1 cawan susu segar berkrim ditambah dengan 1 sudu besar cuka / lemon jus. Biarkan dalam 5 minit supaya menjadi seperti yogurt. Makin berkrim n lemak susu segar tu makin cepat n cantik kejadian buttermilk.


Cara: 

1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk adunan.Kacau hingga sebati. 
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk- kan 70g keju cheddar. 
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing) akan menyebabkan mufin mengeras. 
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan. Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.










20 comments:

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

salam Izah, kak noor dtg awai nak minta muffin tengok gebus sangat lah macam nak try dua biji, nampak gaya kena buat ni dah telah ayaq lioq gulp gulp..

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

wow... nampak best... boleh cuba lepas ni.. :) tq..

Mas said...[Reply to comment]

perh...kaya ngan cheedar...
memang sodappp pun....
meh 50 biji,...muahahaha

Ita Rossi said...[Reply to comment]

hhmm...nampak menggiurkan..

cik atie said...[Reply to comment]

sedapnye.. in sha Allah, nanti nak cuba la.. :)

Gee® said...[Reply to comment]

ermmm...dop...!!

Bbwana adienia said...[Reply to comment]

sedapnya makan muffin cheese..

Ummi said...[Reply to comment]

Uuuuuu alaaaahh haaaiiiii...x tahan teman nengoknyaaaaa....kemaaaiinn montoookkk kuar muffin ko Izah oiii...Bawak2 laaa pos ke Ktn, x kesian ke kat mokcik niii....huhu

mala said...[Reply to comment]

salam izzah, mengancam betul muffin ni.

putris said...[Reply to comment]

sodap tu...semangat nk buat ni cheddar cheese ade dalam esbok..=)

Tina Othman said...[Reply to comment]

adoi sedapnya

kat umah mmg ada cheddar, tapi klu buat takde pulak org nak mkn

sitiezahim said...[Reply to comment]

nanti nak buat la kak izah..hehehe

Kama Kimin said...[Reply to comment]

alahai...tak tahan digoda..nak buat sekarang gak...

aJa said...[Reply to comment]

hmmm...sedapnyer

tun_telani said...[Reply to comment]

ayoo... mmg menguji keimanan laa kak ijahh.. stress la niiii.. tun gi tawaf cari cheddar cheese yg block tu xjumpa, ada slice cheese je.. mmg masuk list queue sekali ngan snow cheese cake la ni. xtau zaman bila baru blh buat.

Mamasya said...[Reply to comment]

Aslmkum Izah

kaya dg rasa cheese ni....yummm...
copy resepi dulu...

rahel said...[Reply to comment]

jadi teringin pulak makan muffin cis...

Liza said...[Reply to comment]

Alhamdulillah dapat jugak akk masuk blog izah ni, hari tu ada problem sikit sbb akk tak dapat nk skodeng kat sini....hihhii
nnt akak pun nk try jugak la muffin ni, kompem anak2 suka kan..

Anonymous said...[Reply to comment]

mohon copy resipi ya tq

Anonymous said...[Reply to comment]

salam, saya nak tanye untuk sukatan minyak dan susu tu emang guna gram ke?
tq.