CSS

Friday, September 20, 2013

Donut Sosej


Semalam ke Kuantan.. Asal pakwe tu outstation je try nasib kot2 boleh ngekor.
Kikikiki.. ala rilek la. skali skala je pun. Apedehal kan...
Kuantan je pun. Bukan ikut ke Turkey ke..ke London ke..Ke Jepun ke.
*buntang mata* Gile ko.. lgi la nak ngikut. ahhaaha..
Eh eh..ni pehal gelak sengsorang neh.
Jom kembali ke jalan yang benar.
Selawat banyak2 dulu na.

Gambar tu gambar lama okeh.tapi cam nak buat lagi.
Cuma masa n mood tu tak mau sampai.
Sangat puas ati dengan hasil donut sosej ni. 
Anak2 yang mana bersifat memilih sosej dari donut pun bertukar sifat bila kesemua anggota badan donut ni, dengan rakus mereka kunyah.
Walaupun donut ni togel tanpa salutan bread crumb, tapi mereka tetap menawan.*pada mata hakak laaa.. dah penat2 mendonut harus lah perasan menawan.ngeee
Terima kasi chef tersohor berkongsi resepinya.


DONUT SOSEJ
( 16 biji  )
by: buku Wendy Kor & Clement Lim
sumber: ciknor

Bahan A 
200gm tepung roti
50gm tepung kek- izah guna tepung gandum
5gm yis 

Bahan B 
30gm gula kastor
5gm garam
10gm tepung susu

Bahan C 
25gm telur- izah guna 1/2 biji telur
120gm air dingin

Bahan D
40gm mentega

Hiasan
8 batang sosej - kerat 2 jadi 16 sosej, boleh juga beli sosej yang mini tu so tak perlu potong
1 biji telur
200gm serbuk roti

Cara-cara :
  • Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
  • Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit,biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu. Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
  • Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti. Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan.

* JANGAN PANIK kalau doh agak lembik...tabur tepung semasa nak membalut sosej ke dalamnya. Bedakkan jugak tangan dengan tepung supaya tidak melekat.
* Gunakan TEPUNG ROTI juga taw untuk tabur dan bedak tangan.



*Hambik koo..beso tulisan tuh. Kalau tak paham jugak tak tahu ler teman.



13 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...[Reply to comment]

Sedapnya Izah... boleh akak cubani :)

ummiaisyah said...[Reply to comment]

mmg feberet budak2 ni kan jah...eh..mak buadak pon gemor ape!

umi's cup cake said...[Reply to comment]

anak umi pun suka makan sosej je..tapi nak cuba yang ini kalau makan semua...mana la tau kan?

rahel said...[Reply to comment]

Memang sedap donut sosej ni....tetiba teringin mendonut ..

cikNor said...[Reply to comment]

hii...cikNor in da house...hehee
memang kompem donut sosej ni sungguh lembut & gebuss...favourite kanak2 riang ni...

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

best nyer... memang nampk gebus sungguh... pastu kulit tu nmpk sgt crispy...kira rangup diluar, lembut di dalam la ye tak

Gee® said...[Reply to comment]

Mengancam donut sosej tu Jah... gempal..!!

Ummi said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah, alhamdulillah ko pun dah update yeaa...haha, akak baru hari ni boleh masuk dapur Izah, haritu x boleh taaauuu...asal tekan jer kuar "Oppss...bla..bla..". Ha, rajin2 update ey, jgn nak menongkat dagu jer dpn pc tu...hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

alhamdulillah akhirnya dpt dah masuk.. hehe...
rajin2 update.. akak peminat setia IML tau... hehe..

Tina Othman said...[Reply to comment]

Sedapnya

Habibah Ersallina Ersallina said...[Reply to comment]

nmpk cm sedap.

Siti Ruqaiyah 313 said...[Reply to comment]

Xpyah salut dengan telur k?

Siti Ruqaiyah 313 said...[Reply to comment]

Xpyah salut dengan telur k?