Assalamualaikum
Apa khabar semua.. Terupdate jua akhirnya blog sepi ni. Alhamdulillah laptop dah pulih dan keadaan juga mengizinkan utk saya berada di depan keyboard. Banyaaakk hari2 penting seMelaysia telah berlalu, blog ni masih sepi berlalu begitu saja.
Wah.. Terasa sukar utk menyatakan perasaan saya, yang mmg dah lama memeram. Banyak rasa nak diluah, nak dikongsi, tapi apakan daya... bait2 ayat sukar utk dimadahkan bila lama sudah tak menaip ni. Apa -apa pun, insyaAllah smoga blog ini dapat disapu habuknya..dapat dibuang sawangnya dan dapat diusir penghuni2 halus di dalamnya. Ngeee..
Buat permulaan setela berbulan tidak menghupdate, saya kongsikan Resepi puff yang mabeles ni. Yang sangat digemari oleh anak teruna saya si Bais Umair. Memang creamy dan puffnya yang sedap. Terima kasih buat Zaliana berkongsi resepi.
CREAM PUFF
by: Zaliana
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air- boleh ganti susu segar utk hasil yg lebih lembut
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Cara-cara untuk puff ;
Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti Cream kastard.
INTI CUSTARD
by: kak Fida
550 ml susu segar
90 g gula pasir
60 g tepung custard
1 sb mentega/majerin
Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.
Semalam saya terbaca status Sally di FB, yang Mas ada shareka tips untuk menghasilkan puff yang cantik. So saya sare kan di sini dan bole juga melihat resepi yang dikongsikan ole Mas di blognya di sini.
Tips mneghasilkan Puff yang cantik n gebu halus:
Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata...
Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....
Selamat mencubaaa..
2 comments:
jahh....like cream puff,,,
tak jemu2 dimakan.,..
lawaaaaa cream puff ko ...
Seronoknya dah boleh baca blog izah...saya suka..saya suka
Post a Comment