CSS

Friday, November 26, 2010

Pancake Kentang Berkeju


Assalamualaikum..

Semalam tak de entry sebab agak busy dengan pesakit yang demam panas. Doktor kata suspek denggi atau H1N1. Suspek je..tapi alhamdulillah dah nak ok dah tu. Kalau tak ok jugak kena buat test darah senin ni. Tapi bagi si isterinya ni, dah tahu napa dia demam. Lagi bagos sebab bior dia berehat tidurr puas puas. Sebab agak2 dah sebulan ni tak pernah berhenti kerja kerja kerja, hingga i terasa terpinggir tau. Cewahh.. Jap visit sana sini situ sinun..tu yang badan tak tentu hala kepenatan. Malam2 kalau jam tak tunjuk time digit sa balik, takkan tidur punya..Eh teringat lagi masa kecik2 dulu blajo, sa, puluh, ratus, ribu..kan? Eh isteri dia berani bebel kat blog je kan. Hahahaa...



Berbalik pada pancake yang ala ala blakang ninja turtle jugak ni.. Jangan dilihat pada rupa yang hodoh, tapi lihat dengan tekak dan lidah ye. Ekeke.. Dah buat sehabis baik dah nak jadi cam puteri pancake sifu tuh, tapi tak mau nyer lawo. Rasanya pan la yang silap, takkan tukang buat kott... Eceh tak mau ngaku jugak. 

Ni sebab bebudak dua tu sangat suka lebihan Cara Kentang telah ku buat pancake, jadi saya pun google la pancake kentang. Banyak resepinya. Duk pikir, congak bahagi resepi orang..jadilah resepi bantai sendiri, sendiri buat, sendiri kata sedap. Lalala.. Tapi pada saya dah jadi sedap ngat dah sebab rasa gebu, aroma wangi kentang dan keju dan yang PENTING bila tengok budak berdua makan hingga kekenyangan itu. Sangat berbaloi!!



PANCAKE KENTANG

1 biji kentang sederhana besar -rebus hingga lembut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu makan gula kastor
sedikit garam
1 biji telur
30ml minyak sayur@mentega cair
50 gm cream cheese
150ml susu segar @ susu cair

Caranya:
Blendkan kentang dengan separuh susu segar hingga halus. Kemudian masukkan telur, minyak,gula dan garam  ke dalam bahan yang diblend dan kacau rata dan sebati. 
Ayak tepung bersama baking powder kedalam mangkuk besar. Kemudian masukkan bancuhan kentang tadi ke dalam tepung dan gaul sebati. Masukkan pula creamcheese dan lebihan susu segar tadi. 
*Susu segar lebihan tadi dimasuk akhir sebab kepekatan pancake bergantung pada kentang. Jika menggunakan kentang yang agak besar kurangkan susu segar tadi. Jika kentang sedikit kecil boleh tambahkan lagi susu segar. Bancuh sehingga mendapat kepekatan seperti membuat pancake biasa.
Biarkan 10-15 minit. Baru goreng pancake di atas non stick pan.

Wednesday, November 24, 2010

Award: Dari LOVE


Pagi tadi dapat award  Blog cantik. Tengahari dapat hadiah. Petang pulak dapat Award skali lagi, lovely blog award... sukeee. Thank Love for this award. Semoga dengan award ini, blog ini terus disayangi ramai. Cewahh..

I love u Love!! Award dari LOVE

Bundt Nordicware dah sampaiiii...

Assalamualaikum..

Buat kak Rima terima kasih. Hadiah dah selamat sampai tengahari tadi. Duk tengah berskype ngan kak Nor dapat call, diorang depan pintu hantor barang. Mekasih.. sangat cantik dan comel. Dah tak sabor nak membaking guna  pan baru tu.

Budak budak tumpang excited tengok kotak beso

Fresh from Singapore

Jeng jeng... Tangan budak budak. Diorang memang suka main biji letup letup tu..hehe. Wah teruja nak tengok isi dalam tu

Senyumm...


Sengetkan kepala..Cantikkan.. Inilah hasil suka suki masuk GA kak Rima ..bertuah bertuah.

Tadi suspen jugak kot tak muat oven, rasa cam beso je. Rupanya..shantikk elok muat. Suke suke.. Alhamdulillah..

Bakso


Assalamualaikum...

Weh memang betul rupanya buat bakso ni amat amat la mudah tapi hasilnya amat amatlah sedap. Huhh makcik sorang tu sudah sudah la gelak ye...Cessss... Budak berdua tu pun kanmain lagi makan sampai tersandar kekenyangan. Walaupun bahan bahan sampingan tu banyak yang tak ada, tapi dah ada bahan utama tu pun dah sangat menyelerakan.

Lepas ternampak Kak Ana Wahid buat bakso, dan terbaca baca kak Hana dan Mas pun membakso, teringin jugak nak try. Baca pulak kat blog kak Hana buat bakso ni semudah ABC. Eh sonang nye bunyi kan. Rupanya memang tak susah mana pun. 

Resepi boleh tengok kat blog kak Ana Wahid, Kak Hana dan Mas. Resepi dari Che Iza. Che Iza pangkin ngan Che Iza myresepi tu orang yang sama kan?




Bahan-bahan

Bebola daging
•400 gm daging lembu kisar
•2 biji bawang merah diracik halus
•2 ulas bawang putih diracik halus
•sedikit lada sulah
•1 sk tepung ubi / jagung
•2 sb telur (1/2 biji)
•sedikit garam

Kuah
•2 biji bawang merah dihiris
•*2 ulas bawang putih
•*1/2 inci halia
•*1 sk lada putih biji.
•1 batang serai diketuk
•1 sb pati daging / ayam
•sedikit serbuk lada sulah
•Garam n perasa

Cara -cara
1.Utk bebola, gaul semua bahan utk bebola. bentukkan bulat (ikut suka nak besar camana)
2.Siap buat bebola ketepikan dulu.
3.Utk Kuah, tumbuk bahan bertanda *. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi dan serai. Biar garing n naik bau, masukkan air. Masukkan pati daging, serbuk lada sulah, sedikit garam n perasa.
4.Bila mendidih masukkan bebola yg telah siap dibentuk tadi. Bila bebola timbul maknanya bebola dah masak dan sedia tuk dihidang...
5.Boleh gunakan mee kuning atau bee hoon.
6.Biasanya bakso dihidangkan dgn taugeh dan hirisan kobis halus..
7.Bakso sedap dimakan dgn lada n bawang putih yg ditumbuk... berasingan dgn kicap... Kicap yg diguna ialah kicap ABC. kat indonesia mcm tulah.....


*Versi saya guna mee kuning dan tak cukup bahan bahan sampingan. Teringat masa duduk blajo kat Gombak dulu, kalau gi umah akak yang juga di Gombak, selalu abang ipor beli Bakso. Pure masakan Indon..Atoii memang best bangett..

Award: Dari kak Yatie

Assalamualaikum..

Pagi pagi dah dapat award. Semangat sikit kan. Mekasih pada kak Puteri Kuih Talam dan Lapis.. Hehehe..marah kak Yatie. Award ni untuk blog SO CANTIK.. tapi kan apa relevantnya muke lelaki dlm award tu? Hahahaha..orang  dah bagi award banyak bunyik pulak kan.. Ada tag sikit meh tengok..

Nick name tuan empunya Blog:
Izah Muffin

Ucapan untuk pemberi award:
Kak yatie.. terima kasih kerana sudi memberi tag dan award ini. Sungguh tak sangka pagi ini blog saya telah diiktiraf blog yang so cantik. Erkk tuan blog ni, boleh dapat award so cantik jugak tak kak yatie? Nanti kak yatie share tips awet muda ye....hahhaa

6 fav artist / singer / group
P Ramlee
Maher Zain
Munif Hijazz
Kajol Mukrejee
Kareena Kapoor
Shahir

Tag 10 bloggers:




Tuesday, November 23, 2010

Kuih Kaswi


Assalamualaikum..

Kaswi dibuat untuk minum petang. Semalam nyer menu yee.. Memang suuukeee sangat dengan kuih kaswi ni. Sedap lah resepi ni. Memang kena dengan tekak. Pertama kali cuba buat kuih ni, memang suke tengok anak-anak makan. Lembut , kenyal , wangi dan manis yang sesuai diganding dengan kelapa bergaram tu.

Saya buat half dari resepi.  Memang sedang elok banyak untuk loyang kecil. Tak letak dalam bekas kecik2, sebab tak de acuan lompang. Letak dalam loyang lagi senang kerja kan. Mekasih kak Yatie untuk resepi ni. Tadi tengok kak Am pun tunjuk kaswi tapi ada kelainan sikit kan.




KUIH KASWI

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama