CSS

Tuesday, March 10, 2015

Roti Manis Gebu Tangzhong


Assalamualaikum

Lama juga saya tak update belog selepas beberapa kali blog terupdate.
Seminggu saya berkampung di kampung suami Kulim Kedah. Anak-anak pun seminggu juga tak bersekolah.
Alhamdulillah.. minggu ni minggu exam dapat juga anak-anak ke sekolah. Mujur juga, kalau tak berkampung saya berlanjutan la  sampai 2 minggu. Semoga kesulitan dan ujian ada rahmat dari Allah. InsyaAllah.

Saya dah lama buat roti ni. Sementelah kak Aznim berkongsi resepi, apa lagi kita pun terasa nak terai. Thanzhong ni tak asing lagi bagi blogger masakan seawal tahun 2010 xsilap saya. Dedulu saya suke, sangat suka dan amat suka mentelaah resepi dari blog/fotopages Mamafami. Kira mamafami ni idola saya sehingga kini la. Dan setelah kenal blog mama ni la kemudian nya berjangkit jangkit berjumpa dengan blogger tersohor  yang lain nya.



Tangzhong ni ialah wateroux. Sejenis bancuhan untuk melembutkan roti. Bancuh tepung gandum je pun. Tapi kaedah kaum cina ni mampu melembutkan roti. Simple je kan. Saya kenal wateroux ni dari mamafami dan Ros Jintanmanis. Dan masa tu masih buat roti uli tangan je. Sekarang improve sikit kemalasan bila ada bread maker. Hehehe

Terimaksih Kak Aznim dgn ucapan bila nak update belog mu. Dan seterusnya terima ksih buat pemilik resepi Zurina Kifli.




ROTI MANIS GEBU TANGZHONG
by: Zurina Kifli

4  cwn tepung gandum
4 sb gula kastor
1/2 sk garam
3 sb mentega
3 sb susu pekat manis
3 sb susu tepung
1 cwn air suam
1 peket mauripan
4 sb penuh tangzhong

1. kacau bersama yis, gula, susu sejat, mentega dan air selama 10 minit hingga berbuih. 
2. setelah 10 minit satu kan semua bahan lain.dan gaul rata. buat lubang ditengah dan tuang separuh air sambil uli sebati.
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan. uli dalam 20 ke 30 minit. tutup bekas dengan tuala lembab dan biar selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda. 
4. tumbuk perlahan untuk membuang angin. Bentukkan doh sebarang bentuk yg disukai dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda. 
Sapu bancuhan susu, telur dan madu ke atas roti. Bakar 160-180 selama 20-25 minit bergantung kepeada oven masing-masing. 
Terus sapu butter setelah keluar dari oven.









19 comments:

Nely's Kitchen said...[Reply to comment]

Assalammualaikum izzah.. lama x ke sini..tgk roti tu geram je klu mkn panas2.. yum2x

IeRA said...[Reply to comment]

salam izah

nak tanya, tangzhong tu mcm mana? ada resepi tak

izahdaut said...[Reply to comment]

iera
tangzhong tu wateroux.
cara dia masak 50grm tepung dengan 250 ml air sampai likat. sejukkan

fazianbatrisyia said...[Reply to comment]

Nampak sgt sedap...

fazianbatrisyia said...[Reply to comment]

Nampak sgt sedap...

Wani Sukarno said...[Reply to comment]

salam singgah lamaaaa x singgah sini.. dah busy berbisnes rupanya ..semoga bisnes maju ya.. teringin nak buat roti ni ..lembutnya nampak.. tapi mcm mana nak buat tangzhong tu ..x kepil sekali dengan resepi

Wani Sukarno said...[Reply to comment]

terlepas pandang pulak sal tangzhong kat ruangan komen .. hiii terima kasih

cheq da said...[Reply to comment]

Kak izah guna tepung gandum biasa ker....lembut bangat rotinya..

wanmar said...[Reply to comment]

kak izah guna api atas bawah ker? atau api bawah sahaja.

Yasmin Amalyn said...[Reply to comment]

ASSALAMUALAIKUM...KALAU GUNA BREADMAKER ..MASUK BAHAN2 YANG MANA DULU YER?

Unknown said...[Reply to comment]

Salam izah... Resepi agak confuse... Air masuk skali dgn yis atau masa uli yer?

Unknown said...[Reply to comment]

Salam izah... Resepi agak confuse... Air masuk skali dgn yis atau masa uli yer?

Nor Razilla said...[Reply to comment]

Assalamualaikum salam perkenalan akk org air merah kulim suami izzah kulim kt mana?

Unknown said...[Reply to comment]

hollister, insanity workout, chi flat iron, vans, asics running shoes, ralph lauren, nike air max, iphone cases, lancel, nfl jerseys, nike huarache, converse outlet, vans shoes, mcm handbags, abercrombie and fitch, gucci, birkin bag, hollister, wedding dresses, celine handbags, longchamp, soccer jerseys, mac cosmetics, bottega veneta, jimmy choo shoes, reebok shoes, mont blanc, north face outlet, ray ban, herve leger, ferragamo shoes, nike air max, nike roshe, louboutin, p90x workout, babyliss, soccer shoes, beats by dre, ghd, oakley, instyler, baseball bats, valentino shoes, new balance, timberland boots, lululemon, converse, hollister, north face outlet, nike trainers

Unknown said...[Reply to comment]

moncler, supra shoes, hollister, karen millen, doudoune canada goose, pandora jewelry, moncler, marc jacobs, juicy couture outlet, moncler outlet, moncler, canada goose, ugg,uggs,uggs canada, canada goose uk, pandora charms, canada goose outlet, ugg boots uk, canada goose, canada goose, wedding dresses, moncler, louis vuitton, louis vuitton, louis vuitton, links of london, pandora jewelry, ugg,ugg australia,ugg italia, coach outlet, canada goose outlet, bottes ugg, montre pas cher, moncler, sac louis vuitton pas cher, swarovski, pandora charms, louis vuitton, swarovski crystal, moncler, juicy couture outlet, replica watches, ugg pas cher, moncler, canada goose, toms shoes, thomas sabo

Unknown said...[Reply to comment]

nk kena msak dgn api ke thangzong

Unknown said...[Reply to comment]

recipe in english please

Unknown said...[Reply to comment]

Thanks for the recipe.. dah try sgt sedap! Semoga murah rezeki berkongsi recipe.. ❤️

iddev.website said...[Reply to comment]

mmm... sedap sedap