CSS

Monday, December 23, 2013

Homemade Pretzel bersama Butterscotch Sos



Assalamualaikum
Cam debab je pretzel yg saya buat ni kan. Tapi debab2 sedap namanya. Puas dapat buat sendiri sebab kalau saja2 nak ke  klcc semata nak membelinya pedooh pulak kan. Ni bila nampak cik siti payung duk ulang buat tuk anak2 dara dia.. saya pun turut terseru nak membuatnya jugak.

Memang sedap sangat bila dapat cicah ngan karemel sos tu. Walaupun karemel sos saya tak cukup bahan tapi tetap menjadi. Siyes la sedap makan time pretzel tu suam2. Tapinya tetap menjadi rebutan time dia sejuk. Aku ler tu berebut ngan anak!! Hahhaa..

Saya buat separuh je dari resepi di bawah. Dapat dlm 9 ketul. Nak test market dulu. Bila sedap nanti boleh la buat lagi. Bila tu tak tau lagi.. yang penting dah tau sejauh mana sipat pretzel ni kalau buat sendiri. Haa duk jgn ulang2 tgok la gambo pretzel saya yg seksi tu sbb satu jenis kekacang pun de yg sesuai nak ditabur atasnya. Yg ada kacang panjang ngan kacang ijo je kat dapur tu. Ahakk...


PRETZEL
by: Beldandy
Sumber : Zaliedana

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum


 

Penyediaan
 

2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka



Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.


Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
 

Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.






 BUTTERSCOTCH SAUSE
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup *  izah xletak. izah lebihkan gula perang
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Aku Add sedikit asen Butterscoth- izah xletak

Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan







9 comments:

Nina Mirza said...[Reply to comment]

As'salam Izah,
Apa khabar? Laju-lajuuuu Nina singgah sini bila nampak pretzel Izah! Manalah tahu kot-kot sampai dulu dapat seketul dua pretzel Izah. Hehee . . .
Dah lama tak makan pretzel nie
huhuuu..

Gee® said...[Reply to comment]

Jah... nak pretzel debab 2 ketoi...

Anonymous said...[Reply to comment]

Nyum mengodanya

Nak tanya uli dia mcm nak uli roti ke uli sikit2 je

cahayahidupku.blogspot.my said...[Reply to comment]

Debab tak pe Izah... cepat kenyang bila makan kan :)

izahdaut said...[Reply to comment]

nina..
waalaikumussalam
dah habis nina. pi buat sendiri sinun. siok kunyah ngan sos tu

kak gee..
debab bukan sebarang debab.. haha

tina..
uli mcm roti jugak


nurhayati
kalau jenis cepat kenyang tak pe. ni tak reti2 nak kenyang. haha

Anna Qawina said...[Reply to comment]

rajinnya ko pintal2 ye Jah..eh aku jakun gak ni x pernah makan, acu ko buatkan bg kat aku..

izahdaut said...[Reply to comment]

ana.. aku mmg rajin, mekasih ana sudi puji aku. muahaha

hazila said...[Reply to comment]

Salam Izah,

Akak pun dah lama pendam nak buat sendiri tapi asyik end up kat Auntie Annie kat Setia Alam Mall kalau teringin nak makan.

Wani Sukarno said...[Reply to comment]

salam kak izahh sedapnyooo.. pretzel.. :)