Assalamuaaikum..
Rasanya dessert pavlova ni tak asing dah di Malaysia ni.
Dulu2 saya pun cam tertanya2 jugak cemana rasanya.
Dan pada saya mini pavlova lagi comel n mudah n senang dinikmati.
Tapi kalau dihidangkan pada anak2 saya.. korang xkan tergamak nak tgok kejadian selepas dihidang.
Hahha.. Semuanya main kaut buah je. Yang selebihnya dijadikan bubur.
Bertuah punya anak..
Bagi yang masih tertanya2 cemana suwit n comelnya dessert ni boleh la cuba sendiri membuatnya di rumah.
Rasanya manis, lemak2 dan sedap dikunyah bersama buah segar yang sedikit masam2. Berlawan rasanya dengan meringue yang rangup2 chewy gitu.
Atau boleh juga order je ngan saya..jika sudi ek :-)
MINI PAVLOVA
resepi: Kak 1
bahannya:
200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc
caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.