CSS

Wednesday, May 14, 2014

Kuih Seri Muka Pandan



Assalamualaikum

Lamaa dah tak buat kuih seri muka ni.
Pernah cuti sekolah baru baru ni kami dijemput ke kenduri kahwin dan dekat kenduri tu ada manisan kuih muih. Bila tengok suami makan kuih ni tersemangat nak membuatnya.
Lama benor baru terrealisasi semangat tersebut.hehe
Kuih yang dibuat minggu lepas. Saya ada sejarah dengan kuih ni, biasanya tak berapa menjadi.
Tang pulut tu menjadi masalah buat saya. 
Tapi kali ni, alhamdulillah.. sangat elok kejadiannya.
Kepala pandan tu lembutt je. Tak disangka anak anak saya sukaaa sangat kuih ni.
Si Muaz panggil kuih ni kuih jelly nasi. Umi lupa nak perkenalkan nama kuih ni yang indah iaitu kuih seri muka. hehe
Resepi saya amik dari blog kak Bdaria yg dibelajar di kelas Chef Asma yang mmg terkenal dengan chef kuih muih talam yang sedap sedap belaka. Tq semua share resepi.




KUIH SERI MUKA PANDAN


LAPISAN BAWAH


Bahan-bahannya:-
  • 500gm beras pulut
  • 250ml santan pekat (asal 300ml)
  • 250ml air (asal 300ml)
  • 1 1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)

Cara-caranya:-
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
  2. Basuh bersih dan toskan sehingga air kering
  3. Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
  4. Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.

  6. Sapukan sedikit bancuhan lapisan bawah





LAPISAN ATAS
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 250gm gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
  • 80gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 20gm daun pandan (diblender dengan air diatas
Bahan B
  • 3 biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan esen
  • pewarna hijau secukupnya (jenama starbrand)
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
  3. Tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
  4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x 2

Nota:-
  • Saya guna sekotak santan pekat 500gm jadi saya cuma guna 200ml santan pekat dan 300ml air untuk lapisan bawah. Lapisan atas pula saya kurangkan santan pekat menjadi 300ml dan air ditambah menjadi 500ml.
  • Saya sapukan sedikit minyak diatas loyang 10 x 10, lepas tu saya lapik sekeping plastik diatasnya.











Monday, May 12, 2014

Apam Balik Lembuut dan Sedap


Assalamualaikum

Kadang-kadang jela rajin mengupdate belog. Hari lain kemain malas nak ngadap lappy.
Sebab semangat nak share satu resepi apam balik yang sedap pada tekak saya ni, saya mengadap jugak la makcik laptop ni.
Tapi bila go tru gambo yang di amik ritu, hmm banyak sangat senget benget gara2 berperang dengan budak kecik tu. Time amik gambar dia baru bangun, elok pulak time kita nak snap gambo.
Abang-abang dah kelaparan, jadi pepaham la berperang 4 penjuru namanya. haha




Tengok aje la gambo tu, mmg berperang ngan budak kecik tu. Tengah duk kutip jagung.
Saya nak snap kat atas meja makan , tapi cahaya tak ckup. So kene la snap kat meja rendah berhampiran balkoni. Tu yang seronok budak budak berkerumun tu.hehe

Apam ni mmg sedap. Lembut.
Minggu lepas 2x saya buat apam balik. So ada balance lagi bahan2 nya tu saya cuba resepi yg menggunakan yis. Dan resepi ini yang paling saya suka so far.
Terima kasih Julia berkongsi resepi sedap ni.
Kalau nak buat tebal atau nipis ikut selera memasing la kan. saya suka sedang sedang aje.




APAM BALIK BERCOKLAT CHIP
Resepi: Julia
by: izahdaut


Bahan - Bahannya :
250 gram teping gandum
15 gram susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
50 gram gula kastor
1/4 sudu teh garam
300 ml air biasa
1 sudu teh instan yis
3 biji telur
30 gram gula pasir
3/4 sudu teh sodakarbonat
25 gram butter / marjerin - cairkan

Bahan Inti :
Kacang tanah panggang - cincang kasar
Jagung berkrim
Gula pasir - utk di tabur
Coklat urai atau apapun sesuai citarasa

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk campurkan tepung gandum, susu tepung, baking powder, gula kastor dan garam. Kacau sehingga rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisk sehingga rata. Masukkan butter cair n soda. Kacau rata.

Masukkan yis, kacaukan sehingga rata. Perapkan selama 30 minit. Pukul ringan telur dan baki gula 30 gram tadi. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata. Masak adunan di dalam kuali anti lekat. Apabila 1/2 masak  taburkan dengan bahan inti. Tutup sekejap. Msk dengan menggunakan api yanng kecil sehingga kulit luar keperangan. Angkat. Sapukan kulit apam balik dengan butter agar kekal moist dan sedap!

*izah taburkan sedikit coklat chip. Wahhh makin bertambahhh sedap!


















Wednesday, May 7, 2014

Breadcrumb Sosej


Assalamualaikum

Hangat hari ni. Alhamdulillah.. tak yah susah berskipping bagai nak kuarkan peluh. 
Cukup dengan menjemur kain kat balkoni pun dah berjujuran air peluh. Hehe
Idea sosej salut tepung bersama breadcrumb ni saya tengok di blog 1001 resepi.
Cuma tak semua bahan ada. Saya guna bahan sedia ada di dapur saya sahaja.
Anak-anak suka bila digoreng mcm ni. Cukup kenyang utk breakfast mereka.
Terima kasih kak ida kerana share idea.




BREADCRUMB SOSEJ
by: izah

bahan

3 batang sosej jumbo (size besar)
kalau guna sosej kecik guna 6 batang
-direbus sebentar kemudian siat kulitnya dan potong dadu.
-sosej saya guna ni xdpt siat kulitnya.

1 cawan tepung gandum
3 sb tepung jagung
3sb tepung ubi
sikit serbuk pati ayam
sikit garam
2biji telur
Breadcrumb kuning secukupnya


Caranya

Campurkan semua bahan tepung. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan kacau rata.
Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk yang lain dan kacau.
Ambil sosej celupkan ke dalam telur dan lumurkan ke dalam tepung.
Ulang 2 kali.
Kali ke 3 selepas lumur skali lagi dalam telur, lumurkan ke dalam breadcrums.
Buat semua siap dan gorengkan.
Sedia di makan.








Monday, May 5, 2014

Carrot Cake Sedap


Assalamualaikum

Last week adalah minggu carrot cake bagi saya. 
3 jenis resepi carrot cake yang saya cuba dan saya suke resepi yang ini.
Selera masing masing berbedakan, saya kurang berkenan kek yang ada kelapa, saya juga kurang suke kek yang agak kuat rasa kayu manisnya. Jadi yang ini agak cocok dengan selera saya dan anak anak pun boleh makan 2,3 potong kek yang tidak mereka  gemari ni. Anak anak makan pun kerana di bantu oleh creamcheese toppingnya tu.
Kacang adalah musuh mereka. Kan kek ni ada kacang kan baru syok di kunyah. Haha padan muka 
Apa pun terima kasih kepada Aziekitchen. Saya share resepi di sini pula.










Kek Karot Nana Ain 


Bahan bahan 
1 1/4 cawan minyak jagung 
4 biji telur 
120 gram gula castor 
120 gram gula perang 
100 gram walnut * izah sangai kejap
250 gram tepung gandum 
1 sudu kecil baking soda 
1/4 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 
1 1/2 cawan karot parut 
1 cawan kismis 
1/2 cawan nenas tin - potong dadu kecil* izah tambah 

 Cream Cheese: 
120 gram gula 
250 gram cream cheese 
120 gram unsalted butter 

Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang. 



Cara cara 
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. 
3. Masukkan karot, walnut dan kismis. 
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. 
5. Sapukan cream cheese apabila kek telah sejuk.







Tuesday, April 29, 2014

Kek Belang Coklat


ASSALAMUALAIKUM

Kek lagi niha. Bersempena baru membeli buku resepi baru.
Haruslah semangat nak mengekek kan. Demi sebuah kepuasan setelah membeli buku resepi baru katanya.
Chef Zubaidah Che Pa bukan nama asing dalam kalangan blogger masak2.
Kek nya memang terkenal antara yang top dan lazat.
Saya cuba salah satu resepi kek ni yang diberi nama kek Belang Coklat.
Eh ntah napa tak berapa jadi pulak belangnya. Ngeee




Budak kecik ni dah amik alih tugas abg2nya menjadi assistant dikala umi snap gambor makanan.
tgok la tangan tukang sibuk. Hahaha..
Ok berbalik pada kek belang coklat ni, kek ni cara membuatnya seakan2 nak buat kek span tapi hasilnya berbeza.
Seakan2 texture kek span tapi agak padat n moist gitu.


Binasanya sebiji kek kerana tangan sikecik. :p
Eh nak citer pasal buku resepi JAMUAN KEK oleh chef Zubaidah ni kan, banyak sangat resepi yang best2 dan menarik. Kalau nak cuba boleh la dapatkan buku resepi ni. Memang semua keknya mengiurkan.
Dan saya share di sini kek belang coklat chef  Zubaidah. Terima kasih Chef!



KEK BELANG COKLAT
by: Chef Zubaida Che Pa
dari buku resepi Jamuan Kek


Bahan - bahan

5 biji telur
40 g air
10g ovalette
280 g tepung naik sendiri
190 g gula kastor
200 g majerin dicairkan
1 sb emulco coklat
*saya tambah emulco strawbery


caranya:

Pukul semua bahan kecuali majerin cair dan  emulco sehingga gebu dan ringan.
Kemudian masukkan majerin cair sedikit demi sedikit dlm adunan.Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 2 adunan. 2dicampurkan emulco, 1 dibiarkan kosong.
Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang 8".
Bakar pada suhu 150 c selama 50 minit.











Monday, April 28, 2014

Kek Gulung Kasih Ala Zirafah


Assalamualaikum..

Ni kalau zirapah tengok corak dia atas kek gulung..mau di bangkangnya. 
Manakan tidak.. corak zirapah tak menkjadi katanya. hehe
Permintaan budak budak nak kek zirapah. Bila tengokkan resepi asal agak cerewet sikit. 
Saya teringat kek kak Dayang..so saya alter sikit keknya menjadi corak zirapah. 



Kek gulung kasih ni pernah menjadi virus dikalangan teman blogger.
Masa tu zaman blogger tengah rancak virus memviruskan masakan sedap senang dan simple. 
Dan salah satunya adalah kek yang super lembut n sedap ni.
Terima kasih kak DJ.
Version saya mula-mula buat kek ni. DI SINI





KEK GULUNG KASIH
ada juga di : kak Madihaa & kak Zana

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.