CSS

Saturday, December 4, 2010

Plain Yogurt Pancake


Assalamualaikum..

Ni ha sambil melayan isu amok pagi tadi, sambil ngunyah pancake gebusss ni. Fuhh memang sodap la dan ada kelainan rupanya letak yogurt ni. Mekasih Ros@Jintanmanis yang berkongsi resepi. Betul bagai dikata Ros. Gebu n sedap n lembuttt..


Bebudak ni suke makan ngan butter n gula gitu. Syook tengok bebudak suke makan sarapan simple nak masak ni. Hehehe..maknya memang suke masak mudah n sedap gini kan.


PLAIN YOGURT PANCAKE

Homemade Pancake Mix

Bahan-Bahanya
100 gram tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je)
*tambah 2 sudu besar plain yogurt

Caranya-
1. Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi. 
2.Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

Ros..nanti  dah boleh masuk blog, akak copy elok2 balik resepinya ye.akak try banyak kali dah tak mau masuk jugak.

Nota Ros: Kalau nak pancake naik lagi cantik apabila di goreng, letak 2 sudu besar plain yogurt, lepas tu perap dalam 30 minit baru di masak, Pancake akan cantik naik seperti gambar pancake di atas, Ros kalau buat pancake ni, makan sikit je, yang lebih kakak damia dan adik anas yang makan, diaorang suke letak sos coklat tu banyak-banyak : )

Bahasa apa untuk si Tuuttt...

Assalamualaikum..

Pagi pagi ni buka blog, tengok ramai sifu-sifu mengamuk.. Macam-macam bahasa telah diayatkan pada si mangsa amuk tersebut. Apakah agaknya yang di amukan itu?

Dah lama isu ni berlegar dikalangan geng masak masak (GMM). Ramai sifu sifu dan separa sifu dan tak sifu lagi berkeluh kesah dengan isu ini. Iaitu isu COPY PASTE GAMBAR masak masak yang dimiliki oleh GMM. Kok iye pun nak copy, mintak la izin.Kan ke dah disediakan chat box dan ruang untuk komen kan.

Nak kata tak pandai berblog..tuuu pandai copy paste gambo tu..kira pandai la tu kan. Kalau ikutkan saya dolu2 mula2 berblog tak pandai nak copy paste gambo orang, hatta nak copy resepi kat blog orang pun takut. Gi type sendrik senyap senyap resepi tu. Pastu dah pandai sikit ni dan dah mula bertegur sapa dan belajar tentag dunia blog baru la pandai copying ni semua. Itu pun copy resepi je dan setelah tuannya pun tahu.

Dah di tegur..dah di nasihati secara berhemah, dah di hamun..dan dah di leteri menggunakan bahasa kebangsaan..pun macam tak de apa apa berlaku. Buat dekkk gi copy lagi dan lagi dan lagi.. Buat buat bodoh aje..ke betul betul bodoh?

Eh hakak teremosi pulak, walaupun saya bukan mangsa tapi ramai akak akak GMM terkena dan ikut sama kesian dengan isu ini. Jadi bagi sapa sapa yang jenguk blog ni, di alu alukan untuk copy resepi dan berkongsi kongsi. Tapi kalau nak copy gambar..pun tak kisah dengan SYARAT.. bagitahu la dulu..link kan..dan tujuan gambar tu nak ambik. Mungkin ada yang nak amik tu sebab nak bandingkan dengan hasil masakan dia ke..ok no prob sis...tapi kalau dah buat gambar tu mcm ala ala hasil masakan dia aje..apekejadahnya kan.

Dah dah..panjang dah ni. Karang hakak keluar akta akta, kaedah mahkamah tinggi semua karang, keluar lak case law, law on burden of proof semua karang..ada yang baling tulang lak. Rasanya cukup bahasa kebangsaan tak perlu guna bahasa undang2 nak tegur kan. 

Related article:






Jom report abuse HERE.


Award: Dari Anna & Kak Jass


Assalamualaikum...

Apa khabar semua di hujung minggu ni. Ramai yang bercuti panjangkan sempena cuti Maal Hijrah hari selasa ni kan. Saya pulak mcm biasa biasa aje, dan alhamdulillah kerna budak berdua tu dah nampak kebah dah. Dah aktif dah nampaknya. Tak mau dah demam demam ye.. Yang kecik tu kalau demam memang hazabb..hehe. Dan terima kasih yang memberi komen dan meletakkan jejak berkunjung ke blog saya niha walaupun tak de entry baru semalam. Mekasih buat s emua.

Ni nak angkut award dari teman mesra di alam blog ni ha. Comel award nye.. mekasih kerna sudi mengawardkan award ini pada saya ye..

Mekasih buat:


Thursday, December 2, 2010

Bingka Roti Oren


Assalamualaikum..

Makan lagi..lai lai lai..jemput jemput..  Panas lagi neh. Gara-gara terliur tengok bingka ni kat rumah Mokwo. Pokwo yang buat kan untuk mokwo kan..kan.. Dah merayap ke rumah saya pulak. Tapi buat dalam muffin pan. Bagi kerak tu banyak sikit.


Sebab tak berapa manis, jadi makan dengan eskrim vanilla memang gojess okey. Hmmm..kalori? Letak dlm lori jap..muekekee... Sapa nak geng menambah kalori? Lai..lai.. Saya buat setengah je adunan yg makwo bagi ni. Mekasih mokwo ye, kem salam kat chef Pokwo na.. ngeee



BINGKA ROTI OREN
sumber: Mok Wo
bahan2:
1 buku roti gardenia yg pendek punya-siat kecil-kecil dengan kerak2 skali
4 telur A-pukul skit
4 sudu makan gula (kalau kurang manis boleh tambah sendiri)
4 sudu makan susu pekat
120ml jus oren ( pokwo guna oren twister) *saya guna oren fresh
600 ml susu segar

cara2:
  1. panaskan oven at 180 C..griskan loyang 9' dgn marjerin
  2. dalam mangkuk dgn menggunakan hand whisk satukan rata semua bahan kecuali roti
  3. pukul sedikit mixture until gula hancur
  4. masukkan roti yg dah di siat tadi kacau rata dan biarkan cecair meresap dlm roti for 15 min
  5. tuang dlm loyang pembakar dan bakar dalam 40 minit
  6. sejukkan sebelum di potong..tak muak tau bingka nih!




Cendawan Tepung Lagi..


Assalamualaikum..

Menu dinner malam tadi. Asyik menu repeat je. Dah memang sodap goreng macam ni. Rasa macam makan ayam goreng pun ada. Maniss sodap..agaknya sapa tak suka cendawan pun boleh makan bila masak mcm ni. 

Resepi dah ada kat sini. Tak pe aa tepek skali lagi. Kali ni ikut cam kak Hana kalau buat goreng tepung, just shake tepung nak salut tu dalam plastik yang ada kelim mcm Nigella AFC tu. Tapi saya tak de plastik cam tu. Kalau tak de, caranya, letakkan campuran tepung ke dalam tipuware yang besar. Celup cendawan dalam telur, letakkan semua cendawan tadi dalam tipuware tersebut dan shake. Hasilnya...lagi mantoppp..

CENDAWAN GORENG TEPUNG
sumber: Izah Muffin

250 gm cendawan tiram
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan rempah kari
2 sudu kecil garam
1 @ 2 biji telur

Caranya:
Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.




Tula..ulang lagi buat ayam ni. Sebab hubby tak rasa lagi. So buatkan khas untuk yang terchinta. Uhuk uhuk..batuk skiit. Resepi HERE.


Wednesday, December 1, 2010

Sponge Pancakes


Assalamualaikum...

Lewat sikit ke udara hari ni. Si Bais demam semula. Owwhh.. Sangat kesian bila budak tu demam balik. Tapi dah nampak segar lepas makan pancake seperti gambar di atas. Hehe. Sarapan ala ala omputih kau. Sedap la.. Sesuatu yang baru dan harus dicuba..


Resepi ni jumpa masa BW kat blog DG. Tapi versi DG, telah di coklatkan jadi  chocolate sponge pancakes. Nampak sangat menarik untuk dibuat sarapan yang ringan dan simple. So saya jejak resepi asal dari Wendy Table for two. Sedap makan dengan sos coklat, blueberry , apa-apa  jem atau pun buah-buahan segar mcm pisang etc. Versi saya makan dengan blueberry filling. Sedap!!



SPONGE PANCAKES
Source: Wendy

2 eggs
2 tbsp sugar
2 Tbsp all purpose flour
A bit of butter for frying
*sikit vanilla essence-i add



1. Separate the eggs and beat egg whites until frothy and add in sugar and beat until medium stiff peaks (egg whites has a very droopy hook and doesn't slide off the bowl).
2. Put in egg yolks and mix.
3. Sift in flour (just use a coffee strainer) and fold into the eggs.
4. Heat a 9 inch pan on medium and put in 1/2 tsp butter. Swirl it around to coat and pour the excess into batter. 
5. Lightly fold the batter to incorporate.
6. Turn heat to medium low (very small fire on outer ring or just use low) and pour in all the batter. Put fruit toppings as desired.
7.Cover with lid and cook until sides look golden, and center of pancake is cooked (doesn't stick to fingers)
8. Flip into half or just flip onto plate.