CSS

Sunday, September 5, 2010

Homemade Nugget Ayam




Assalamualaikum..

Nugget untuk brekfes anak-anak. Amik bau jela. Hehee..nugget ni buat sebab rentetan rezeki KFC free semalam. Jiran bagi agak2 ada la 8 ketul. Makan sorang seketul pun dah kenyang. Kesian tengok banyak lebih pagi ni, saya pun buat le nugget ni.

Bau nye sodap. Opss makruh hidu hiduan ni kan. Tengok anak2 makan mcm best la kot. Diorang ni pun nugget ready made tak berapa makan kecuali nugget beli kat kfc tu. Kalau tengok nugget yang ni depa makan, kira lulus la kat tekak tu. 

Resepi amik kat rumah kak Hana. Maceeh Kak.




NUGGET AYAM


Bahan-bahannya:
  • 400g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar breadcrumbs - bleh ganti tpg gandum@serbuk cornflakes@oat
  • 1/2 sudu kecil baking powder - tk nk ltk pong xpe.hanya utk kembungkn je
  • 1/4 biji telur - ltk setengah biji pong boleh
  • garam
  • lada sulah
Utk Coating
  • Kaedah 1:
  • Breadcrumbs-tak de, ganti dengan conflakes kisar
  • Tepung gandum
  • Telur - dikocok
  • Kaedah 2:
  • Air
  • Penyembur air@spray
  • Breadcrumbs
Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  • Bulat2kan dan leperkan mengikut kehendak masing2. -hana buat bentuk love.
  • Utk saduran@coating:
  • Kaedah satu - Lumurkan nugget yg dah siap tadi dengan tepung, kemudian celup ke dalam telur yg sudah di kocok dan last skali guling2kan ke dalam serbuk breadcrumbs. buat sehingga habis. Jika inginkan coating yg lebih tebal, ulang 2 kali kaedah tadi.
  • Utk kaedah kedua agak mudah kerna tak menggunakan telur. hanya perlu semburkan air ke atas nugget depan dan belakang then lumurkan dengan serbuk breadcrumbs.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
  • Siap utk dihidang dengan sos dan juga mayonis.


Saturday, September 4, 2010

Popia Nestum Horlicks


Assalamualaikum..

Wahh..sakan ada yang shopping raya tu ye. Teman tak larat nak shopping hujung minggu gini sebab manusia macam ulat kan. Pepulak kat KL sekitar masjid India ngan Sogo. Fuhh..tidak tidak..

Jajan untuk hari lebaran lagi. Hope yang ini tak licin la dibedal oleh anak2 ku. Conflakes milo tu dah selamat dah licin. Hehee..

Terima kasih Hasue ye..sodap nih. Dah pernah buat before puasa dulu. Jap je licin krup krap. Tapi bezanya dengan empunya resepi , popia tu saya potong serong2 macam kt rumah Mas tu. Wokeh..resepi di bawah dan selamat berhujung minggu dan balik kampung ye...



POPIA NESTUM HORLICKS

Bahan2:
  • 2 bungkus popia
  • 1/2 cawan nestum*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/3 cawan horlicks*
  • 2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
  • minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng
Cara:
  1. Pisahkan kulit popia satu persatu
  2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.
  3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
  4. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
  5. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
  6. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
  7. Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..

Friday, September 3, 2010

Biskut Conflakes Milo


Assalamualaikum..

Biskut paling sonang..Sapa nak meh amik sorang satu.. Aipp..satu jek..nak lebih gi buat sendiri. Senang je kan. Gaul gaul, campur campur, gentel gentel, siap.. Aaa kalau rajin terlebih boleh la nak hias ke nak make up kan dia ke.

Biskut cam ni memang la kegemaran. Satu tapeware tu gaya dah nak habis dah kena belasah ngan Bais. Muaz kurang suke kuih coklat camni. Selamat satu bab. 

Mekasih buat HJHMAS yang menyebarkan resepi mudah ini. Tapi saya nampak kat umah MAS.



Eh..lebih kurang sama je kan. Mas ngan hjh mas. Maceeh buat kedua dua mas.



CONFLAKES MILO

(boleh dapat 55 cawan mini cookies)


Bahan - bahan :
  • 100gm butter
  • 100gm cornflakes
  • 100gm serbuk milo
  • 4 sudu makan golden syrup-tuko guna madu

Cara membuatnya :
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan dalam bekas.
  2. Masak butter hingga cair atas api sederhana besar.
  3. Sesudah cair masukkan golden syrup dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Tuang kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati.
  6. Bulatkan terus masa masih panas dan masukkan kedalam bekas mini cookies dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalan balang.



Puding Karamel Lapis Coklat


Assalamualaikum..

Puding ni buat untuk berbuke semalam. Dah kata kak Hana amat sedap, teringin gak nak rasa. Saya buat separuh je dari resepi asal. Memang sedap makan time sejuk. Fuuhh..anak2 pun tak berenti makan bila disuap.

Buat ni lepas tengok kat rumah kak Ummi. Mekasih kak Ummi, saya mintak izin tepek resepi kat sini pulak.

Sumber:




PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci).
  3. Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


Kad Raya!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah nak sampai penghujung Ramadhan dan ramai Muslimin sedang berkejar untuk malam penuh keberkatan malam LAILATUL QADAR.

Penghujungnya Ramadhan juga bererti menanti tibenya syawal mulia. Oye..oye..dapat kad raya Pertama dari kak JCKITCHEN. Mekasih kak..


Thursday, September 2, 2010

Biskut Kurma Gulung


Assalamualaikum..

Sihat semua? Allah..malas betul nak duduk depan pc sejak 2 menjak nih. Malas tahap cipan. Ehehee... Mas..idak le banyak sangat membiskut nyer. Yang banyak tu maleh. Letih puasa mcm budak2 pulak. Nak berbaring nengok tv je. Hehe..

Biskut kurma ni dapat resepi dari adik yang diambil dari kakak officemate dia kat Putrajaya. Dah pernah buat tahun lepas, ramai jugak kata sodap. Itu yang buat lagi kali ni. Boleh adjust kurma tu bagi kecik2 sikit potong nyer. Sebiji boleh potong 2 atau 3. So dapat la kuih kecik molek. 

Kalau ada kurma lebih elok la buat biskut ni. Memang sedap. Tapi saya tak pandai gulung. Saya salut je kurma dan letak dlm paper cup. Sebenarnya tak yah letak dlm paper pun. Selamat mencube.



BISKUT KURMA GULUNG

(120-140 biji ikut besar kurma yg dipotong)

250 gm tepung halus superfine
100 gm tepung jagung
150 gm conflakes kisar

250 gm mentega
150 gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
kurma secukupnya kurang lebih 50biji
1 biji kuning telur untuk sapuan

Caranya:

1. Ayakkan kedua-dua tepung. Masukkan conflakes kisar dan gaul rata. Ketepikan.
2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila pukul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh.
4. Gulungkan kurma di dalam doh. Agak macam tart gulung tu.
5. Sapukan kuning telur dan bakar pada  suhu 180 C selama 15- 20 minit.